25 Dis 2010

PAS Kelantan Akan Ambil Tindakan Undang-undang Ke Atas Penyebar Fitnah ADUN Selising

Penyebar fitnah ADUN Selising berdepan tindakan undang-undang

KOTA BHARU – Pas Kelantan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah kononnya Ahli Dewan Undangan (ADUN) Selising, Pasir Puteh, Drs Saipul Bahrin Mohamad pernah ditangkap kerana berzina isteri orang.

Ketua Penerangan Pas Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan (gambar) berkata, pihaknya dalam kajian untuk mengambil tindakan itu terhadap mana-mana pengendali blog, penceramah atau mereka yang terbabit dalam penyebaran fitnah itu.

“Jika ada bukti tunjukkan. Penyebaran fitnah ini dakyah politik semata-mata untuk menjatuhkan pemimpin Pas cara tidak bermaruah. Sebelum ini calon ADUN Galas juga pernah menjadi mangsa tetapi apabila Pas kata hendak bertindak, mereka tarik balik dan minta maaf.

“Penyebaran fitnah disedari dalam minggu ini dan ia ditimbulkan semula oleh musuh politik semata-mata untuk membunuh karektor seseorang individu seperti yang berlaku terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim selama ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan susulan Pas Kelantan ekoran penyebaran fitnah ADUN Selising yang didakwa kononnya ditangkap ‘berzina’ dengan isteri orang dalam koc VIP kereta api ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan.

Menurutnya, perbuatan penyebaran fitnah berkenaan adalah keji kerana ia bukan sahaja boleh menjatuhkan dan memecahbelahkan individu terbabit malah pasangan yang didakwa dalam laman blog berkenaan.

Kelmarin, sebuah laman web melaporkan Drs Saipul Bahrin mencabar mana-mana pihak membawa bukti penglibatan beliau dalam penyebaran fitnah berzina itu.

Cabaran itu dibuat berikutan Umno Online sebelum itu memetik kenyataan Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian yang mencabar ADUN Selising sendiri atau pihak Pas supaya memberikan penjelasan mengenai dakwaan itu. -SH

Ulasan GB

Apa yang GB lihat, UMNO BN hidup di atas taburan fitnah yang direka-reka.

Tiada laporan polis dibuat dari mana-mana pihak jika benar wujudnya kes perzinaan tersebut. Apa tah lagi "kejadian" itu dikatakan berlaku di dalam koc VIP kereta api, sesuatu yang lansung tidak masuk akal, kecuali perkacipta fitnah itu sendiri pernah melakukannya.

2 ulasan:

TarakNama berkata...

yang gue heran kenapa PAS lembab dalam menanggani fitnah ini seperti mana fitnah gambaq TG Nik Aziz sedang meliwat anwar yg di buat oleh seorg blogger UMNO dimana selepas dinyatakan hendak saman blog tersebut maka terdiam semua yg dok buat gambaq fitnah itu..sampai skrg blog tersebut pun sudah hapus di alam maya...

bukan apa gua tengok kita sendiri yg lembab nak bertindak balas akan fitnah2 oleh blogger2 umno/bn nie... kita buat macam tak endah sahaja biarkan mereka menghina kumpulan kita...

perkara ini cuba kata berlaku kepada blogger kita kompen dah duduk dalam penjara dan riuh rendah sekampung dalam tb depa kata kita hina pemimpin mereka sedangkan apa yg disiarkan itu betul...

inilah lembabnya organisasi pimpinan kita....

baik gua lena sahaja dari layan pimpinan kita yg lembab-lembab nie....

Tanpa Nama berkata...

apa pun tarak nama cakap memang betul tapi puak2 tu bukan macam pimpinan kita banyak sabar fikir dosa pahla,depa mana ada fikir dosa pahala janji kuasa kekal ditangan.