20 Jan 2012

Video Bunyi Aneh Di Langit Kota Samarahan Sama Dengan Di Alberta

Insiden ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu kini mendapat perhatian antarabangsa apabila artikel mengenainya yang disiarkan di The Borneo Post mula dibincangkan secara hangat di dalam internet di seluruh dunia.

Pada yang belum tahu, sehari sebelum kejadian pada waktu mejelang Subuh itu berlaku, terjadi perkara yang sama di Aaborg, Denmark.

Bahkan bunyi aneh dan menggerunkan tersebut pernah direkodkan di Sweden pada 1 November tahun lalu

The Borneo Post tempoh hari melaporkan satu bunyi aneh telah kedengaran di Kampung Meranek, Kota Samarahan yang mencetuskan ketakutan dan kegelisahan penduduknya.

Tidak lama selepas bunyi itu kedengaran, satu kejadian gempa bumi kuat (7.3 skala Richter) berlaku di Sumatera, Indonesia.

Bagaimanapun masih tidak dapat dipastikan sejauh mana kaitannya antara bunyi aneh itu dan kejadian gempa bumi tersebut.

Ini bunyi yang berjaya direkodkan oleh salah seorang penduduk:



UPDATED: dan terbaru , bertarikh 17 Januari 2012, bunyi yang seakan akan sama direkodkan di London. Saksikan..



Sementara itu Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi, Datuk Fadillah Yusuf tidak mahu terus membuat konklusi mengenai perkara itu.

Katanya, beliau perlu terlebih dahulu mendapatkan maklumat saintifik mengenainya daripada Jabatan Metrologi.

Selain daripada kejadian gempa bumi di Sumatera itu, ada juga teori yang mengaitkan bunyi aneh itu dengan sebuah program yang dikenali sebagai High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP)

HAARP adalah program penyelidikan berkaitan ionosfera dan dinaungi sepenuh oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency(DARPA).

DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat.

HAARP berselindung dengan aktiviti penyelidikan saintifik yang kononnya menyelidik lapisan ionosfera bagi meningkatkan lagi penggunaan sistem komunikasi dan pemantauan cuaca.

Tapak penyelidikan HAARP yang berada di Gakona, Alaska menempatkan peralatan berteknologi tinggi iaitu Ionospheric Research Instrument(IRI).

IRI adalah sebuah instrumen yang menghasilkan frekuensi radio berdefinisi tinggi sekitar 2.7MHz sehingga 10MHz.

IRI mampu memancarkan frekuensi ke lapisan yang terhad untuk dicapai iaitu di lapisan Ionosfera dan menghantar kembali isyaratnya ke bumi.

Boleh tengok penjelasan berkaitan HAARP



Apapun sehingga kini, belum ada jawapan jelas mengenai apa sebenarnya yang berlaku di Kota Samarahan dan beberapa buah kawasan di dunia tempoh hari.

Yang pasti, bunyi yang aneh dan menggerunkan itu akan terus menghantui penduduk selagi tiada jawapan yang jelas mengenainya – Oleh SYAHRIL A. KADIR (Mynewshub.my)

**apapun, sebagai seorang Islam, kita tak boleh nak mempercayai sebarang perkara diluar batasan pemikiran dan bersifat tahyul .Mungkin ada sebabnya semua ini berlaku. Ada yang kata ini suara Dajjal. Hanya Allah yang mengetahui. Jadikan pengajaran untuk peringatan dan pedoman kita. Bukan sesuatu yang menyesatkan kita. -hazrilhafiz


4 ulasan:

Awanama berkata...

Salam..
Menurut pakar teori Konspirasi barat,Efek kehadiran gelombang HARP akan terlihat pd bentuk atau warna pada awan atau etmosfera sebelum kesan Maksimumnya menampakkan diri spt Gempa bumi atau Ribut..Tetapi tiada bunyi yg kedengaran ketika fenomena efek itu mula menampakkan diri diruang etmosfera..
Sebaliknya dlm kes bunyi yg kedengaran di Sweden dan England,tiada efek visual atau perubahan warna yg kelihatan pd etmosfera..Pd pendapat gua,ianya adalah dua fenomena yg berbeza dari segi visual ttp sama dari kesan secara maksimum..
Dlm kes Gempa bumi di bandar Sichwan China,terdapat efek visual yg kelihatan pd warna awan diruang angkasa bandar sblm kejadian gempa bumi itu ttp tiada suara spt yg kedengaran di Sweeden dan England yg dilaporkan..
Maka Fenomena ini barangkali adalah Suara dari langit atau peringatan berbentuk samawi dari Allah s.w.t..

Awanama berkata...

Semuanya datang dari Allah. Yg ciptaan2 manusia tuuuuu, klu Allah tak izinkan, takkan menjadiiiiii..

Diizinkan Nya supaya semakin taat & dekat padaNya.

Ya Allah, akhiri hidup kami dgn husnul khatimah bukan sebaliknya. Amin!

Amuraria berkata...

YA ALLAH JAUHLAH KAMI DARI KEMURKAAN MU DAN JAUHILAH JUGA KAMI DARI PEMERINTAH YANG ZALIM SEKUTU APCO ZIONIS YANG ANTI AGAMA MU ,AMEEN !

Abu Syaukah berkata...

Maha Suci Allah...