8 Nov 2011

Mat Rempit 53 Tahun Mengaku Ahli PAS, Tapi Tak Kenal Pemimpin PAS

Hairan, mat rempit 'ahli PAS' tak kenal pemimpin PAS

PULAU PINANG, 8 Nov: Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Datuk Saleh Man meyakini tindakan sekumpulan mat rempit berdemontrasi berhampiran bangunan Dewan Undangan Negeri (Dun), 31 Oktober lalu didalangi parti politik tertentu.

Beliau yang juga Adun Permatang Pasir berkata, ketika kejadian pada hari itu, beliau sendiri bertemu beberapa orang ahli kumpulan itu yang kononnya mendakwa dirinya ahli PAS seumur hidup dan bertanyakan sama ada mereka kenal atau tidak pemimpin PAS negeri itu.

Namun ujarnya, seorang mat rempit 'ahli seumur hidup PAS' itu yang umurnya mungkin sudah menjangkau 50 tahun, terpinga-pinga untuk menjawab soalan siapakah pesuruhjaya PAS negeri itu.

"Saya tanya jika dia sudah lama jadi ahli PAS, siapa pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, dia jawab tak tahu.

"Tiba-tiba kawan-kawan dia tarik baju dia, mungkin kawan-kawannya tak mahu dia menjelaskan sesuatu yang mungkin boleh memecah rahsia sebenar," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau ditemui pada majlis sambutan hari raya Aidil Adha di Pengkalan Tambang, Permatang Pasir semalam.

Pada tengahari 31 Oktober lalu, kira-kira 200 mat rempit mengadakan tunjuk perasaan di bangunan bersejarah jam besar Pulau Pinang yang berhampiran Dewan Undangan Negeri bagi menuntut ‘litar perlumbaan’ dibina bagi kegunaan mereka.

Kumpulan, yang diketuai oleh Ahmad Shahabuddin - wakil Pertubuhan Islam Gabungan Amal - berbaris di sepanjang kawasan itu dengan motosikal mereka kira-kira jam 1 tengahari dan membunyikan hon selama kira-kira 15 minit sebelum disuraikan oleh polis.

Tindakan mereka dipercayai didalangi politik kerana kebanyakan penunggang berkemeja-T berwarna kuning dengan tertera perkataan ‘LGE rasis’ - merujuk kepada ketua menteri Lim Guan Eng - dan projek 'Selamatkan Pulau Pinang'.

Mereka juga membawa sepanduk yang berbunyi “Kami mahu litar lumba”.

Mengulas lanjut, Saleh Man berkata, beliau tidak menolak kemungkinan Umno negeri itu turut terlibat dalam merancang demonstrasi itu.

"Umno nampak gayanya terus main wayang. Mereka sudah ketandusan ideal dengan menjemput pemuda yang entah datang dari mana buat kacau depan dewan. Lepas tu tunjuk kad keahlian PAS seumur hidup pula," tegasnya.

Menurut beliau, Umno di Pulau Pinang hampir mati perancangan untuk mengembalikan sokongan Melayu di sini ekoran pentadbiran kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat diterima baik masyarakat di sini. -HD


Mat Rempit 53 tahun mengaku ahli PAS terlibat?

Mat Rempit berusia 53 tahun tengah hari tadi tampil mengaku bahawa beliau antara "Ahli PAS Seumur Hidup " yang menyertai demontrasi liar mat rempit baru-baru ini bagi menuntut litar lumba dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Razali bin Ismail atau lebih dikenali sebagai "Ayahanda Zali"(paling kiri, pegang sijil PAS), penternak ikan keli dari Telok Kumbar - Pusat AZ Keli King - bersama-sama dua lelaki misteri lain membuat pengakuan itu di perkarangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang, Georgetwon.

Mereka seakan membela dakwaan Adun Telok Bahang, Datuk Seri Dr Hilmi Haji Yahya (Umno) di Dun semalam, iaitu "ahli PAS seumur hidup" terlibat dalam demontrasi liar dari Komtar ke Dun baru-baru ini.

"Sebenarnya saya tidak aktif dalam PAS, saya aktif dalam Pertiga (Pertubuhan Islam Gabungan Amal). Tetapi, saya ahli penyokong Ku Li (Tengku Razaliegh Hamzah) yang masuk PAS dulu selepas Semangat 46 pecah (dibubarkan)," ujarnya pada satu sidang akhbar bersama Himli kira-kira 12.15 tengah hari tadi.

Bagaimanapun, beliau menafikan pembabitan Pertiga selaku penganjur dalam menyediakan semua baju T bertulis "LGE rasis" (baca: Lim Guan Eng rasis) misteri itu.

"Saya tak pakai baju kuning, saya pakai baju hitam. Saya tak tahu apa makna ("LGE Rasis") di baju kuning itu," tegas beliau.

Hilmi Berdalih

Sebelum pada itu, Hilmi berdalih bahawa Umno terbabit secara langsung dalam perhimpunan liar itu.

"PAS ada (terlibat), PKR pun ada (terlibat), Umno ada sedikit (terlibat).

Beliau turut mempertahankan bahawa kenyataanya semalam adalah kenyataan yang benar.

"Saya tak bohong di dewan (Dun). Orang yang bohong dalam dewan sahaja akan kata saya bohong," ujarnya.

Beliau turut menasihatkan Adun Permatang Pasir, Datuk Salleh Man dan Adun Seri Delima R.S.N Rayer supaya melawat sendiri Pusat AZ Keli King yang menjadi tempat berhimpun mat rempit Pertiga.

Rasa pelik

Saleh Man yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri pada satu kenyataan media lain berkata pihaknya berasa pelik dengan sandiwara Hilmi dan tiga lelaki misteri berkenaan.

"Berusia 53 tahun, masih menjadi 'mat rempit'. Selalunya kita dengar, mat rempit digelar pada remaja belasan tahun sahaja.

"Mereka tidak tahu, daripada mana pakaian kuning (bertulis "LGE rasis") ini datang, takkan pakaian ini datang dari langit," beliau berseloroh. -penangdaily


Ulasan GB

Yang kita ingin tahu daripada Adun Telok Bahang, Datuk Seri Dr Hilmi Haji Yahya ialah mat-mat rempit yang berbaju kuning, bukan baju hitam. Sebab mat-mat rempit berbaju kuning yang mendominasi demonstrasi di Pulau Pinang tempohari. Tak kelihatan yang berbaju hitam. Yang berbaju hitam ini entah mana dicekup untuk buat pengakuan - itu pun dia dah mengaku tidak aktif dalam PAS, cuma aktif dalam Pertiga.



7 ulasan:

Dr Zatiel Ismail berkata...

hi. rasanya tak perlu percaya kot cakap mat rempit ni...hihi

Tanpa Nama berkata...

Kaedah Perang Saraf yang dilakukan oleh UMNO ni,sudah lapok dan tak laku lagi.Begitu juga Pekasam yang jadi cawangan UMNO - yang masih menggunakan kaedah-kaedah yang sudah lapok.UMNO Pulau Pinang ni kebanyakan pemimpinnya Mamak.Depa nak gunakan cara dan kaedah lama,dizaman depa turun dari tongkang dulu.Depa lupa zaman telah berubah dan semakin maju.

Tanpa Nama berkata...

Anon 5.07, masaalahnya org2 kg dah tak leh berfikir sbb dihidangkan berita2 meloya tv. Tu pasal le.

Radio IKIM pon klo ada pemanggil yg sebut2 nak hukum2 Allah dilaksanakankan, cepat2 potong line. Jawab le ko nanti.

Tanpa Nama berkata...

rempit kan tradisi khairi

Tanpa Nama berkata...

Pak cik rempit tu, hai UMNO gunalah cara yg munasabah ................................ buat malu je

Tanpa Nama berkata...

semenjak PR memerintah Selangor dan Penang..entah berapa banyaklah kononnya NGO muncul..tapi semua NGO NGOk ni asyik nak buat demo saja.. buat malu kepada bangsa lain.. tak ada kerja asyik demo.kerja malas..

Tanpa Nama berkata...

semenjak PR memerintah Selangor dan Penang..entah berapa banyaklah kononnya NGO muncul..tapi semua NGO NGOk ni asyik nak buat demo saja.. buat malu kepada bangsa lain.. tak ada kerja asyik demo.kerja malas..