20 Jan 2012

Shahrizat Sepatutnya Tidak Dibenarkan Saman Kerana Kes Masih Dalam Siasatan

Saman dari Shahrizat: Kami cukup bersedia dan ‘teruja’- Rafizi

KUALA LUMPUR 19 Jan: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata beliau bersedia untuk berdepan saman dari Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhubung pendedahan skandal National Feedlot Corporation (NFC).

Ia ekoran Shahrizat hari ini mengemukakan saman terhadap beliau dan Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Menurutnya, peluang di mahkamah kelak akan digunakan sepenuhnya untuk membongkar lebih banyak penyelewengan yang bakal diikuti lebih ramai rakyat Malaysia.

“Peluang ini memang telah ditunggu-tunggu agar kami boleh menggunakan kuasa mahkamah untuk mencari kebenaran sejauh manakah berlakunya penyelewengan di dalam NFC, selain dari yang didedahkan setakat ini,”

“Oleh itu, kami cukup bersedia dan teruja untuk berdepan dengan Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan peguam-peguam Umno di mahkamah kelak,” tegasnya.

Menurut Rafizi, beliau yakin semua pendedahan yang dibuat setakat ini adalah benar belaka kerana ia berdasarkan maklumat kewangan dan operasi yang dibocorkan dari dalam NFC sendiri.

“Sebelum memulakan siri pendedahan skandal, pasukan kami telah pun berbincang dengan peguam-peguam KEADILAN mengenai kemungkinan dikenakan tindakan saman,” jelas beliau.

Menurutnya lagi, risiko saman itu adalah berat dipihaknya yang berdepan kemungkinan muflis sekiranya kalah, sedangkan Shahrizat hanya perlu membayar kos guaman dan pentadbiran jika saman itu ditolak.

Zuraida ketika membuat laporan polis terhadap NFC 23 November lalu.

“Dengan kekayaan keluarga beliau, sudah tentu beliau mampu membayarnya,”

“(Namun) jika pimpinan Umno seperti Shahrizat beranggapan mereka boleh menutup mulut dan akal rakyat seperti saya dengan mengemukakan saman seperti ini, mereka tersilap besar,” katanya. -KD

Ulasan GB

Satu persoalan yang timbul, mengapa Shahrizat dan Rafizi disaman berhubung pendedahan skandal National Feedlot Corporation (NFC) sedangkan skandal ini masih di dalam siasatan polis dan SPRM? Apatah lagi skandal ini didedahkan oleh Jabatan Audit Negara sendiri?

Malah Najib sendiri sudah mengumumkan pembekuan asset-asset NFC disamping Muhyiddin sendiri khabarnya ingin melantik firma audit untuk mengaudit akaun NFC?

Menyaman orang yang mendedahkan penyelewengan adalah sesuatu yang menghina semua pihak yang terlibat iaitu institusi perundangan, kehakiman, Jabatan Audit, SPRM, Polis, PM & TPM sendiri apatah lagi kes itu masih di dalam siasatan.

Undang-undang telah memberi perlindungan bukan sahaja Zuraida dan Rafizi yang dilihat lebih bertanggungjawab kerana tampil dengan terbuka dan telus, malah undang-undang juga melindungi pemberi maklumat anonymous di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

Pihak Kehakiman atau Peguam Negara perlu menegur peguam Shahrizat yang bebal dan melampau itu kerana ia tidak mengikut prinsip dan kaedah perundangan yang betul. Tidak sepatutnya ada mana-mana pihak yang didakwa atau disaman semata-mata "memberi maklumat" dan mendedahkan penyelewengan, rasuah atau salahlaku dan tindakan Shahrizat menyaman Zuraida & Rafizi ternyata hanya untuk membuat satu kegemparan sedang tindakan itu tidak selayaknya dibenarkan undang-undang.

Jika boleh dibenarkan demikian, maka semua defendan nanti boleh menyaman pihak plaintif

Sungguh benarlah mereka itu semua bermentalitikan lembu belaka.



10 ulasan:

Monkey berkata...

Peguam Shahrizat (UMNO) bercermin mata berbingkaikan merah itu sebenarnya hanya "hero kampung dusun". Kebanyakkan kes yang dimenanginya adalah kerana AG dan kehakiman adalah di bawah telunjuk UMNO. Mari kita lihat apabila mahkamah dibebaskan kelak oleh PR (kalau mahu perubahan). Pastinya bingkai cermin mata itu akan bertukar hitam dan tambahan satu titik putih di dahi adalah lebih sesuai bagi statusnya di negara ini.

Amuraria berkata...

WANG RAKYAT MALAYSIA DI BOROS MACAM NAK GILA ,SAMAN SAJA SAPA YANG BERANI BONGKAR KAN UNDANG-UNDANG UMNO-BN LICIK MACAM MUSANG TARBUS !

AHA berkata...

Inilah manusia otak lembu, dilantik menjadi menteri. Ugut saman sebab didedahkan makan duit rakyat, joli duit rakyat, beli aset dgn duit rakyat, berlagak sombong dengan duit rakyat...bodo punya menteri..

jab sp berkata...

Apabila di fail nanti(belum fail kan?),aku percaya hakim akan menolaknya kerana kes masih dalam siasatan(masih terbuka).Dilapurkan walaupun kes polis telah siap,tapi AG minta di terus disiasat.
Kita kena ingat telah ujud prasangka bahawa siasatan tidak telus kerana Tim KPN ,dari hari hari awal berkata tiada ada unsur pecah amanah.Prasangka akan berkata,bila bos dah kata no case,anak buah terpaksa membuat apa yang bos kata-aku ulang,ini adalah prasangka.
Kes ini bukan saja jadi perhatian Pakatan dan rakyat,malah ia juga sebagai tikam menikam umno sesama umno.Depa dalam umno ini tak akan biarkan Sharizat terlepas begitu saja,walaupun nawaitu depa lain dari niat Pakatan,tapi tujuan nya sama,yang menyeleweng perlu di benteras.
Sebab itu aku berpendapat ,saman ini akan di tolak pada peringkat sekarang.Peringkat berikutnya -WALLAHHUALAM

James Labi berkata...

Ini perempuan batu besar kepala atas ada duduk. Itu umporno mau pikul itu perempuan macam pikul itu biawak juga.

yes berkata...

Setelah siasatan mendapati NFL tidak bersalah barulah kak Ijat boleh saman, itu pun saman Ketua Audit Negara. Buat masa kini baik kak Ijat duduk diam diam dulu, kira berapa banyak kawan dan berapa banyak lawan. Kak Ijat tentu tahu, dalam UMNO bila kita di puncak semua orang junjung kita, bila kita jatuh ....... Ingat Datuk Harun? Khir Toya? Muhammad Taib? Anuar Ibrahim? dan ramai lagi. Jadikan itu suatu iktibar.

Awanama berkata...

buat report dan pendedahan pun salah dok kat negara. bangang punya pemimpin.

Awanama berkata...

ABU

tanda soal berkata...

berak sendiri belum habis basuh tapi ada hati nak basuh berak orang pulak.... busuk oo...

Awanama berkata...

The Whistleblower Protection Act 2010 akan menjadi perisai kepada Zuraida dan Rafizi.