8 Dis 2011

[Kisah Benar] Tiga Anggota Keluarga Punya Dua Alat Kelamin

Jakarta – Keadaan “aneh” dilaporkan dialami tiga ahli satu keluarga di sebuah kampung di daerah Tegal, Jawa Tengah, di sini kerana masing-masing memiliki kedua-dua alat kelamin perempuan dan lelaki.

Yang tua sekali hanya dikenali sebagai Santi berusia 23 tahun sudah pun menjalani pemeriksaan di hospital yang mengesahkan “keadaan tidak jelas” mengenai alat kelaminnya, manakala dua anak saudaranya, Zakaria dan Topan, masing-masing berumur lapan dan satu tahun belum diperiksa.

Doktor yang memeriksa Santi, Dr Silvan Wahyudi dari Pusat Kesihatan Masyarakat Bumijawa berkata kes Santi telah dirujuk ke hospital daerah untuk ujian makmal dalam menentukan jenis hormon yang lebih dominan dalam tubuhnya.

Bagaimanapun pemeriksaan secara fizikal mendapati Santi memiliki dua alat kelamin yang sama-sama berfungsi dan doktor memberitahu Santi boleh memilih jantina dikehendakinya melalui pembedahan.

Akhbar harian Kompas, dalam laporannya hari ini memetik Dr. Silvan sebagai berkata bahawa ibu Santi, Poniah, 46, memberitahu semasa dilahirkan Santi berkelamin perempuan namun setelah berusia sembilan bulan alat kelamin lelakinya mula kelihatan.

Santi sendiri diberitakan melalui pengalaman pahit dipukul oleh orang ramai kerana didakwa menyamar sebagai perempuan apabila dia menyertai pelajar perempuan semasa pengajian di sekolah.

Dia lebih suka memilih menjadi perempuan kerana setiap bulan mengalami kedatangan haid dan alat kelamin lelakinya tidak “sempurna” namun suara seperti lelaki dan payu daranya pula tidak kelihatan.

Laporan itu menyebut bahawa Zakaria dan Topan, anak-anak kepada sepupu Santi, mengalami keadaan hampir serupa tetapi bagi Zakaria alat kelamin perempuannya mula ”tertutup” manakala alat kelamin lelakinya juga ”tidak sempurna”.

Dr Silvan berkata keadaan yang dialami Santi dan dua orang anak saudaranya itu adalah disebabkan faktor genetik. – Bernama

4 ulasan:

Awanama berkata...

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 adalah penipuan kerajaan untuk menuntut cukai berpanjangan

Saya adalah orang yang terlibat dengan perancangan LHDN.

Orang yang layak menerimanya adalah yang berpendapatan di bawah RM500.
Wang RM500 diberikan akan ditambahkan ke dalam gaji orang yang menerima.
Sebagai contoh, jika pendapatan RM2100, maka setelah menerima bantuan ini, gajinya akan menjadi RM2600.

Bantuan Rakyat 1Malaysia sebanyak RM500 tersebut akan diberikan cuma sekali sahaja.
Tujuan kerajaan memberikan RM500 adalah supaya orang yang bergaji rendah turut perlu membayar cukai pendapatan.
Gaji minimum yang dimestikan membayar cukai pendapatan adalah RM2500 sebulan.

LHDN di bawah arahan kerajaan akan memilih orang yang boleh dinaikkan gajinya menjadi sekurang-kurangnya RM2500 sebulan.
Dalam kata lain, kerajaan akan memberikan bantuan kepada orang yang bergaji bulanan antara RM2000 sehingga RM2499
Walaupun cuma sekali sahaja seseorang itu mendapat gaji RM2500 sebulan, kerajaan akan cuba menuntut cukai pendapatan seumur hidup!
Jika gaji bulanan anda cuma RM1500 sebulan jangan haraplah akan mendapat bantuan ini.

Saya sebagai "orang dalam" turut berasa bersalah.

Awanama berkata...

-PEMBETULAN-

Orang Dalam,

Ko ingat rakyat malaysia bodoh? mana boleh RM500 sekali bagi tu jadi pendapatan untuk dicukai? cukai berdasarkan EA form bagi org yg makan gaji.
betul ker ko orang dalam LHDN? ko keja LHDN mana? dah brp tahun ko kerja LHDN? jgn nak spin lah oii...

Awanama berkata...

Tidak mustahil sekiranya si Anun 8:51 AM tuh pecacai bagi pihak UMNO yang berunding dengan LHDN bagaimana bantuan berkenaan hendak disalurkan. Tetiba kira punye kira, semak dan selidik sana sini, dia termasuk golongan yang tak layak terima RM500 tuh. Tu pasal tembelang bantuan itu dipecahkan.

Kesihan. Bajed/bantuan UBN kena lawak dek pecacai dia sendiri.

Itulah landasan perjuangan orang yang menghambakan dirinya kepada parti dan pemimpin UMNO iaitu DUIT atau fulus. Ada RM mengalir masuk maka UMNOlah aqidah kedua mereka. Jika saluran mula nampak tersumbat maka dengan lagak munafik pula mengaku simpati atau macam dipihak Pakatan Rakyat.

Dasar abu jahal dan abu lahab. Itulah para pecaci yang sebahagian mereka berkopiah, songkok dan berserban. Tak kurang yang bergelar haji.

Beringatlah akan hadis Nabi saw, "berpagi pagi mereka beiman dan kafir pula waktu petangnya" dan begitulah mereka dalam keadaan kemunafikan sama ada disedari atau tidak. Pdenjaja Al-Quran dan memperdagangkan ugamanya. Haram jadah punya parti yang diwariskan British kepada orang melayu.

Fitrah alam ciptaan Allah Taala. Parti yang lama/tua akan berlalu. PRU-13 adalah giliran rakyat memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat yang telah mmbuktikan wibawa dan amanah mereka di Selangor, P.Pinang, Krdah dan Kelantan.