27 Dis 2010

Langkah Tepat: Chegubard Tolak Jawatan Timb Setiausaha Agung PKR

Calon ketua angkatan muda PKR (AMK) Badrul Hisham Shaharin yang tewas dalam pemilihan lalu berkata beliau enggan menerima tawaran untuk dilantik ke jawatan timbalan setiausaha agung yang ditawarkan kepadanya.

Tambahnya, beliau kini masih menunggu tindakan parti itu berhubung aduan yang dibuat berkaitan pemilihan parti yang berakhir bulan lalu.

Badrul Hisham yang popular dengan jolokan Chegubard itu turut mengucapkan terima kasih kepada presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail kerana mengumumkan pelantikan beliau ke jawatan itu pada 18 Disember lalu.

Bagaimanapun, Badrul Hisham berkata beliau memutuskan untuk tidak menerima jawatan tersebut atas dasar prinsip.

Katanya, beliau membuat keputusan itu setelah mendengar pandangan daripada rakan dan ahli keluarganya.

Tambahnya, beliau akan terus berkhidmat walaupun tanpa apa-apa jawatan dan turut menegaskan supaya tindakan diambil terhadap aduan yang timbul berhubung pemilihan tersebut. -mk

Ulasan GB

Seperti yang GB katakan sebelum ini, Che'gubard mampu untuk mengembalikan dan meletakkan identiti PKR ke tempatnya yang lebih murni setelah integriti dan imej PKR tercemar teruk akibat kedurjanaan pimpinan PKR yang sedia ada melaksanakan konspirasi sehingga menjadikan imej PKR begitu teruk tercemar sekarang ini.


4 ulasan:

Waris berkata...

Walaupun saya menyokong penuh 200% tindakan Chegu Bard ni tapi hati masih sangsi sebab kepercayaan masih di tahap rendah puak2 pkr ni. Dulu ezam sesumpah pun begitu kuat prinsipnya tapi akhirnya kecundang juga. Apa2 pun kepada Chegu Bard, saya menyokong tindakan kamu yg tegas serta berprinsip. Tapi jika kamu khianat dan menyertai umno maka sayalah orang yang pertama akan melaknat kamu selepas kamu menerima laknat dari Allah SWT.

zuraimi berkata...

baca GB lain ceritanya..

baca MSO lain ceritanya...

huhuhu...pening2...

kita tunggu 19 januari ni...

kembara putih berkata...

Mangkuk ni elok masuk UMNO je. Banyak songeh sungguh. Hari2 asyik cerita pasal dia je.

Tanpa Nama berkata...

biar rumah tangga berselerak dan anak-anak haru-biru asalkan hati puas