8 Nov 2011

Mana Pergi Peruntukan RM426.5 Juta Untuk Parlimen Pembangkang?

Pakatan Rakyat menuntut penjelasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke mana perginya peruntukan untuk ahli parlimen pembangkang di negara ini, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub.

Menurutnya, jawapan bertulis perdana menteri terhadap soal beliau di parlimen hari ini menyatakan setakat 26 September 2011, dana tambahan sebanyak RM426.5 juta diperuntukan kepada semua kawasan parlimen untuk melaksanakan projek melibatkan kepentingan rakyat.

“Malangnya, peruntukan untuk kawasan parlimen pembangkang tiada kerana sehingga kini kami tidak menerima satu sen pun dari dana tambahan itu,” katanya dalam sidang media hari ini.

Menurut Salahuddin, ini bukan kali pertama kerajaan Umno BN menafikan hak kawasan pembangkang mendapat peruntukan dan sudah diamal sejak puluhan tahun lalu.

“Secara matematiknya, setiap satu kawasan Parimen BN, mereka mendapat peruntukan sebanyak RM3.025 juta.

“Malangnya, Ahli Parlimen pembangkang dinafikan hak walaupun kami merupakan ahli parlimen yang sah dipilih oleh rakyat,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan, Pakatan Rakyat memberi jaminan setiap Parlimen akan menerima hak mereka jika gabungan itu diberi mandat sebagai kerajaan selepas Pilihan Raya Umum akan datang.

Ini kerana setiap wang itu merupakan wang pembayar cukai dan mereka berhak mendapatnya melalui peruntukan kepada setiap ahli Parlimen yang mereka pilih dalam mana-mana pilihan raya
. -KD

Ulasan GB

Kerana pengamalan sistem diskriminasi dan pilihkasih ini, ia akan mempercepatkan proses kehancuran Barisan Nasional itu sendiri - itu hukum kebenaran dan keadilan.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1: Dalam suasana tidak melaksanakan keadilan dan memberikan hak kepada yg berhak, sang perdana menteri ke Makkah menunaikan haji pilihanraya yg telah diprogramkan mendapat liputan meluas dari media , kononnya beliau adalah seorang muslim yg baik dan wajar diberikan mandat lagi.
2: Menteri di jabatan perdana menteri mengeluarkan kenyataan yg kerajaan saudi bertindak wajar menambahkan ruang utk melontar jamrah dan rombongan haji pilihanrayapun mungkin turut melontar (?) tapi tahukah mereka apa maksud lontaran itu? disana melontar di sini menyembah. barangkali itulah haji malboro idaman KERAjaan umnoapco.

Tanpa Nama berkata...

sah2 kene songlap dah dgn kroni umporno la...UMNGOK nih..kate je bagi peruntukan kat sumer negeri..tp yg sebenarnya..PEMBOHONG besaq...depa puak2 UMNGOK nih menyalak ja..kata bg peruntukan sana sini..Tp haram masuk poket depa..Hancur la x lama lg MANUSIA yg sebegini..Pasti akan hancurrrrrr

Tanpa Nama berkata...

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un