25 Dis 2010

Pernikahan Abdul Taib Dengan Wanita Lubnan Tak Anjak Pilihanraya

Pernikahan tak anjak tarikh pilihan raya'

Gambar: Isteri baru KM Sarawak warga Lubnan.

KUCHING: Penganalisis politik di Sarawak percaya pernikahan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada malam 18 Disember lalu, tidak akan menganjakkan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-10 yang boleh diadakan pada bila-bila masa sebelum Julai 2011.

Malah Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak, Dr Jeniri Amir, yakin Abdul Taib sudah mempunyai tarikh berkenaan di dalam kepala sekembalinya daripada menunaikan fardu haji baru-baru ini dan hanya menunggu masa sesuai untuk mengumumkannya.

"Saya percaya Ketua Menteri sudah ada tarikh di dalam kepalanya dan ia adalah pada hari Sabtu, seperti dimaklumkan beliau sebelum ini. Faktor Ketua Menteri bernikah tidak akan menganjakkan tarikh yang sudah ditetapkan Ketua Menteri di dalam kepalanya.

"Saya masih percaya ia akan diadakan pada April 2011 atau selewat-lewatnya awal Mei. Saya percaya Ketua Menteri tidak akan mengambil risiko untuk menunggu sehingga tempoh akhir DUN sekarang iaitu Julai 2011," katanya kepada Berita Minggu.

Abdul Taib melangsungkan perkahwinan secara tertutup dengan seorang wanita dipercayai warga Lubnan berusia 28 tahun di kediamannya di Demak di sini, pada malam 18 Disember lalu. -bh

2 ulasan:

lim penang berkata...

Daging tempatan tak ada kelas gitu...

john berkata...

Rahman nak juga tapi bapa mertua George tak bagi... teringin/jeles tengok boss dapat baik/fresh punya hingga tak attend wedding bos.