30 Jun 2011

Baju Kuning - Wakil Rakyat Jadi Sasaran Polis

Selepas 14 aktivis Bersih 2.0 termasuk beberapa pemimpin Pakatan Rakyat ditahan di Pasar Sungai Siput, Perak ketika mengedar bendera Malaysia semalam, hari ini ahli parlimen Gopeng dari PKR Lee Boon Chye dan ADUN Simpang Pulai Chan Ming Kai serta dua orang ahlinya pula ditahan.

Kesemua mereka ditangkap di sebuah pasar di Gunung Rapat kerana berpakaian kuning.

Lee Boon Chye mendakwa beliau ditangkap sebaik sahaja tiba di kawasan berkenaan bagi melawati penjaja Pasar Gunung Rapat sebelum dibawa ke Balai Polis Ipoh kira-kira jam 9 pagi tadi.

Sementara beberapa ahli PKR yang menyimpan baju T Bersih 2.0 didalam poket seluarnya juga turut disiasat dan ditahan pihak berkuasa itu dengan gari.

Bagaimanapun ketika berada dalam trak polis Lee Boon Chye sempat bersorak dan mempersoalkan bahawa inikah caranya Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) melayankan seorang ahli parlimen kerana hanya memakai baju T kuning untuk melawat kawasan pentadbirannya?

Malah beliau turut mengatakan kepada polis bahawa tindakan pihak berkuasa itu merupakan satu perbutaajenayah terhadap seorang yang tidak bersalah semata-mata hanya berpakai warna kuning?

”Polis lakukan jenayah dengan menangkap orang dan rakyat yang tidak bersalah…malulah PDRM," ujarnya ketika ditahan didalam trak polis.

Insiden itu turut disaksikan lebih 100 anggota polis dan pegawai yang berkumpul di sekitar kawasan pasar Gunung Rapat, Ipoh, pagi tadi.

Dalam pada itu, ADUN Tronoh V Sivakumar yang turut serta dalam sesi lawatan itu menyifatkan perbuatan ini terlalu zalim dan tidak sepatutnya seorang ahli parlimen diperlakukan sedemikian rupa.

Ujarnya lagi, beliau hairan apakah yang ditakutkan oleh polis dan kerajaan Umno-BN sekarang?

Soalnya, adakah Umno-BN takut dengan bersih ataupun warna kuning?

Katanya, ini kerana ketika Dr Lee Boon Chye ditahan beliau hanya memakai baju T berwarna kuning tanpa slogan Bersih.

"Mereka ada hak untuk berjumpa dengan rakyat di kawasan mereka. Tetapi sekarang saya tak faham apa yang ditakutkan dia (polis), bersih atau kuning saya pun tak tahulah," ujarnya.

"Saya rasa ini satu perkara yang betul-betul zalim berlaku dalam Negara kita. Saya tanya ketua jenayah Ipoh Mr Glenn mengapa tahan mereka? Dibawah undang-undang apa mereka ditahan? Tapi dia jawab, kita tak perlu tahu. Tapi saya ada hak nak tahu," tegasnya.

Semalam, di Sungai Siput, Perak polis menangkap ADUN Jalong Leong Mei Ming dan ADUN Teja Chang Lih Kang kerana memakai kemeja BERSIH.

Ahad lalu, ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar dan 14 aktivis PSM ditahan polis di tol Sungai Dua ketika mereka dalam perjalanan ke Pulau Pinang bagi menghadiri majlis bertema "Udahlah...Bersaralah". -tvsnews



2 ulasan:

1 Malaysia berkata...

Apa nak jadi kat Malaysia ku ni? Pakai baju kuning pun salah di sisi undang-undangkah? Ini undang-undang bila mulanya ha ..... kan olang cina tanya. Nanti Raja-raja Melayu pun harus ditangkap sebab kan depa pun pakai kain warna kuning juga.
Dulu PETRONAS habis berjuta-juta dengan menukarkan logonya yang berwarna hijau selepas dengar ceramah Mat Sabu. Sekolah-sekolah pun diarah mengecat semua bangunannya yang berwarna hijau ke warna lain.
Entah esok lusa, warna biru pula diharamkan dan akhir sekali, tinggallah warna hitam putih aja untuk rakyat Malaysia seperti dalam tayangan video seks yang dibawa Datok T.

Awanama berkata...

kenapa polis kat belakang tu pakai baju kaler kuning tak kena tangkap ya?depa pun kaler kuning juga kan?