27 Mei 2011

SAH - 3 Calon Timbalan Presiden, 6 Calon Naib Presiden

Timbalan Presiden 3 penjuru, 6 naib

KUALA LUMPUR, 27 Mei: Teka-teki calon yang bakal bertanding pada Muktamar Tahunan PAS ke-57 bagi 2011/2013 diketahui petang ini setelah pengesahan ditutup petang semalam.

Seperti yang diumumkan sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan yang disandang itu untuk sesi 2011/2013 apabila tiada nama lain yang dicalonkan.

Jawatan Timbalan Presiden PAS bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara penyandang, Ustaz Nasharudin Mat Isa dengan naib presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan AJK, Mohamad Sabu.

Tiga lagi yang dicalonkan iaitu naib presiden, Salahuddin Ayub, ahli jawatankuasa, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan Datuk Husam Musa mengesahkan tidak bertanding.

Bagi jawatan naib presiden, mereka yang mengesahkan bertanding ialah penyandang, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar, ketua penerangan, Ustaz Idris Ahmad, AJK, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, Datuk Husam Musa dan Datuk Mohd Amar Abdullah.

Perkara tersebut diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini petang tadi.

Berikut adalah senarai calon yang bertanding Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sesi 2011-2013:

PRESIDEN

1. Abdul Hadi Awang, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji

TIMBALAN PRESIDEN

1. Mohamad Sabu, Hj
2. Nasharudin Mat Isa, YB
3. Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato’

NAIB PRESIDEN

1. Husam Musa , YB Dato’
2. Idris Haji Ahmad, Ustaz
3. Mahfuz Omar, YB Dato’
4. Mohd Amar Abdullah, YB Dato’
5. Nizar Jamaluddin, YB Dato’ Seri
6. Salahuddin Ayub, YB

AHLI JAWATANKUASA KERJA

1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz
2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz
3. Abdul Wahid Endut, YB Hj
4. Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz ,
5. Ahmad Sabki Yusof,
6. Aiman Athirah Al-Jundi
7. Amiruddin Hamzah, YB Ir.
8. Apandi Mohamad, Hj
9. Asmuni Awi, Hj
10. Azizan Abdul Razak, YB Dato’ Seri Ustaz,
11. Azman Shapawi, Ustaz
12. Dzulkefly Ahmad, YB Dr
13. Halimah Ali, YB Dr.
14. Hamzah Abdullah,
15. Hamzah Jaafar, Dr.
16. Hanipa Maidin, Hj
17. Hassan Ali, YB Dato’ Dr.
18. Hishamuddin Sulaiman, (Sabah)
19. Iskandar Abdul Samad, YB
20. Kamal Ashaari, Ustaz
21. Kamarudin Jaffar, YB Dato’
22. Khalid Abd Samad, YB Hj.
23. Khalil Idham Lim, YB
24. Lo’Lo Dato Ghazali, YB Dr.
25. Mahfodz Mohamed, Dato’ Dr.
26. Mazlan Aliman,
27. Misbahul Munir Masduki , Ustaz
28. Mohamad Nor Mohamad, Hj.
29. Mohamad Taufek Abdul Ghani, YB
30. Mohd Amar Abdullah, YB Dato' Ustaz
31. Mohd Anuar Tahir, Hj
32. Mohd Firdaus Jaafar, YB
33. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr.
34. Mohd Nasir Mustafa,
35. Mohd Salleh Man, Yb Ustaz
36. Mohd Zainuddin Mohd Yusof, YB Haji
37. Mohd Zuhdi Marzuki, Dr
38. Muhammad Husin, YB
39. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr.
40. Mumtaz bt. Mohd Nawi, YB
41. Nik Abduh Nik Abdul Aziz,
42. Nik Zawawi Nik Salleh, Ustaz
43. Norazli Musa, Ustaz Hj.
44. Normala Sudirman,
45. Nuridah Salleh, Ustazah
46. Razman Zakaria,
47. Riduan Mohd Nor, Ustaz,
48. Rosidi Hussin
49. Sa’ari Sungib, YB Hj.
50. Siti Mariah Mahmud, YB Dr.
51. Suhaizan Kaiat,
52. Wan Hasrina Wan Hassan,
53. Zulkefly Muhamad Omar, Hj

-harakahdaily

7 ulasan:

taufiq berkata...

Tahniah Dato Tuan kerana menyebabkan undi ulama pecah dua.
Kalau mat sabu menang, Dato T kena jawab depan Allah.

hussin berkata...

Jangan terekejut nasha tarik diri kerana tekanan sebagaimana tuan ibrahim bertanding jawatan timbalan kerana tekanan - dari pihak yang sama! Untuk nasha berundur mesti ada minyak pelincir istimewa.... tuan ibrahimlah harapan pihak yang menekan kerana sudah dilihat tidak mampu menentang arus! Biarpun credibility masuk longkang...

eric berkata...

sedara taufik & sedara hussin,
biarlah perwakilan yang membuat pilihan di Tmn melewar nanti. setiap kawasan dah buat pemilihan.apakah kita yakin Dato Tuan tak tanding Ust Nas boleh menang? biarlah Allah yang tentukan.

eric berkata...

biarlah ALLAH yang tentukan.
kita hanya mampu merancang.

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya Muktamar kali ni,ramai"calun tekanan".
(1) Tuan Brahim dah tak mahu bertanding,"ditekan" untuk bertanding.
(2) Tantawi,Ketua Pemuda pun khabarnya,dah tak minat nak pertahankan jawatan,tapi "ditekan" untuk meneruskan jawatan.
(3)Nik Amar dari Kelantan juga khabarnya "ditekan" untuk bertanding jawatan Naib.
Siapakah agaknya dibelakang kerja "tekan-menekan" ni?Memang benar semua ini adalah takdir,Allah juga merancang.Yang kita nak bincang ni bukan kerja Allah tapi kerja manusia.Membincangkan "kerja manusia" ini adalah dalam kemampuan kita.Kalau nak serah semuanya kepada Allah,tak payah ada parti PAS.Kita bubarkan PAS dan kita berdoa sahaja,siang dan malam.

Tanpa Nama berkata...

komen tu BIAR padan2, Jauhi prasangka. Siapapun mereka yang terpilih kena pikul amanah. dok tulis bukan2 TAK baik. SYURA ULAMAK ADA. PAS BUKAN PARTI SDN BHD.

hussin berkata...

Eric,
Kita ada akal untuk berfikir serta menilai sesuata berdasarkan fakta2 yang wujud. Apakah membuat penilaiaan atau pentafsiran itu mendahului kehendak Allah?

Anon 8:24,

Benar pas bukan parti sendirian berhad, pas ada majlis syura ulama. Pemilihan berlaku setiap dua tahun. Dalam masa dua tahun saf kepimpinan yang dipilih telah diberi amanah oleh perwakilan. Merekalah yang menentukan perjalan parti untuk masa dua tahun tersebut. Dalam masa dua tahun tersebut perwakilan boleh menilai prestasi serta tindakan2 yang mereka lakukan. Justeru sekiranya berlaku "penyelewengan", apakah perlu dibiarkan sahaja?