8 Dis 2011

Hassan Ali Penyelamat "Selangor" Atau Penyelamat "UMNO"?

Hasan Ali 'penyelamat' Selangor, kata Utusan

Orang yang mampu menyelamatkan Selangor dan menyatukan orang Melayu adalah ahli exco kerajaan negeri Datuk Hasan Ali. Demikian pendapat edoitor kanan, akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan.

Sambil melabelkan Hasan sebagai seorang pejuang yang diperkenan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Zaini berkata hanya Hasan sahaja yang digeruni oleh kerajaan negeri Selangor yang dikuasai oleh DAP. Ini kerana beliau mempunyai pengaruh yang luas di kalangan pengikut PAS dan penjawat-penjawat awam Melayu.

Katanya, Hasan juga adalah ahli exco tunggal yang membela Datuk Khusrin Munawi daripada tentangan pelantikan ke jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan menyelamatkan akidah umat Islam daripada kumpulan evengelis Kristian.

“Ternyata beliau seorang pejuang. Beliau tidak gentar kehilangan kerusinya, jawatannya, kedudukannya demi maruah kesucian agama Islam dan keutuhan bangsa Melayu yang cuba dipecahbelahkan.”

Justeru, menurut Zaini dalam kolum 'Cuit', Hasan mempunyai kelebihan dan dipertaruhkan harapan untuk melakukan perubahan dengan menyatukan secara politik PAS dan Umno

“Kedua-dua faktor itu memberi kelebihan kepada Hasan untuk melakukan perubahan. Hasan berupaya melakukan perkahwinan itu demi menegakkan kesucian agama Islam dan keutuhan umat Melayu di Selangor,” tulisnya.

Sebagai bukti, sokongan sultan dan pengiktirafan kepada exco PAS itu, Zaini menyentuh mengenai spekulasi bahawa Hasan akan dianugerahkan darjah kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor pada Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor, minggu depan

“Tapi mengapa DYMM Tuanku berkenan dengan Hasan? Dari sudut hati kecil Tuanku, mungkin baginda mahu Selangor diselamatkankah?

“Mungkinkah baginda juga menaruh harapan yang tinggi terhadap keupayaan Hasan? Jika itu benar, banyak signifikan yang dapat dirungkaikan,” katanya lagi. -mk

Ulasan GB

Sepertimana tajuk, Hassan Ali nak selamatkan Selangor atau nak selamatkan UMNO? Kalau nak selamatkan Selangor, Selangor kini tak ada masalah apa-apa di bawah Pakatan Rakyat. Yang bermasalah besar sekarang ialah UMNO. Apatah lagi terdedah kini kisah lembu - integriti UMNO hancur lebur dan impian takluk Selangor semakin pudar.

UMNO masih seorang Majnun yang tergilakan Laila. Masih menyemarakkan isu "Kerajaan Perpaduan" yang telah ditolak pimpinan tertinggi PAS. Ini menunjukkan UMNO sendiri sudah mengakui tanpa PAS, sokongan Melayu kepadanya tidak cukup untuk menawan negeri Selangor dari Pakatan Rakyat.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"Sambil melabelkan Hasan sebagai seorang pejuang yang diperkenan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Zaini berkata hanya Hasan sahaja yang digeruni oleh kerajaan negeri Selangor yang dikuasai oleh DAP"

Kita nak lihat apa komen Istana Selangor apabila nama Sultan Selangor diheret sama dalam kancah politik di atas.

Tanpa Nama berkata...

hahahaha... ni la balaci umporno. dlm diam hassan ali menjilat umporno.

Tanpa Nama berkata...

Datuk Dr Tuan Haji Hasan Ali bukan ustaz tapi kenapa menjadi exco agama ?

Datuk Khusrin Munawi juga bukan ustaz mengapa menjadi pengarah JAIS ?

Waris berkata...

Hasan ali ni seorang yg oportunis. Bila peluang untuk jadi MB billion dollar state tertutup rapat untuk beliau maka beliau mula membuat onar.

Tanpa Nama berkata...

kalau tak barua UMNO adakah utusan nak sokong????

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya Hasan Ali ini adalah parasit kepada PAS.
Agaknya ginilah jenis manusia yang suka membaling batu dan menyorok tangannya.
Mujurlah beliau telah diundurkan dari Pesuruhjaya PAS Selangor.

Selama menjadi EXCO Agama, apa yang dia buat selain dapat gaji buta. Diganggunya Bob Lokman, Dr. Asri dan gerakan orang2 yang inginkan ilmu dan kesedaran agama. Yang maksiat dibiarkan berleluasa.

Sebenarnya rakyat Selangor dah bijak menilai dan orang seperti Hasan Ali ini tidak lagi diperlukan di Selangor. Tak caya biar dia tanding tiket BeEnd diPRU 13 nanti. Insya'allah gedum dan tamatlah riwayat politik Hasan Ali.

Tanpa Nama berkata...

Manusia jenis Hassan Ali memang ramai dalam dunia politik.Ada baiknya PAS jangan berbuat apa-apa terhadap Hassan Ali,jangan layan dia,jangan jadikan dia calun,jangan pecat dia,biarkan aje dia sendirian hingga mati meragan.Anggaplah Hassan Ali tidak ujud didunia ini.Habis cerita.