30 Jun 2011

Pelekat BERSIH Palsu Diedar Untuk Burukkan PAS

Pelekat palsu Bersih 2.0, sedang giat dicetak oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk diedarkan ke seluruh negara, dakwa Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub.

Salahuddin berkata lewat petang tadi, beliau menerima kiriman khidmat pesanan media (MMS) daripada sebuah syarikat percetakan di Johor yang mendedahkan tindakan jahat cuba memburukkan imej himpunan Bersih 2.0.

"Pelekat ini berlatar belakangkan warna kuning, perkataan Bersih 2.0 yang ditulis secara jelas tetapi terdapat perkataan 'bersama kita tumbangkan kerajaan sekarang' dan 'adakah kita mampu seperti Libya?'," kata Salahuddin.

Pelekat palsu ini ditempah dalam jumlah yang banyak untuk diedarkan kepada orang ramai sebelum himpunan aman itu.

Ujarnya tindakan ini secara jelas mahu mensabotaj himpunan aman tersebut sekaligus menakut- nakutkan rakyat apabila mengajak rakyat untuk bersama-sama menumbangkan kerajaan, walhal matlamat himpunan itu adalah untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

"Ini satu perancangan yang begitu teliti dan tujuannya sangat jelas untuk mereka sabotaj perhimpunan Bersih, dan ini merupakan usaha pihak-pihak tertentu untuk menimbulkan satu keadaan yang tegang."

Beliau tidak menolak usaha terbaru ini dirancang untuk menghalang rakyat daripada menyertai himpunan aman yang cuba dikaitkan dengan himpunan menggulingkan kerajaan di Barat.

"Kemungkinan esok melalui peguam kami, akan memikirkan satu laporan polis jika saya mendapat salinan asal tapi kami nak beritahu ini bukan kerja kita, bukan daripada Bersih. Walaupun menggunakan warna kuning dan perkataan Bersih," katanya. -tvsnews


Pelekat Bersih palsu untuk kelirukan rakyat

PAS mendakwa terdapat usaha pihak tertentu mengelirukan rakyat dengan mengedarkan pelekat kenderaan palsu berlogo Bersih dan berwarna kuning.

Namun pelekat berkenaan boleh menimbulkan kekeliruan apabila tertera ayat "Bersama kita tumbangkan kerajaan sekarang!" dan Buktikan kita mampu seperti Libya!".

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub memberitahu, beliau mendapat maklumat bahawa terdapat sebuah kilang di Johor yang mencetak pelekat berkenaan dalam kuantiti yang banyak diercayai turut dicetak di seluruh negara.

"Ini satu perancangan rapi dan teliti yang tujuannya untuk sabotaj program Bersih 9 julai ini dan ini merupakan usaha pihak tertentu untuk menimbulkan satu keadaan dan suasana yang tegang," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Justeru beliau berkata PAS akan berbincang dengan peguam mereka untuk membuat laporan polis berhubung perkara ini.

"Mungkin esok melalui peguam kami akan membuat laporan kepada polis dan saya yakin ini bukan kerja seketariat Bersih 2.0 walaupun latar belakang pelekat ini kuning," katanya yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian.

Sementara itu, seorang lagi naib presiden, Datuk Mahfuz Omar menegaskan himpunan 9 Julai ini bukan untuk menurunkan kerajaan sepeerti yang berlaku di Mesir sebaliknya hanyalah untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

"Himpunan ini bukan untuk turunkan kerajaan tapi nak tuntut pilihan raya yang bersih dan adil. Kita anak jantan nak turunkan BN melalui peti undi. Tak ada dalam tuntutan Bersih pun nak turunkan kerajaan," katanya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena.

Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli berpandangan, tindakan mengelirukan rakyat ini hanyalah untuk mewujudkan satu alasan agar kerajaan menghalang ianya daripada berlaku.

"Mereka mahu pihak berkuasa menggunakan ini sebagai hujah bahawa himpunan ini lebih daripada satu himpunan aman dan mahu mengaitkan himpunan ini dengan himpunan di negara lain," katanya.

Dalam pada itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad mencabar Pemuda Umno untuk memastikan perhimpunan mereka berlangsung aman.

"PAS cabar pemuda Umno dan khairy untuk memastikan himpunan mereka juga aman kerana kita menuntut pilihan raya yang bersih. Kita mahu pilihan raya di atas padang yang sama rata.

"Siapa menang, siap kalah, biarkan rakyat yang membuat pilihan," katanya. -HD




3 ulasan:

Awan Network berkata...

taktik kotor pihak kerajaan..disini kit dapat lihat sapa slaah sapa benar..

TERPANAS SAAT INI :
PERLUMBAAN MALAM??

Tanpa Nama berkata...

Mari ramai-ramai kita goncangkan Pokok UMNO/BN sehingga tumbang menyembah bumi.

Selamatkan Negara Malaysia yg Tercinta. BERSIHKAN dari Kezaliman dan Rasuah.

serenity9260 berkata...

agak kuang hajo di situ

Ninja Glock,Dari Casing Handset Jadi Pistol Sebenar!!