17 Mei 2011

Saksi Pembela Diugut Dan Kewibawaan Saiful Jadi Persoalan.

Anwar : Polis Ugut Saksi Pembela Kes Liwat Fitnah

KUALA LUMPUR 16 MEI : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan tindakan polis “menakut-nakutkan’ saksi pembelaan yang dijadualkan memberi keterangan apabila perbicangan bersambung bulan depan.

"Saya dengar ada kes saksi-saksi kami telah ditakut-takutkan oleh polis. Kita mahu hentikan ini dan kita mahu lihat hakim membuat keputusan dengan mengutamakan kebenaran tentang kedudukan saya sebagai dituduh," kata Anwar.

Hakim Zabidin Mohamad Diah menetapkan 6 hingga 30 Jun 2011 sebagai perbicaraan pembelaan dengan tiga puluh saksi disenarai pendekkan bagi memberi keterangan.

Ini termasuk pegawai perubatan Hospital Pusrawi, Dr Osman Hamid iaitu individu pertama memeriksa Saiful pada 28 Jun 2008.

Pemeriksaan itu mendapati dubur Saiful tidak menunjukkan sebarang tanda atau kecederaan untuk menyokong dakwaan liwat yang dibuat oleh beliau.

Dr Osman, seorang warga Myanmar, turut memberi perakuan bersumpah bahawa beliau diugut oleh polis untuk bekerjsama dengan pihak berkuasa jika tidak mahu menghadapi pendakwaan di mahkamah.

Peguambela juga dijangka memanggil Hassanuddin Abdul Hamid iaitu pemiilik unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, di mana jenayah liwat itu di dakwa berlaku.

Hassanuddin dilaporkan berada bersama Anwar dan beberapa orang lain sepanjang petang 26 Jun 2008.


Hassanuddin dan isterinya tidak dipanggil sebagai saksi oleh pendakwaraya.

Dalam satu ceramah, baru-baru ini, Setiausaha Agong PKR Saifuddin Nasution mendedahkan kenapa pendakwaraya tidak memanggil Hassanuddin.

Berikut petikan penuh ceramah Saifuddin :

"Dia (polis) soal siasat Hasanudin dan isterinya Kak Sham. Bila Saiful buat aduan, polis serbu kondominum, ambil semua contoh, gunting karpet sana sini semua. Lepas itu, pergi soal siasat suami isteri ini.”

“Satu soalan saja polis tanya, "Sepanjang Anwar ada dalam bilik bersama tuan rumah ini, ada tak Anwar keluar sekejap dari bilik itu?" suami isteri itu kata "Tak ada, Anwar ada bersama kami". Polis tanya lagi, "cuba ingat balik, diantara pukul 3 petang ke 5 petang, 26 Jun 2008, ada tidak Anwar keluar dari bilik ini?". Suami isteri kata, "Tak ada".

“Akhirnya, suami isteri itu sebut, bilik itu ada cctv, tengok lah Anwar keluar ke tak. Polis kata cctv itu tolak ke tepi dulu, kami nak tanya kamu dulu. 36 jam suami isteri ini ditanya oleh polis soalan yang sama."

"Oleh kerana suami isteri ini tak beri kenyataan seperti yang mereka hendak, maka tak dipanggil menjadi saksi, kerana kalau jadi saksi, ditanya soalan sama, mereka akan kata "Yang Arif, ya Anwar ada bersama kami". Sedangkan tuduhan ke atas Anwar ialah 3.01 minit hingga 4.30 petang kamu telah meliwat Saiful. Masa bila dia liwat sedangkan suami isteri dan tamu lain pun ada dengan Anwar," kata Saifuddin.
-tvsnews



Peguam Anwar akan rakam keterangan PM, isteri

Pasukan peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendapatkan keterangan dari para saksi yang disenaraikan untuk perbicaraan Liwat II, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Yang lainnya termasuk bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang kini telah menyertai Umno, Mohd Ezam Mohd Nor, dan bekas atlet Datuk Mumtaz Jaafar yang dikatakan teman rapat Rosmah.

Peguam Karpal Singh berkata proses mendapat keterangan para saksi tersebut akan diadakan di kompleks mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta “dan kemudiannya kami akan memutuskan sama ada akan memanggil mereka (memberi keterangan)”.

“Pendakwa mahu pasukan peguambela mendapatkan keterangan Najib di Pejabat Perdana Menteri (di Putrajaya) tetapi kami mahu tempat yang berkecuali, dan mencadangkan (kompleks mahkamah di Jalan Duta). Kami akan mendapatkan keterangan itu dalam beberapa hari ini,” katanya.

“Terdapat 25 saksi yang telah kami senaraipendekkan daripada senarai itu diberi oleh pendakwa.”

Karpal berkata pihak pendakwa telah bersetuju untuk menyediakan sebuah bilik di kompleks mahkamah untuk merakam keterangan saksi.

Termasuk 'saksi alibi'

Seorang lagi peguambela, Sankara Nair berkata, senarai yang disenaraipendek itu termasuk 'saksi alibi yang berada di kondominium itu di mana kejadian liwat itu didakwa berlaku.

Katanya, mereka akan mengambil keterangan para saksi dan kemudian memutuskan siapa yang akan dipanggil," kata Sankara (kanan).

Pendakwa telah menyenaraikan 73 saksi di mana 26 daripadanya telah memberi keterangan di mahkamah, termasuk pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini memerintahkan Anwar membela diri, selepas mendapati ada kes prima facie.

Perbicaraan kes tersebut akan disambung dari 6-30 Jun. -mk



Kes Anwar- Hakim/Pendakwaraya Bersekongkol, Kata Aziz Bari

SHAH ALAM 17 MEI : Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menerima segala keterangan saksi pendakwaraya dilihat sebagai sebagai sebahagian daripada agenda untuk menjayakan pendakwaan politik terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar, kata Professior Dr Aziz Bari.

Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangs itu berkata keputusan Hakim Zabidin Mohamad Diah mengarahkan Anwar membela diri atas tuduhan liwat adalah satu keperluan untuk memastikan beliau disabit kesalahan fitnah itu bagi kali kedua.

"Rakyat melihat bahawa hakim dan pendakwaraya mencari seboleh-bolehnya ingin mengenakan Anwar ini kerana terdapat saksi dan bukti yang mana selalunya tidak diterima, jadi untuk kes Anwar ini jelas kes yang ganjil," kata Dr Aziz kepada TvSelangor.

"Dakwaan dan tuduhan yang dikenakan keatas Anwar ini jelas satu pendakwaan politik," tambah beliau.

Hakim Zabidin pagi tadi mengejutkan ramai pihak apabila menerima semua keterangan saksi-saksi pendakwaraya walaupun ada antaranya mencurigakan dan bercanggah antara satu sama lain.

Peguam Anwar, Sankara Nair berkata hakim gagal menyaring keterangan saksi dengan cermat. Pertubuhan Peguam Untuk Kebebasan pula menyifatkan perbicaraan Anwar sebagai "memalukan."

Aziz berkata keputusan Zabidin sekali lagi menunjukkkan badan kehakiman negara ini masih belum belum adil dan bebas terutama jika ia melibatkan pemimpin pembangkang.

"Sesiapa pun yang mengikuti perjalanan kes ini dari awal termasuk orang biasa yang tidak tahu undang-undang sekali pun sudah menjangkakan atau merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan perbicaraan itu
,"katanya.

Pendakwaan terhadap Anwar, kata Dr Aziz, adalah berasaskan kepada keperluan melumpuhkan karier politik Ketua Pembangkang itu dan bukannya dibuat atas pertimbangan undang-undang.

"Apa yang berlaku dan dihadapi oleh Anwar ini berbeza dengan pertuduhan untuk orang lain, pada cara beliau diburu polis, cara beliau dilayan mirip dengan kes ketika beliau dipe cat dari kerajaan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr mahathir Mohammad,"ujar beliau.

Perbicaraan kes liwat fitnah itu akan bersambung 6 Jun. Jika disabit kesalahan, Anwar boleh dihukum penjara hingga 20 tahun. -tvsnews


Ulasan GB

"Tali menjerut Anwar semakin mencengkam" tulis Wira Arjuna. Peluang untuk Anwar melepaskan diri dari pertuduhan itu semakin mengecil. Ia akan sama seperti kes Liwat 1 yang mana kebanyakan hujah pembelaan, Hakim Augustine Paul ketika itu dengan mudah mengklassifikasikannya "tidak relevan". Pagi tadi sewaktu menyampaikan keputusan penghakimannya, Hakim Zabidin berhujah dengan cara yang serupa, dimana cabaran pembela terhadap kewibawaan Saiful sebagai saksi tidak relevan katanya.

Sedangkan fokus utama ialah aduan Saiful itu sendiri. Dan Saiful sebagai saksi utama perlu mempunyai integriti. Integriti Saiful telah lama hancur musnah malah semenjak awal perbicaraan lagi.

1) Doktor yang merawatnya kali pertama menyatakan TIADA KECEDERAAN untuk menyokong dirinya diliwat.

2) Saiful tidak membuang air besar selama dua hari selepas didakwa diliwat oleh Anwar. Pengakuan itu dilakukan hanya selepas blogger menunjukkan Saiful mendakwa diliwat pada 26 Jun 2008 (Khamis) dan 2 hari lepas itu (Sabtu) baru Saiful menemui pegawai perubatan.

3) Sehelai seluar dalam berwarna biru-hitam diambil dari rumah teman wanita Saiful. Seorang Islam ada mempunyai "teman wanita" yang seluarr dalam boleh dihantar ke rumahnya?

4) Saiful ada menjalinkan hubungan sulit dengan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Farah Azlina Latif.


Cukup empat poin di atas AMAT RELEVAN dan sudah sepatutnya membatalkan kedudukan Saiful sebagai saksi yang berwibawa. Tetapi malangnya, mahkamah berpendapat disebaliknya.

Justeru seperti yang GB katakan sebelum ini: konspirasi berjalan terus.

Dan menurut Wira Arjuna lagi, di dalam kes video seks pula, tuduhan akan tetap dibuat, berasaskan ketekunan Gani meminta polis berulang kali untuk menambah “bukti-bukti” dan keterangan bersabit video itu.


7 ulasan:

udang galah berkata...

Tak yah takutkan pun tak pa... takan tak tau keputusan tu nanti...semua nie drama jer....ikut jer lah rentak BN tu...lawan sangat pun tak guna... tunggu dema pulak yang jadi pembangkang...patutnyer kes nie dah dibuang dah... bukti berpusing-pusing jalan ceritanyer.. alih-alih DSAI jugak yang kena...lagi mau percaya ka ini punya jenis perundangan Malaysia...chitt podahh!!!

Putra IJ80 berkata...

Smpi bila suma ketidakadilan ini akan berterusan.

Dan Kita hanya melihat dan menunggu,

Apa yg.akan berlaku seterus nya.

Dr Twetnama berkata...

kah kah kah kah kah kah kah

PADA PEMILIK BLOG JGN HAIRAN,
USAH BICARA SOAL PERJUANGAN,
KALU FITNAH BAGAIKAN MAKANAN,
DI SULAMI DGN PELBAGAI KEMUNGKARAN

INGAT UMNO INGAT LAH FITNAH,
INGAT UMNO INGAT LAH RASUAH,
INGAT UMNO INGAT LAH ROGOL AMAH,
INGAT UMNO INGAT LAH ZINA DLM RUMAH

KAWAN2 GUA JGN TAK TAHU,
PERKARA INI SUDEY LAMA BERLAKU
UMNO ARAK,FITNAH,JUDI SAMA BERLAGU
BAGAIKAN SI LUNCAI DGN SI LABU

UMNO KONONNYA PEJUANG BANI MELAYU,
SABAN HARI ASYIK BOHONG MENIPU,
MUNAFIK DAN FASIK MEMANG SELALU,
BAGAIKAN SUDU DGN GARPU,

BERSATU KITA BERSATU
DGN TEKAD UTK MENIPU
TIPU TERUS MENIPU
KITA TIPU MELAYU

BERSAMA KITA BERSAMA
MENJUNJUNG HASRAT SEMUA
BERJASA PADA KRONI
ANAK & JUGA BINI

LAMBANG KITA YG REBAH
DI PANDANG JIJIK DAN PARAH
BERSATU KITA SETIA
KHIANAT COGAN KATANYA

UMNO TERUS LARA
ROMPAK HARTA MALAYSIA

PENUTUP BICARA MENGUNDUR DIRI
JGN TERASA JIKA IANYA MEMBARA
MAAF DAN IKHLAS PERJUANGAN SEJATI
ADANYA UMNO MALAYSIA MERANA

kah kah kah kah kah kah kah

osama laden berkata...

macam skrip pilem hindustan...dah tau da apa endingnya tp nak tengok gak,dah tau terpegang tahi ayam tp nak cium gak kahkahkah, dah tau konpom apco will win...pandir kutty

Abu Ariff berkata...

QADA dan QADAR ALLAH kena terima,,,,,,Balasan yg diterima di Dunia tu tentu ada sebabnya,,,,kalau nak menyokong pon usahlah TASUB dan MEMBABI BUTA,,,,,,,,,,Nak HUJAh bawa BUKTI YG KUKUH,,,DAH BAWA LAWYER PARIA TERBAIK DAN TERHANDAL dan PAKAR TANGGUH BICARA masih tak adil lagi,,,,,,,ALHAMDULLILLAH di MAlaysia ini RAMAI berilmu dan tak mudah TERPEDAYAH dgn KETAKSUBAN 2,3 kerat manusia yg berkepentingan diri,,,,,,,,,,Bangun tengah malam dan bermunajat dan "TANYA HATI KITA INI BERSIH ke PENUH dgn DENDAM Kesumat",,,,,,,"IKLAS"adalah KEKUATAN SEBENAR,,,,,,,,salam

ibnuelias berkata...

Kesian dengan abu ariff. Tu lah masalahnya kalau tak mau faham. Kita ni kan ada akal. Siapa sebenarnya yang menyebabkan perbicaraan tertangguh? Kenapa tahan hak DSAI untuk dpt bahan2 perlu utk pembelaan? Kenapa sembunyi bukti. Kenapa ubah pertuduhan? Siapa simpan dendam kesumat? Agaknya, yang lebih patut bermunajat dan beristikharah utk cari kebenaran adalah Abu Ariff sendiri.

Tanpa Nama berkata...

hanya allah sebaik2 pemberi balasan.
tunggu lah azabnya kalau jadi penfitnah dimuka buminya..
allahuakbar..