20 Jan 2012

RBF Kata Papagomo & Parpukari Sukar Dikawal, Ada 1,800 Cybertroooper Dilatih

Unit media Umno tak dapat kawal Papagomo, Parpukari'

Pengerusi unit media baru Umno, Tun Faisal Ismail Aziz berkata beliau tidak dapat mengawal penulis blog tertentu seperti Papagomo dan Parpukari yang dikatakan sering menyiarkan tulisan berunsur fitnah di laman berkenaan.

Katanya, beliau tidak menyokong pandangan tertentu yang diketengahkan dalam blog berkenaan namun beliau mengakui bahawa laman berkenaan menyumbang kepada pengaruh Umno, lebih-lebih lagi ketika menghadapi pilihan raya kecil dan pilihan raya umum.

"Tapi saya lebih bimbang apabila berdepan dengan pemilihan Umno. Penulis blog ini akan bersaing antara satu sama lain.

"Nak kawal blogger Umno sendiri bukan senang. Apa cara kita hendak kawal mereka?," katanya lagi ketika ditemui di satu majlis diskusi pengguna laman blog Twitter, malam tadi.

Katanya, walau beliau mengenali penulis blog berkenaan secara peribadi, individu berkenaan tidak mendedahkan identiti mereka di ruang maya.

"Penulis blog yang menyerang ini, sukar untuk kenali mereka, mungkin mereka terikut-ikut dengan orang lain.

"Lainlah macam saya. Saya bertanggungjawab kepada parti," kata anggota exco pemuda Umno itu lagi.

Katanya, Unit Media Baru Umno juga tidak menyokong serangan peribadi yang dilancarkan oleh kumpulan penulis blog berkenaan, seperti yang dilakukan ke atas exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong.

ADUN PKR itu dilanda kontroversi apabila foto separuh bogel beliau tersebar di laman pro-Umno bermula Februari 2009.

Tun Faisal menjelaskan, penulis blog seperti papagomo dan parpukari telahpun meraih populariti apabila Umno mula menubuhkan unit baru itu ketika memasuki gelanggang pilihan raya 2008.

Katanya Umno telahpun jauh ketinggalan di belakang PAS, DAP dan PKR yang beralih untuk menyampaikan mesej mereka di ruang Internet apabila tidak lagi mendapat tempat di media arus perdana.

Kumpulan pro-pembangkang telahpun menggunakan ruang Internet semenjak 1999 ketika slogan seperti "Mahazalim" mula timbul sebagai kritikan kepada corak pemerintahan perdana menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kita jauh ketinggalan di belakang sedangkan lanskap (perang media) telahpun berubah. Pada 2008 kita terkejut kerana ia bukan lagi sekadar tulisan tetapi kandungan multimedia digunakan.

"Fitnah semakin banyak dengan gambar dan visual. Sebab itu Pak Lah kena teruk (diserang). Ianya lebih teruk daripada (fitnah) 'zaman Mahazalim'," katanya lagi.

Semenjak dilantik mengetuai unit berkenaan pada 2010, Tun Faisal berkata beliau telah melatih seramai 1,800 orang untuk bergiat di ruang siber melalui penulisan blog dan juga menyertai laman sosial.

Secara peribadi, beliau bagaimanapun hanya mengenali seramai 27 orang daripada jumlah tersebut.

Beliau dilantik oleh ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin ke unit berkenaan untuk mendedahkan orang Umno dengan media baru supaya tidak begitu bergantung kepada media arus perdana.

Sekarang, kata Tun Faisal, pihaknya mempunyai lebih ramai pengendali media dalam talian untuk mengimbangi keadaan tersebut.

'Cybertrooper' berkenaan juga, katanya, dilatih untuk menyerang pembangkang dan juga untuk melengkapi fungsi media arus perdana yang lebih banyak melaporkan dasar dan implementasi kerajaan

"(Latihan tersebut) sama ada anda kelirukan orang atau beritahu sisi cerita yang lain," katanya lagi berjenaka.

Turut hadir dalam program diskusi pada malam tadi ialah kolumnis Malaysiakini Hishamuddin Rais, ahli parlimen Kota Belud Datuk Rahman Dahlan dan juga timbalan menteri pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

Perbincangan berkenaan antara lain bertujuan untuk mengadakan dialog yang lebih membina di antara penyokong BN dan Pakatan di ruang Twitter. -mk

Ulasan GB

Papagomo? Parpukari?

Kita tak hairan pun dengan dua manusia(?) ini. Hukum kebenaran akan menghukum mereka. Kita tunggu dan lihat kerana segala pekung mereka bakal terdedah jua.

Sekalipun mendapat perlindungan dan "diberikan makan" paling kenyang oleh pihak tertentu, kesudahannya akan berakhir kedua-duanya akan tercampak ke lembah kehinaan dan kebinasaan hasil dari perbuatan tangan mereka sendiri.

Kita tunggu dan lihat.

8 ulasan:

Awanama berkata...

Betul tu,janji Allah pasti berlaku.Yang haq tetap timbul dan yang bathil akan terhapus.

batu pelangi/BZ berkata...

Dua sekor BINATANG ini sudah tiada
PEGANGAN AGAMA lagi!!!!

opisboi berkata...

pada aku kerana 2 blogger ini lah pakatan rakyat semakin kuat & umnporno makin hari makin lemah...truskan usaha murnimu parpu & gomo...tima kasih banyak2

Waalid5035 berkata...

Sepandai-pandai tupai melompat..terkadang akan terjatuh ke tanah juga...

Kebenaran akan terbit dan kebatilan akan dibenamkan sedalam-dalamnya..

Janji Allah pasti datang..

"Sesungguhnya Pertolongan Allah itu dekat.."

tehtarikkurangmanis berkata...

mohon pembetulan....tun faisal bukanlah blogger RBF...tun faisal punyai blog tersendiri tunfaisal.blogspot.com....RBF adalah blog cybertrooper UMNO dipunyai Faisal bukan Tun Ahmad Faisal..

Waris berkata...

Muka mcm orang tak sekolah. Macam muka pecah rumah pun ya jgk. Macamana umno boleh bergantung harap makhluk yg mcm ni? Pelik... cuma layak jadi ayahanda pekida kump melayu paling cekai di dunia. Langsung tak ada kelas.

Awanama berkata...

masih ada cahaya murni lagi ke dalam hati mereka berdua ni....

Awanama berkata...

gambar sbelah kanan tu kalau tk silap papagomo.. gmba asal yg size nya lbih besar kalu tk silap ad gelas berisi seakan2 arak.. iainya sama rupa dgnya.. tangannya mmegang seputung rokok