17 Mei 2011

BONGKAR: Benarkah Nama Dr. Dzulkefli Ahmad Tiada Untuk AJK PAS Pusat?

Sewaktu menyiarkan ulasan mengenai calon-calon yang layak bertanding bagi Pemilihan di dalam Muktamar akan datang ini, satu komentar meminta GB menyiasat mengenai ketiadaan nama Ahli Parlimen Kuala Selangor yang juga AJK PAS Pusat Dr. Dzulkefli Ahmad.

Hal ini memeranjatkan kerana telalu mustahil seorang yang dikenali ramai di kalangan pimpinan dan ahli-ahli PAS tiba-tiba namanya tidak ada di dalam senarai calon-calon yang bertanding sekalipun hanya di peringkat AJK.

Dan mustahil juga jika tidak ada satu pun dari 152 kawasan yang menghantar pencalonan tidak menyenaraikan nama tokoh PAS Kuala Selangor itu.


GB menyemak nama-nama senarai 82 AJK calon yang dikatakan layak bertanding untuk AJK PAS Pusat. Benar, nama Dr. Dzulkeli Ahmad TIDAK ADA!

Oleh kerana pengumuman pencalonan pada kali ini TIDAK TELUS, dimana disembunyikan jumlah pencalonan yang diterima oleh setiap calon dengan alasan KONONNYA untuk tidak dilihat sebagai berkempen, maka tidak dapat disemak kawasan-kawasan yang ada mencalonkan nama Dr.Dzulkeli Ahmad.

Seperti yang umum mengetahui Dr.Dzulkefli adalah salah seorang pemimpin PAS yang dihormati dan disenangi bukan sahaja oleh ahli PAS tetapi juga oleh ahli-ahli parti komponen Pakatan Rakyat dari DAP dan PKR.

Samada namanya tercicir atau dicicirkan, pihak Jawatankuasa Pemilihan perlu menjawab persoalan bagaimana namanya tidak ada di dalam senarai kerana kami yakin, seperti yang GB utarakan awal tadi: mustahil jika tidak ada satu pun dari 152 kawasan yang menghantar pencalonan tidak menyenaraikan nama tokoh PAS Kuala Selangor itu.

Apakah beliau termasuk diantara calon-calon yang diketepikan oleh "perancangan tertentu" yang menyebabkan 6 pencalonan kawasan-kawasan ditolak?

Saya harap Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dan Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustapha Ali (yang tak sepatutnya berada di dalam hal-hal pemilihan parti kali ini) tampil untuk menjawabnya sebelum ahli-ahli akar umbi berpersepsi wujud PENIPUAN di dalam hal pemilihan kali ini.

Dr. Dzulkefli, seorang yang low-profile tidak kisah sangat samada namanya dicalonkan atau tidak, tetapi ahli-ahli PAS tidak mungkin boleh menerima kerja yang tidak profesyenal yang ditunjukkan oleh Jawatankuasa Pemilihan dengan mengenepikan orang yang tidak disukai oleh mereka sesuka hati. Amanah kawasan perlu dijalankan dan disempurna dengan sebaik-sebaiknya.

Rasulullah menegaskan dalam satu hadis, Apabila amanah diabaikan, maka tunggulah masa kehancuran. (HR Bukhari dari Abu Hurai rah RA)

Kami akan tetap berdoa kepada Allah s.w.t. untuk mendedahkan setiap konspirasi (jika ada) di dalam pemilihan yang berlansung kerana banyak hal yang terselindung dan tidak telus mengenai pemilihan pimpinan kali ini.

Berikut ialah senarai penuh pencalonan pimpinan PAS Pusat:

Presiden

TG Hj Hadi Awang (Menang tanpa bertanding).

Timbalan Presiden

1. Nasharudin Mat Isa.
2. Mohamad Sabu.
3. Ust Azizan Abdul Razak.
4. Ust Tuan Ibrahim Tuan Man.
5. Salahuddin Ayub.
6. Husam Musa.

Naib Presiden

1. Nasharudin Mat Isa.
2. Mohamad Sabu.
3. Ust Azizan Abdul Razak.
4. Ust Tuan Ibrahim Tuan Man.
5. Salahuddin Ayub.
6. Husam Musa.
7. Ust Idris Haji Ahmad.
8. Mahfuz Omar.
9. Mazlan Aliman.
10. Ust Mohd Amar Abdullah.
11. Mohd Hatta Md Ramli.
12. Dr. Mujahid Haji Yusof Rawa.
13. Ust Nik Zawawi Nik Salleh.
14. Ir. Nizar Jamaluddin.

AJK PAS Pusat

1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz
2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz
3. Abdul Halim Abdul Rahman, Dato’ Ustaz
4. Abdul Rani Osman, YB Dr. Hj
5. Abdul Wahid Endut, YB Hj
6. Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz ,
7. Abu Bakar Hussein, Ustaz
8. Adly Zahari,
9. Ahmad Sabki Yusof,
10. Aiman Athirah Al-Jundi
11. Amiruddin Hamzah, YB Ir.
12. Anuar Tan Abdullah, Dato’ Hj
13. Asmuni Awi, Hj
14. Azizan Abdul Razak, YB Dato’ Seri Ustaz,
15. Azman Shapawi, Ustaz
16. Halimah Ali, YB Dr.
17. Hamzah Abdullah,
18. Hamzah Jaafar, Dr.
19. Hanipa Maidin, Hj
20. Hashim Jasin, YB Ustaz
21. Hassan Ali, YB Dato’ Dr.
22. Hayati Othman, YB Dr.
23. Husam Musa, YB Dato’
24. Idris Ahmad, Ustaz
25. Iskandar Abdul Samad, YB
26. Kamarudin Jaffar, YB Dato’
27. Khairuddin Dato’ Abdul Malek, Dr.,
28. Khalid Abd Samad, YB Hj.
29. Khalil Idham Lim, YB
30. Lo’Lo Dato Ghazali, YB Dr.
31. Mahfodz Mohamed, Dato’ Dr.
32. Mahfuz Omar, YB Dato’
33. Mazlan Aliman,
34. Misbahul Munir Masduki , Ustaz
35. Mohamad Abdullah, (Sabah)
36. Mohamad Nor Mohamad, Hj.
37. Mohamad Sabu, Hj.
38. Mohd Anuar Tahir, Hj
39. Mohd Apandi Mohamed, Hj.
40. Mohd Firdaus Jaafar, YB
41. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr.
42. Mohd Nasir Mustafa,
43. Mohd Nasir Zakaria, YB,
44. Mohd Nizar Jamaluddin, YB Ir. Dato’ Seri
45. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr.
46. Mumtaz bt. Mohd Nawi, YB
47. Mustafa Ali, Dato’
48. Najihatusolehah Ahmad, Dr.
49. Nasharudin Mat Isa, YB Ustaz
50. Nasuruddin Hj Daud, Dato’ Ustaz Hj
51. Nik Abduh Nik Abdul Aziz,
52. Nik Mohd Amar Abdullah, YB Dato’ Ustaz
53. Nik Zawawi Nik Salleh, Ustaz
54. Norazli Musa, Ustaz Hj.
55. Normala Sudirman,
56. Nuridah Salleh, Ustazah
57. Phahrolrazi Zawawi, YB Ir. Dato’ Hj
58. Razman Zakaria,
59. Riduan Mohd Nor, Ustaz,
60. Rosidi Hussin
61. Sa’ari Sungib, YB Hj.
62. Salahudin Ayub, YB,
63. Salleh Man, YB Ustaz
64. Sallehen Mukhyi, Ustaz
65. Shafie Abu Bakar, YB Dr.
66. Siti Mariah Mahmud, YB Dr.
67. Siti Zailah Yusoff, YB
68. Suhaizan Kaiyat,
69. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, YB Dr.
70. Taib Azamuddin Md Taib, YB Dato’
71. Takiyuddin Hassan, YB Dato’
72. Taufek Ghani, YB
73. Wan Abd Rahim Wan Abdullah, YB Dato’
74. Wan Hasrina Wan Hassan,
75. Wan Nik Wan Yusof,
76. Wan Ubaidah Wan Omar, YB
77. Yusof Embong, Ustaz Hj.
78. Zainuddin Yusof, YB Hj
79. Zaki Ibrahim, YB
80. Zuhdi Marzuki, Dr.
81. Zulkefly Muhamad Omar, Hj
82. Zulkifly Ahmad, Hj (Johor)

19 ulasan:

Awanama berkata...

Terdedah juga tembelang Mustaffa Ali. Kita sama-sama tunggu apa jawapannya. Ana pun tak percaya tiada kawasan yang mencalonkan Dr. Dzul.

Awanama berkata...

masaklah j/k pemilihan kena belasah dalam muktamar kali ini nanti.

Awanama berkata...

pelik bin ajaib.

perancangan kumpulan UG untuk menyingkirkan kumpulan erdogan?

matantiug berkata...

Geng UG memang nak ketepikan Dr.Zulkifli Ahmad.Harap Muktamar kali ni jangan ulang kesilapan Muktamar Shah Alam masamana perkiraan mengundi dibuat dalam bilik tertutup.Perkiraan undi wajar terbuka dan telus disaksikan oleh siapa yang berminat khususnya wakil-wakil calun.Stopa Ali jangan main silap mata lagi.PAS kononnya parti Islam,tak ada kong-kalikong.

Awanama berkata...

Mustaffa Ali ni pemimpin parti mana hah?

Dia tak takut dosa ker?

sonon berkata...

jika disuruh Mustaffa Ali bertanding lawan Dr Dzulkefli untuk apa-apa jawatan, SAH Mustaffa Ali kalah terkangkang, wa cakap lu. Dr Dzulkefli jauh berkaliber.

Spy SB berkata...

Mustaffa Ali ni SB dalam pas sebenarnya.

Awanama berkata...

Salam...ni dari harakahdaily...no.16 Dr.Dzul, xyah la nak berpolemik


Berikut ialah 83 calon untuk AJK PAS Pusat:

1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz
2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz
3. Abdul Halim Abdul Rahman, Dato’ Ustaz
4. Abdul Rani Osman, YB Dr. Hj
5. Abdul Wahid Endut, YB Hj
6. Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz ,
7. Abu Bakar Hussein, Ustaz
8. Adly Zahari,
9. Ahmad Sabki Yusof,
10. Aiman Athirah Al-Jundi
11. Amiruddin Hamzah, YB Ir.
12. Anuar Tan Abdullah, Dato’ Hj
13. Asmuni Awi, Hj
14. Azizan Abdul Razak, YB Dato’ Seri Ustaz,
15. Azman Shapawi, Ustaz

16. Dzulkefly Ahmad, YB Dr
17. Halimah Ali, YB Dr.
18. Hamzah Abdullah,
19. Hamzah Jaafar, Dr.

mohamad berkata...

dah tau dah. dari tahun lepas. ini memang kerja mustaffa ali, halim rahman, hassan ali. bukan puak ulama pun. bila lagi nak paksa presiden gugurkan mustaffa ali sebagai presiden? buat nanya parti. pemimpin yang bagus-bagus diketepikan. kali ni kalau muktamar tak bawa apa-apa, letak jawatan semua, biar mustaffa ali dan hassan ali jer buat kerja

Awanama berkata...

Anon 10.40

Senarai terbaru harakahdaily itu dah jadi 83 orang daripada jumlah asal 82 orang.

Tahniah GB kerana membongkar isu ini sehingga nama Dr Zulkefly yang dicicirkan akhirnya telah dimasukkan.

celako punya kerja.

Mat Kilau berkata...

Kalau gua macam mamat ni,gua masukkan muka dalam tong taik aje..Dah orang tak calonkan pi bising buat apa.

Kalau ada kawasan yang calonkan Mamat ni,sudah pasti namanya naik..lu sendiri kena ingat la braderr..

Ini dah jadi mcm perangai Umno...!!
Ahli Pas dah masak dengan provokasi puak bangang ni!!!

Waris berkata...

Kepimpinan ulama boleh menipu ke? Atau ulama-ulama yg tersekat pemikirannya ini ditipu oleh puak-puakmustafa ali & hasan ali?

Hello pemimpin pas... carilah ulama yg bijak dari segala segi utk memimpin pas supaya tak mudah ditipu oleh puak-puak munafiq ni.

Awanama berkata...

akhirnya Mat Kilau 10:48 makan taik sendiri.

Harakahdaily dah melaporkan nama Dr Dzulkifli ada disenaraikan.

Awanama berkata...

Cikgu Pa dah pegang jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Harakah dari mula Harakah dapat permit sampai sekarang kalau tak silap saya ahli Pas boleh pi cek tengok.Sapa berani tegur dia,jadi lu orang pikirlah sendiri!!!!!

Awanama berkata...

dr dzul boley menang ke...?

Awanama berkata...

dr zul boleh menang tak boleh menang itu bukan soalnya wahai anon 11:28

tetapi kredibiliti j/k pemilihan tercalar kerana sabotaj nama beliau sehingga dibongkar oleh GB

Awanama berkata...

Minta maaf lah Stopa Ali.Kami puak akar Umbi sikit pun tak percaya dengan tuan sebab kami tahu asal usul tuan.Stoppa time for you to stop the hanky Panky job.

suhaimi berkata...

Kepada Harakah ini bukan pasal polimik... ni pasal ko nak jadik macam umno apsal????????
jangan nak buat releks laa bro... sekejap 82 pastu dah kantoi jadik 83.. ko buat macam tak da apa - apa je... HANCUR PAS BAGI KAT GENG - GENG nih!!!

Awanama berkata...

senarai terkini:

....
10. Aiman Athirah Al-Jundi
11. Amiruddin Hamzah, YB Ir.
12. Anuar Tan Abdullah, Dato’ Hj
13. Asmuni Awi, Hj
14. Azizan Abdul Razak, YB Dato’ Seri Ustaz,
15. Azman Shapawi, Ustaz

16. Dzulkefly Ahmad, YB Dr
17. Halimah Ali, YB Dr.
18. Hamzah Abdullah,
.....

senarai sebelumnya:
......
10. Aiman Athirah Al-Jundi
11. Amiruddin Hamzah, YB Ir.
12. Anuar Tan Abdullah, Dato’ Hj
13. Asmuni Awi, Hj
14. Azizan Abdul Razak, YB Dato’ Seri Ustaz,
15. Azman Shapawi, Ustaz
16. Halimah Ali, YB Dr.
17. Hamzah Abdullah,
18. Hamzah Jaafar, Dr.

naper senarai nama terkini antara no.15 ke no.16 ada spacing? jelas penipuan terbongkang, pastu jumlah calon asal 82 jadi 83, tolong siasat n bongkarkan kerja siapa ini.