27 Mei 2011

Kenaikan Tarif Elektrik Tak Boleh Dielak, Begitulah Juga, Putrajaya Terlepas Tak Boleh Dielak

Tarif elektrik: Kenaikan tak boleh dielak, tapi dilaksana berperingkat

SHAH ALAM, 27 Mei — Kenaikan tarif elektrik akan tetap berlaku tetapi kerajaan akan melaksanakannya secara berperingkat, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini.

Kenyataan itu meredakan rakyat yang bimbang dengan kesan kenaikan tarif elektrik ketika majlis ekonomi dijadual bermesyuarat hari ini untuk memutuskan perkara tersebut.

Kata Mustapa, kenaikan kos tenaga elektrik akan membebankan kebanyakan industri khususnya sektor-sektor yang berintensifkan tenaga termasuk pengeluaran keluli, minyak dan gas serta mereka yang terlibat dalam pengeluaran elektrik.

“Kami secara berterusan melibatkan mereka yang berada dalam industri. Apa sahaja kenaikan, ia akan dilakukan secara berperingkat-peringkat,” katanya.

Mustapa juga berkata, kerajaan perlu menaikkan harga gas dan elektrik untuk memperkukuhkan kedudukan kewangan.

Kelmarin, Putrajaya mengumumkan bahawa tidak akan ada kenaikan harga bahan api buat masa sekarang.

Ulasan GB

Jika demikian jawapan kerajaan, maka rakyat pun menjawab:

Putrajaya pun terlepas dari BN tak boleh dielak, ia akan berlaku secara berperingkat.

Mula-mula hilang majoriti 2/3, kemudian selepas ini kita akan saksikan para menteri duduk di kerusi pembangkang dan PM yang ada bakal menjadi ketuanya!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kembali rm 19 billion wang rakyat.....

Tanpa Nama berkata...

BN akan dihukum dunia dan akhirat. Dah le zalim,,, jahil pula...sombong lagi ....fasik dah tentu

KetuananCukong berkata...

dasar peswastaan mahadet yg berjaya membuatkan rakyat 'gembira',,,,,hidup ketuanan melayu,biar makan kicap takpa yang penting bangsa aku kaya,,,tgk zimbabwe jgn kata makan kicap,makan tanah lagi..tapalah yang penting bangsa melayu ada yang kaya,,,yang miskin boleh bangga dgn yang kaya walo makan nasik kosong ja..kakakkakak