20 Jan 2012

Tol Perlu Hapus Kerana Syarikat Konsesi Telah Untung Besar

Keuntungan berlipat kali ganda yang diterima oleh syarikat konsesi kutipan tol-tol di Malaysia disifatkan sebagai maha firaun oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Ini berdasarkan kepada maklumat yang diterima oleh Lim lanjutan daripada soalan yang dikemukakan beliau di dalam parlimen tahun lepas berkenaan kutipan tol di Malaysia.

"Maklumat yang diperolehi jelas menunjukkan beberapa syarikat mengaut untung yang sangat besar, maha besar dan maha firaun," ulas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Lim memberi contoh pembinaan Lebuhraya Utara Selatan yang memperuntukkan kos pembinaan sebanyak RM 6 billion tetapi menerima pulangan sebanyak 308% daripada modal yang dikeluarkan. Ini memberi jumlah kutipan dan pampasan berlipat ganda daripada kos asal iaitu sebanyak RM 24.3 billion.

"Ini bermakna mereka telah mencapai keuntungan sebanyak RM 18.3 billion dan inilah dikatakan keuntungan maha firaun. Sedangkan mereka boleh mengutip tol sehingga Disember 2038 sehingga ke anak cucu cicit kita.

Jesteru, Lim menjelaskan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya, Beberapa lokasi kutipan tol akan dihapuskan terutama kepada syarikat yang sudah menikmati keuntungan besar selama ini.

Lim juga mempersoalkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Noh Mohd Yaakob bahawa jika tol dihapuskan, negara ini akan muflis sedangkan keuntungan diperolehi jauh lebih tinggi daripada modal yang dikeluarkan.

"Saya kata tidak. Malaysia tidak akan muflis. Dan sekiranya dia masih yakin dengan kenyataannya, marilah berbahas berdasarkan fakta dan bukan sekadar serangan yang tidak masuk akal.

"Saya harap beliau tidak takut untuk berbahas tentang isu penting seperi isu ekonomi dan kos hidup rakyat ini. Malah sekiranya tol dihapuskan, inflasi juga akan turun,"
jelas Lim lagi sambil mencabar Noh Yaakob untuk berbahas dengannya secara terbuka mengenai isu ini.

Sementara itu setakat 31 Disember 2010, Lebuhraya Metramac memperolehi hasil kutipan keuntungan tertinggi dengan pulangan setakat 2010 sebanyak 877% iaitu RM440 juta dengan kos pembinaan cuma RM 45 juta. Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak turut dicatat keuntungan besar sebanyak RM1.4 billion dengan kos pembinaan RM 451 juta selain tempoh konsesi selama 38 tahun.

Manakala Keuntungan konsasi Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) yang dibina dengan kos RM1,08 bilion telah memcatat keuntungan RM1.61 bilion. Manakala tempoh konsasinya selama 34 tahun.




Laporan sebelum ini
klik untuk baca





9 ulasan:

Awanama berkata...

sebab itu lah kita mesti membuat perubahan dengan menukar kerajaan sedia ada dgn parti politik yang lain yang mana mungkin lebih baik... belum cuba belum tahu kan kan kan....kita dah nampak kerajaan yg sedia ada ini mengarut dan hanya berfaedah utk golongan tertentu sahaja... apa yg kononnya mereka dah buat dan dilaung2kan betapa besarnya jasa mereka itu sebenarnya adalah tanggungjawab mereka untuk menjalankan amanah rakyat setelah dipilih dlm pilihanraya.... bukannya jasa pun... cuma kerja yang mesti dilakukan... bukannya free... bergaji...

Awanama berkata...

pok cik kayo.....

Awanama berkata...

TOL...ADALAH SEKIAN STRATEGI BN UTK MEMERAH SETIAP KERINGAT RAKYAT BAWAHAN UTK DIAGIHKAN KEPADA KRONI-KRONI.

PAKATAN RAKYAT...PERLU AMBIL ALIH DAN SERAHKAN JALAN RAYA KPD RAKYAT.

INI TIDAK...RAKYAT MELALUI KWSP PINJAMKAN DUIT KPD KRONI UTK BUAT TOL. KRONOI BUAT TOL...KUTIP DUIT HARI2 DRPD RAKYAT.

INILAH AMALAN OLEH KERAJAAN BN. MENGUTAMAKAN RAKYAT...KONON.

Awanama berkata...

Dasar lintah tak pernah puas hisap darah.

Awanama berkata...

aku suka kalau Tol dihapuskan...Tp ada satu soalan...Kos selenggara nanti sapa nak tanggung? sblm ni syakt konsesi yang bayar hasil dari kutipan tol...stakat nak jadikan modal politik tu memang senang...CERR jawab kawan2 yang bijaksana....

Awanama berkata...

Bodoh pnya soklan...milik-negarakan la cam jalan2 kat malaysia ni. Jalan Persekutuan, jalan Negeri hang ingat hantu ka tlg selenggara?? Mmg UMNGOK lg BONGOK..pndai xbleh ajaq,bduh mlantun2..

Awanama berkata...

rakyat faham kalau perlu apa2....jgn nak buat pertanyaan dgn rakyat? habis tu roadtax yg kami bayar tu nak buat apa? umnogok telan jerrrr...tak lak kau tanya kos selenggara?

Awanama berkata...

Kalau naik kereta mula dari bandar Golok atau Hadyai,Selatan Thailand,hingga keutara,Chingmai - Lebuhraya Thai ni tak kena satu sen pun tol.Kalau diEropah dan Amerika Syarikat,penduduk tak tau pun tol itu apa.Disini kerajaan BN hisap darah rakyat melalui bayaran tol,akan naik pulak saban tahun.Semua syarikat yang buat jalanraya tol ni ada kaitan dengan pemimpin-pemimpin UMNO/BN.

Awanama berkata...

tak elok gak tutup.. kesian kat pekerja2 tol... dari tutup baik rendahkan bayaran tol. win-win situation..