27 Mei 2011

Tidak Wujud Kumpulan Ulamak Dan Kumpulan Erdogan Dalam PAS

Nik Aziz dakwa Umno-BN ‘cipta’ label ulama, profesional di PAS

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan tidak wujud dua kumpulan — ulama dan profesional, yang didakwa bersaing mahu menguasai barisan kepimpinan parti Islam berusia enam dekad itu.

Sebaliknya kata beliau, istilah golongan ulama dan profesional itu yang seringkali timbul ketika pemilihan parti, sebenarnya “dihidupkan” oleh Umno-Barisan Nasional (BN).

Nik Aziz berkata demikian menjelang pemilihan kepimpinan PAS pusat awal bulan depan dengan tumpuan beralih kepada persaingan jawatan timbalan presiden dan naib presiden.

Jawatan timbalan presiden bakal menyaksikan pertarungan tiga penjuru membabitkan penyandangnya Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ahli jawatankuasa kerja pusat Mohamad Sabu.

Sementara itu, jawatan naib presiden juga bakal menyaksikan pertarungan sengit.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah berjaya mengekalkan jawatan presiden tanpa cabaran.

Mereka yang mahu bertanding jawatan tertinggi PAS harus mengesahkan pencalonan mereka sebelum pukul 5 petang ini.

“Kononnya kedua-dua (ulama dan profesional) ini adalah inti yang berlawanan antara satu sama lain. Sedangkan hakikatnya tidak pernah wujud jurang antara ulama atau professional dalam PAS kecuali jurang yang diada-adakan oleh Umno-BN.

“Jikapun ada, kedua-duanya tidak lebih melainkan hanyalah caj positif dan caj negatif yang apabila bergabung menjadi arus eletrik yang cukup kuat untuk memberikan renjatan kepada Umno-BN,” kata Nik Aziz menerusi laman Facebook malam tadi.

Oleh itu kata Menteri Besar Kelantan itu, barisan kepimpinan PAS terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan kemahiran.

Justeru, tegas Nik Aziz, walaupun berbeza latar belakang, namun dasar perjuangan dan matlamat yang hendak dicapai tetap sama.

“Tidak ada apa yang pelik jika kepimpinan PAS dilatari oleh individu yang datang dari pelbagai bidang pendidikan dan kemahiran.

“Di zaman Rasulullah SAW, sahabat-sahabat baginda mempunyai latar belakang yang pelbagai.

“Oleh yang demikian, tidak ada yang pelik jika di dalam PAS ada kepimpinannya dari pelbagai latar belakang. Profesional dalam PAS itulah golongan ulama, dan ulama dalam PAS itulah professional.

“Semuanya menjadi batu bata membentuk benteng kukuh berdepan dengan ombak sekular. Hari ini, gelombang sekular sedang ganas membadai. Jika dulu, ada gelombang berwarwa biru, hari ini pula ia berwarna merah,” katanya merujuk kepada kempen yang kini digunakan Umno untuk merampas Kelantan.

Tambah Nik Aziz, beliau berharap perwakilan akan membuat keputusan bijak dalam memilih barisan kepimpinan parti untuk meneruskan agenda perjuangan PAS.

“Harapan saya, muktamar yang akan diadakan pada minggu hadapan ini akan membuahkan hasil yang terbaik untuk perjuangan Islam.

“Kepada para perwakilan, pilihlah pemimpin yang bertaqwa kepada Allah. Ikhlaskanlah hati, dan letakkanlah pertimbangan semasa memilih di atas neraca iman kepada Allah, insya-Allah, saya yakin pilihan para perwakilan nanti adalah yang terbaik untuk meneruskan perjuangan PAS di persada politik tanah air,” katanya. -TMI


PAS Nafi Wujud Puak Erdogan

KUALA LUMPUR 25 MEI : Tanggapan umum kononnya wujud kumpulan Erdogan dalam barisan kepimpinan PAS untuk bersaing dengan golongan ulama yang ' berpengaruh ' disangkal beberapa pemimpin parti Islam itu.

Malah Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menegaskan, apa yang wujud kini adalah pendekatan kepimpinan yang sedikit berbeza, namun hala tuju kepimpinan parti itu tetap sama dan berpaksikan Islam.

"Asas perjuangan PAS adalah Islam, sesiapa sahaja yang berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunah boleh menjadi ahli PAS,".

"Ia bukan bermaksud wujudnya kumpulan, tetapi aliran pemikiran yang mungkin sedikit berbeza untuk tangani masalah masyarakat dengan membawa perubahan,” katanya dalam Forum “Melakar Masa Depan PAS” semalam.

Khalid Samad yang juga Jawatankuasa Kerja PAS Pusat berkata, walaupun pendekatan yang mungkin dibawa ini sedikit berlainan, namun matlamat perjuangan yang ingin dicapai tetap sama.

“Maka aliran ini berubah ke arah lebih inklusif dan eksklusif yang mana pendekatan untuk semua, dengan itu berlakunya perbezaan pendapat. Perbezaan dari segi pendekatan ke arah mencapai matlamat yang sama,” ujarnya.

Malah, Dr Dzulkefly Ahmad yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat turut bersependapat dengan Khalid Samad bahawa kumpulan Erdogan yang dikatakan wujud dalam parti Islam itu lebih menjurus kepada pendekatan yang digunakan, bukannya berbentuk peribadi.

“Saya boleh katakan yang dimaksudkan dengan Erdogan bukan personaliti atau kelompok, ia lebih menjurus kepada satu pendekatan lebih daripada mengenali peribadi dan siapa yang dilabel sebagai Erdogan tidak bermaksud untuk menjadi entiti dalam PAS tapi lebih kepada pendekatan yang mahukan PAS ambil pendekatan lebih terbuka,” tegasnya.

Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, melihat kepada situasi politik semasa hari ini PAS perlu lebih bersikap terbuka untuk menerima pandangan yang dikemukakan.

“Jadi Islam yang bukan hanya tertumpu Islam seseorang Melayu itu, tetapi Islam yang membawa rahmatalillalamin, bukan sekadar rahmatalilmuslimin apatah lagi rahmalil 'melayuin'...ini yang menjadi pendekatan PAS, mengambil inklusif yang berkonsepkan merentas bukan sahaja untuk islam melayu tetapi untuk semua," ujarnya lagi.-tvsnews





7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tapi yang wujud dalam pas ialah kumpulan UG - "umno group" - golongan pandi kutty - yang memecahbelahkan pas sampai pas kalah dalam setiap prk sejak ia muncul. itu adalah kenyataan. sehingga tgna sendiri pernah panggil supaya dibuat egm.

Tanpa Nama berkata...

Amat bodoh jika ada ahli Pas yang terpengaruh atau percaya dengan ulasan, komen dan analisa seperti yang tersiar dalam akhbar Utusan.

Ulasan Utusan berkenaan pertandingan dalam Pas jelas cuba memecah belahkan Pas, PR serta cuba mempengaruhi ahli untuk membuat keputusan sedangkan hadis-hadis Utusan bukan lagi daif malah mursal.

Pembuat ulasan pula buat2 bodoh dengan spekulasi dangkal, seperti tidak faham dengan kehendak ahli Pas; dengan niat untuk memperbodohkan pembacanya.

UG vs Erdogan atau Pro vs Ulama akan terus dimainkan oleh golongan munafik ini bukan sahaja hari ini malah pada masa-masa akan datang dengan harapan, timbul rasa kurang percaya antara satu sama lain dalam Pas.

hussin berkata...

Apapun ia bermula dengan pertemuan dalam gelap yang diikuti dengan kerajaan perpaduan dalam rumah tangga pas sendiri. Diperkukuhkan lagi pada kempen muktamar ke 55 sehingga lahir ulama vs erdogan. Siapa yang menu duh husam yang mempengaruhi tgna sehingga menyebabkan tgna menolak kerajaan perpaduan? Ia berlaku dalam satu pertemuan di rumah Hassan Ali. Apabila mahathir kata melayu mudah lupa, orang pas kata itu melayu umno, betulkah?

kbatas berkata...

Betul ke ada group UG?

Atau istilah ini juga direka memandai2 oleh bloggers termasuk GB.

Atau sebenarnya yang dibincang bukan kerajaan perpaduan, tetapi sistem 2 parti.

hussein berkata...

Memang benar kata TGNA,tak ada gulungan ulamak mahu pun Erdogan dalam PAS.Diperingkat cawangan mahu pun kawasan soal ini tak pernah timbul.Yang senghaja mengada-adakan pembohongan ni adalah terdiri dari sekumpulan kecil manusia dalam PAS,yang tak tau buat kerja,idea dah lapok dan mahukan jawatan tinggi tapi tak mampu buat kerja.Gulungan ini berselindung bawah payung"ulamak" yang mahukan wala membabi buta.Gulungan ini dibantu dari luar oleh UMNO yang memang sentiasa mahukan perpecahan dalam PAS.Inilah hakikat dan inilah yang sedang berlaku dalam PAS.Ayuh! dengarlah nasihat dari TGNA dan gunakan Muktamar kali ini "membersihkan" PAS dari anai-anai.

jaffars berkata...

kbatas said...

"Betul ke ada group UG?"

kalau tak masakan TGNA sendiri yang menyuruh Nasharuddin keluar PAS satu ketika.

kalau ya pun awak penyokong UG jgnlah sampai nak nafikan ada pemimpin PAS yang dah dihantar masuk ke dalam kelambu UMNO satu ketika...

hussin berkata...

Kbatas,

Perhatikan cara bersalam hadi dengan najib di kuching tu. Siap genggam ibu jari tangan najib...