30 Jun 2011

Kedai Komputer Di Dungun Terbakar, Iktibarnya Apa?

Pak Sabah (Dungun) – “Apabila saya melihat api daripada bahagian atap, saya mengambil beberapa baldi air, cuba menyimbahnya untuk memadamkan api tersebut namun tidak berhasil.

“Ketika itu saya sudah rebah, habis tenaga, nasib baik ada orang yang membantu saya menyelamatkan diri ikut pintu belakang, jika tidak saya pasti turut rentung.”

Demikian cerita cemas seorang pengusaha kedai komputer yang nekad menyimbah air dengan baldi sebaik sahaja melihat api kecil pada siling bangu-nan kedainya.

Namun, tindakan berani itu tidak berhasil apabila api terus marak sebelum memusnahkan kedai komputer yang diusahakannya sejak sekian lama.

Kejadian mencemaskan itu berlaku kira-kira jam 5 petang semalam ketika mangsa, Zulkifli Muda, 49, berada di bilik air rumahnya.

Dalam keadaan berkain pelekat, Zulkifli difahamkan cuba memadamkan api terbabit namun dia terpaksa akur apabila mendapati usahanya itu hanya sia-sia malah api mulai marak sebelum meminta pertolongan jiran berdekatan selepas dia dipercayai mula longlai akibat panik dengan kejadian luar dugaan itu.

Zulkifli yang ditemui berkata, dia mengusahakan perniagaan membaiki dan menjual peralatan komputer di sebuah kedai yang disewanya itu sejak 15 tahun lalu.

Katanya, dia baru mengeluarkan modal kira-kira RM15,000 untuk menambahkan peralatan di kedai terbabit bagi meningkatkan jualan dan keuntungan perniagaannya.

Bagaimanapun, segalanya berkecai apabila keseluruhan peralatan bernilai kira-kira RM200,000 yang berada di premis terbabit gagal diselamatkan.

Ulasan GB

Baru semalam GB tertanya-tanya kenapa mutakhir ini banyak berita maksiat berlaku di Dungun.

GB nyatakan kekhuatiran itu kerana ia bakal mengundang kemurkaan Allah kerana apabila sesuatu kemungkaran itu berlaku maka bala Allah akan turun, tak mengira siapa yang akan terkena.

Ummu Salamah Radiallohu `anha berkata: aku mendengar Rasulullah Sholallohu `alaihi wa sallam bersabda:

“Apabila maksiat sudah merajalela di kalangan umatku, Allah akan menurunkan siksa dari sisi-Nya kepada mereka secara merata…”
-HR. Ahmad dll. Hadith Sohih

Pemerintahan UMNO BN Terengganu terus melampaui batas-batas Allah dan terus mengundang kemurkaanNya. Tunggu saat dan ketikanya:



3 ulasan:

cucukerinci berkata...

Umno bangang .....bangga dapat kumpul org ramai utk buat maksiat...ini lah dia beza antara umno dgn PAS....

Awanama berkata...

Kat pasar malam gerai pak cik2 jual video gelek mcm tu banyak. Siap tayang. Kesian.. MB tak pantau ke anak2 buah dia cari rezeki cam tu. Klu jual lagu2 nasyid ok juga.

Awanama berkata...

sikit lagi sampai la balasan dekat buaya2 besar kat putrajaya tu

Ninja Glock,Dari Casing Handset Jadi Pistol Sebenar!!