8 Nov 2011

Mesin ATM Di Taman Midah Dilarikan, RM300,000 Lesap

Kuala Lumpur: Sebuah bank di Taman Midah, Cheras kerugian kira-kira RM316,000 apabila satu daripada lapan mesin juruwang automatik (ATM) dilarikan sekumpulan individu awal pagi ini.

Gambar: KESAN mesin pengeluaran tunai (ATM) yang dilarikan perompak di Maybank Taman Midah, Cheras. Kejadian disedari jam 3.30 pagi oleh dua anggota polis semasa membuat rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan. - Foto Abdullah Yusof

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh Tara Singh, berkata kejadian itu disedari kira-kira jam 3 pagi, apabila kereta peronda polis yang lalu di kawasan tersebut melihat dua bahagian cermin yang menempatkan mesin berkenaan pecah.

Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan mesin ATM itu dilarikan dengan cara mengheretnya menggunakan kenderaan berat.

"Kedudukan mesin yang terletak berhadapan dengan pintu masuk memudahkan suspek melarikan mesin itu. Kemungkinan mesin itu diheret dengan menggunakan lori atau kenderaan jenis pacuan empat roda," katanya kepada pemberita hari ini.

Mohan Singh berkata, siasatan awal menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kegiatan itu dilakukan oleh lima hingga enam lelaki berusia lingkungan 30-an.

"Kita percaya mereka melakukan kegiatan itu dengan hanya mengambil masa lima hingga 10 minit dan kesemua suspek tidak memakai penutup muka (topeng) bagi menyembunyikan identiti mereka.

"Siasatan awal juga mendapati alat penggera tidak berfungsi dan premis ketika itu tidak diawasi oleh pengawal keselamatan. Bagaimanapun, kita sedang meneliti rakaman CCTV di dalam dan luar premis itu," katanya.

Mohan Singh berkata, mesin itu ditemui semula di Hulu Klang, Ampang dekat sini oleh orang awam, kira-kira jam 11 pagi, namun semua wang tunai berjaya dilarikan.

Beliau berkata, satu pasukan khas ditubuhkan bagi menjalankan siasatan secara saintifik, termasuk mengesan semua suspek yang terbabit dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang melihat dan mempunyai maklumat mengenai kejadian itu, boleh hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di talian 03-92840083 atau hubungi terus Inspektor Aniza Murad di talian 012-5413005," katanya. - BERNAMA

Ulasan GB

Nampak macam mudah sangat mesin ATM itu "ditanggalkan" daripada dinding(!)

Apatah lagi polis menyatakan kejadian itu "hanya mengambil masa lima hingga 10 minit".

Mengesan suspek:

1) Ke mana pengawal keselamatan itu pergi waktu tersebut.
2) Ambilkira juga siapa pemasang mesin-mesin ini dulu.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tiap kali baca berita bank kena samun aku gembira sebab tiap hari bank samun rakyat dalam diam. ambik ko

Tanpa Nama berkata...

Bank kaya sbb riba...riba dibenarkan oleh pemerintah...pemerintah zalim menghalalkan riba...riba memiskinkan rakyat...rakyat simpan duit di bank...bank bagi faedah rendah bg simpanan...simpanan rakyat miskin dirompak... Nasib baik ada polis...

Tanpa Nama berkata...

anon 1, macam nak sokong aje ko..hahaha.

Tanpa Nama berkata...

haha..kene rompak lagi bank tu,ne bukan 1st time,ntah dah berape kali ntah

Tanpa Nama berkata...

bank kepunyaan puak kapitalis yang hisap darah rakyat dilindungi oleh undang2 direstui pemerintah.