27 Dis 2010

[2 Video Terbaru] : Piala AFF Suzuki Malaysia Menang 3-0 (updated)

Piala Suzuki AFF: Malaysia kalahkan Indonesia 3-0


KUALA LUMPUR: Malaysia menang selesa 3-0 ke atas Indonesia 3-0 pada final pertama Piala Suzuki AFF, di Stadium Nasional Bukit Jalil, selepas wisel dibunyikan tanda tamat permainan malam ini.

Gol Malaysia diperoleh menerusi Safee Sali pada minit ke-60 dan 72, manakala Asaari Shamsudin pada minit ke-67.


Skuad negara akan bertandang ke Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta Rabu ini untuk final kedua.

Dengan kemenangan itu, Malaysia semakin hampir mendakap Piala Suzuki AFF dengan berbekalkan tiga gol di Indonesia nanti.

Perlawanan agak seimbang pada separuh masa pertama tetapi beberapa peluang Malaysia untuk mendahului tidak dapat disempurnakan.

Masuk separuh masa kedua, Malaysia menggandakan asakan dan pada minit ke-50 pengadil terpaksa menangguhkan perlawanan hampir 10 minit berikutan tindakan penonton memancarkan cahaya laser ke arah pemain.











6 ulasan:

zaid ampang berkata...

Apa pun tahniah kepada pasukan Malaysia. Tetapi aku tak puas hati dengan segelintir penyokong yang BODOH dan tak ada semangat kesukanan. Namun provokasi yang dilakukan nyata memberikan kesan kerana gol diperolehi setelah Indon diganggu dengan cahaya laser. Harap Gobal kekal dengan corak bertahan di Indon nanti.

john berkata...

Tahniah.. Yes 3-0 should be 4-0!!
Agree with sdr zaid..
seketika saya jadi malu dengan insiden tersebut!
Harap 2nd round di natural ground (lol) tapi whereever main, Malaysia menang with away gol!

Unknown berkata...

gua masih musykil ni.. td ada mercun..agak2 fam nak denda sapa ek???

Tanpa Nama berkata...

hahah!
ckp la ape korg nk ckp...yg penting aku bangge dgn skuad kite! da la mude2 lg..pasni aku lg smgt nk tgk match msia dr tgk match man u.

opisboi berkata...

agak2 nya pada piala dunia 2014 nanti malaysia akan jadi juara dunia kerana pakar dalam laser! APA PUNYA KENYATAAN, DAH KALAH MENGAKULAH KALAH SPORTINGLAH SIKIT.

Tanpa Nama berkata...

btol la opisboi, endon xleh trime knyataan..2 la..konfiden sgt bole mng..pdn muke! haha! semue media dorg pn mengapi2kan lg bnde ni..padahal bkn psl laser pn! nmpk sgt markus tu da cuak.mggelabah smcm je