25 Dis 2010

Piala AFF Suzuki Milik Siapa?

Piala Suzuki jadi topik bualan

REALITI atau fantasi - dua situasi berbeza bakal dihadapi jutaan rakyat Indonesia yang sejak minggu lalu tidak lepas daripada bercakap mengenai kejuaraan Piala Suzuki AFF yang akan dijulang 29 Disember ini.

Media tempatan 24 jam sehari menayangkan berita berkaitan pasukan kebangsaan Indonesia, malah rancangan temu bual yang biasa menampilkan artis atau ahli politik, kini bertukar menjadi bicara bola sepak.

Dalam rancangan Apa Khabar Indonesia Malam di TvOne yang disiarkan secara langsung kelmarin, bekas pemain bola sepak kebangsaan Dede Suleiman berkongsi pandangannya mengenai peluang sebenar Indonesia pada kejohanan kali ini.

“Jangan pandang remeh Malaysia kerana kemenangan 5-1 yang dicatat sebelum ini,” kata Dede yang tampak lebih realistik berbanding jutaan peminat di negara itu. “Mereka tidak gentar beraksi di gelanggang lawan, apatah lagi di gelanggang sendiri.

“Pada permainan peringkat kumpulan sebelum ini, Malaysia menguasai permainan sepanjang 20 minit pertama sehingga berjaya menghasilkan gol menerusi Norshahrul Idlan Talaha.

“Kita cuma bangkit selepas mendapat gol penyamaan hasil jaringan sendiri pemain pertahanan mereka. Jadi keadaan kali ini pasti berbeza kerana skuad Malaysia berkembang dan sedang meningkat persembahannya.”

Dalam rancangan sama, selebriti Indonesia, Rick Johannes yang menjadi penyokong kuat skuad negaranya, memberi amaran mengenai kepakaran Rajagobal dari segi taktikal.

“Rajagobal seorang pakar taktikal. Jika mahu mengalahkan Malaysia kali ini, Indonesia perlu meningkatkan permainannya.”

Bagaimanapun penyokong Merah Putih pasti tidak mengendahkan sebarang pendapat yang mampu memadamkan harapan mereka. Malah akhbar Republika menyiarkan satu laporan kaji selidik sentimen rakyat Indonesia terhadap Malaysia yang mendapati, 59.2 peratus rakyat negara itu tidak sukakan Malaysia.

Lembaga selidik diketuai Denny Ja itu turut mendedahkan majoriti rakyat Indonesia (67.5 peratus) menganggap hubungan Malaysia-Indonesia dianggap berada dalam keadaan tidak baik.

Bagaimanapun, Persatuan Wartawan Sukan (SIWO) PWI Jaya menolak keras hasil kajian berkenaan dan mahukan final Piala Suzuki AFF antara kedua negara itu tidak dipolitikkan.

“Sukan sepatutnya menjadi medan persahabatan, bukan permusuhan. Kami menolak keras hasil kajian yang cuba menghangatkan keadaan menjelang pertandingan terbabit,” kata Setiausaha Agung SIWO, Agus Baharuddin. -BH

Ulasan GB

Menanti kisah-kisah yang berlaku di luar padang.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Malam nih Malaysia kalah 3-0, berpotensi lebih lagi, kepada mat-mat Indon itu. Skorer Malaysia lembik. Tidak konsisten. Pasukan wanita mereka pun jauh lebih baik daripada pasukan lelaki kebangsaan Malaysia.

Menang ke atas Vietnam tempoh hari kerana ayam tambatan vietnam itu tak main dan bernasib baik sahaja. Menang dikala pasukan lawan merosost atau kecederaan pemain utama. Kemenangan yang tidak meyakinkan.

Macam biasa, sebelum berlawan, kem Malaysia seolah-olah tiada siapa yang pandai dan cekap berlawan bola sepak melainkan pasukan Malaysia sahaja. Apabila ditembungkan, hasilnya tetap haprak. Sama macam tiga dekat lalu.

john berkata...

Its Indonesia yang akan kalah 3-0! Perhaps 4-0 !Maaf your reasoning tak masuk akal- cuma berniat mengaibkan!
You akan lihat diff tactic akan digunakan! & Malaysia tak fill 'wanita' dalam teamnya!
Indonesia tak ade klas!

Tanpa Nama berkata...

Malaysia tewas 4-1 dan ada pemainnya kena kad merah... Pemain mereka manja macam pondan. Kah.. Kah.. kah...

manoh berkata...

Malaysia main pulun habis tetapi akhirnya Indone menang juga 1-0
Harap Baja Gobal bersabar !