8 Dis 2011

Wang Royaltinya Kamu Rompak, Kini Kamu Burukkan Kelantan Hanya Bina Sebuah Masjid

PAS akui hanya bina sebuah masjid di K'tan

Kerajaan PAS Kelantan mengakui hanya membina sebuah masjid, iaitu Masjid Jubli Emas Sultan Ismail Petra, di Rantau Panjang daripada wang sendiri tanpa bantuan kerajaan pusat sejak mentadbir negeri itu lebih 20 tahun lepas.

Gambar: MASJID Jubli Emas Sultan Ismail Petra yang terletak di Rantau Panjang, Kelantan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Abdul Fatah Harun berkata masjid lain di seluruh negeri dibina oleh kerajaan pusat.

"Masjid Jubli Emas atau lebih dikenali Masjid China yang menjadi kebanggaan PAS ini dibina dengan perbelanjaan kerajaan negeri sendiri, tanpa satu sen dari kerajaan pusat," katanya kepada Bernama hari ini.

Katanya, bagi masjid mukim yang lain di seluruh negeri, kerajaan negeri hanya bertanggungjawab mengeluarkan peruntukan untuk kerja-kerja pembaikan dan pengubahsuaian.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab dakwaan pemimpin parti pembangkang di Kelantan, bahawa sejak mentadbir negeri ini lebih 20 tahun, PAS tidak membina sebuah masjid pun di negeri itu.

Malah, mereka mendakwa semua masjid yang ada di negeri ini dibina oleh kerajaan persekutuan atau peninggalan pembangunan yang dibawa oleh Barisan Nasional ketika mentadbir negeri itu pada 1978-1990.

Abdul Fatah berkata, Masjid Jubli Emas yang berharga RM9.5 juta itu dibina pada 2005 dan siap sepenuhnya pada 2009 hasil ilham Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, selepas melawat Beijing, China sebelum itu. - Bernama

Ulasan GB

"PAS akui hanya bina sebuah masjid di K'tan"
Begitulah tajuk jahat dari Bernama.

Cuba merendah-rendah dan memburukkan kerajaan negeri Kelantan apabila mengulas mengenai kewujudan Masjid Jubli Emas atau Masjid China yang dibina dengan perbelanjaan kerajaan negeri sendiri, tanpa satu sen dari kerajaan pusat.

Memang Kelantan hanya membina sebuah masjid. Kerana wang royalti milik Kelantan telah dirompak oleh kerajaan UMNO pusat. Setelah wang milik Kelantan kamu rompak kini kamu hinakan kerajaan Kelantan kononnya hanya mampu dirikan sebuah masjid sahaja.

Begitulah teruknya perangai yang dibawa oleh penulis berita BERNAMA ini.

Kita ingin nyatakan, biar masjid yang dibina itu cuma satu, tetapi ia dibina berasaskan taqwa dan masjid itu diimarahkan daripada mempunyai beratus masjid tetapi terbina di atas dasar bermegah kemudian terkunci rapat tanpa jemaah sepertimana berlaku di kebanyakan masjid di negara ini.

Di dalam Al-Quran, tiada arahan untuk mendirikan masid sebaliknya terdapat banyak arahan supaya mendirikan solat!

Mendirikan masjid belum tentu mendirikan solat, tetapi mendirikan solat dengan sendirinya masjid akan terdiri sekalipun tanpa bangunan.

7 ulasan:

Awanama berkata...

Agaknya lah kalau Allah izinkan Rasulullah s.a.w itu hidup kembali dan melihat mesjid2 yang banyak dibangunkan oleh UBeeEnd, sedangkan baginda akan dimaklumkan United Malay Nation Organization parti Islam melayu ini penentang dan memperlekehkan Undang2 Allah s.w.t. Adakah Rasulullah akan berkata " Ini juga mesjid dhirar seperti yang dibina oleh Abdullah bin Ubai bin Salul kerana untuk dimegah megahkan". Kankah mesjid dikawal dan diselia oleh AJK UmnoPutra...

Awanama berkata...

masjid dah banyak di kelantan, jemaah pun ramai, tak macam masjid UMNO, mewah tapi tiada makmum dan berkunci pula tu....

cekli@abg chor berkata...

Inilah yang dikata, "ADA AKAI TAK PAKAI."

Awanama berkata...

Aku pun heran, masih tak faham2 lagi ke rakyat Msia ni:

Wang2 tu semua bukan wang BN, UMNOuuu ke, mereka2 tu jalankan amanah aje..

Yg dipertikaikan penyalah guna wang rakyat, tak mau Islam, banyak program2 laro & melalaikan ...aduhhhhh .. semenjak seminggu dua ni aku tengok promosi prog Permata dari budak kecik sampai remaja, dok program joget2 aje. Tu joget2, tak payah keluar juta2 pun semua org pandai ooiiii...

Ya Allah, sedarkan lah mereka.

Awanama berkata...

Takyahlah nak tipu Melayu hai pekerja Bernama yang banyak bawa kabar angin. Rata-rata Rakyat dah bijak menilai.

Awanama berkata...

Kalau buat masjid nak nunjuk buat apa jika tiada jemaah.

Awanama berkata...

Biar Masjid kurang,tetapi yang bersolat ramai.Ini kalau masjid lawa dan banyak tetapi yang solat Imam dengan Bilal je baik tak payah derrr...