8 Dis 2011

Undi Pos Meningkat 1,343% Di Lembah Pantai, UMNO Bagi Jawapan, Bukan SPR

4 sebab pengundi pos ramai di Lembah Pantai

PETALING JAYA: Umno bahagian Lembah Pantai menjelaskan empat faktor mengapa jumlah pengundi pos meningkat mendadak di parlimen Lembah Pantai.

Empat faktor berkenaan ialah pembesaran balai polis Jalan Travers, pembukaan pusat tahanan polis di Bukit Jalil, ramai pegawai petugas pilihan raya dan kaki tangan kedutaan negara di luar yang menetap di Lembah Pantai.

Timbalan ketua Umno bahagian, Yusri Ahmad berkata, berikutan itu jumlah daerah mengundi di Lembah Pantai meningkat kepada 19 berbanding 18 pada 2008.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan naib presiden PKR yang juga ahli parlimen lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengenai peningkatan mendadak pengundi pos di parlimen tersebut.

Dalam sidang media semalam, beliau mendakwa pengundi pos di Lembah Pantai ialah 2, 180 orang atau 3.1 peratus dari jumlah pengundi 70, 000 orang.

Yusri menasihatkan Nurul bejumpa dan berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mendapatkan penjelasan mengenai ramai pengundi pos di kawasan tersebut.

“Pendaftaran pengundi termasuk semuanya dibuat oleh SPR dan jika mahu mengatakan Umno atau pemimpinnya terlibat tidak betul,” katanya ketika dihubungi hari ini.

`Menteri Lembah Pantai’

Ketua Umno Lembah Pantai ialah Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang juga menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Beberapa waktu lalu, Nurul juga mendakwa menteri berkenaan telah membawa terlalu banyak pembangunan ke Lembah Pantai berbanding kawasan parlimen lain.

Mengulas dakwaan tersebut, Yusri berkata, Raja Nong Chik meneruskan pelbagai projek yang tidak dapat dilaksanakan sebelum ini.

“Banyak projek termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang baru dibina di kawasan Lembah Pantai kerana kawasan ini merupakan sifar setinggan.

“Kini menanti projek pembangunan bersepadu di kawasan seluas 210 ekar di Pantai Dalam. Jadi jangan hairan kalau Lembah Pantai banyak projek pembangunan
.

“Raja Nong Chik bukan menteri Lembah Pantai. Tetapi beliau ketua Umno bahagian ini,” tegas Yusri lagi.

Ulasan GB

Kelmarin, Ahli Parlimen Lembah Pantai persoalkan bagaimana pengundi pos bagi parlimen Lembah Pantai meningkat begitu mendadak sehingga 1,343%.

Dan tiba-tiba yang anehnya, UMNO Bahagian Lembah Pantai pula yang memberikan "jawapannya" dan bukan pihak SPR.

Ini amat pelik. Jawapan itu sepatutnya diberikan oleh SPR kerana SPR yang bertanggungjawab menentukan kesahihan daftar pemilih yang diedarkan.

Ini bererti juga seperti sudah ada perancangan teratur pihak UMNO dengan SPR untuk meningkatkan jumlah pengundi pos berkenaan.

Dan dengan melihat kepada jawapan yang diberikan oleh Timbalah ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai di atas, seperti mendedahkan bahawa sudah ada juga grand design untuk meletakkan Raja Nong Chik sebagai calon UMNO/BN di parlimen Lembah pantai menggatikan calon mereka yang tewas iaitu Shahrizat Jalil.

Maka sebab itu agaknya UMNO perlukan "sumpah baiah"?


Laporan-laporan sebelum ini
klik untuk baca








6 ulasan:

yes berkata...

Pendatang asing ramai tak di situ?

Awanama berkata...

ckp aje yg benarlah... apa mau takut ini kan strategi. abg sy org kuat umno di tmn sg. besi, bahagian seputeh mengakui ahli2 umno dikerah menukar alamat bgi mebolehkan mereka mengundi di lembah pantai. sekian harap maklum

Awanama berkata...

yes, 2011 5:22pm-kawasan lembah pantai ni memang ramai pendatang asing,terutamanya di pantai dalam,kondo rakyat,kampung kerinchi,flat angkasa dan kawasan sepekitarannya.orang-orang kondo rakyat memang kenal sangat siapa yusri tu....??dan berkemungkinan juga raja nong chik akan menjadi calon umno/bn di situ...

seVVelsociety berkata...

yaaa ini la "suara rakyat" hahahaha

dari rakyat untuk rakyat hahahaha

sungguh hebat dan suci demokrasi ini hahahha

Awanama berkata...

Dengan penjelasan dari UMNO Lembah Pantai ni,sudah jelas SPR memang cawangan UMNO kerana UMNO menjawab bagi pihak SPR.Semua jawapan dari UMNO ni tak boleh pakai sebab jawapan orang orang terencat akal.Rakyat bukan bodoh lagi.

Awanama berkata...

SPR UMNO punya lembu.Lembu UMNO adalah SPR.Bunyi je lain.Maksud dia sama lalalala...