9 Nov 2010

RON95 Cetus Api Dalam Kemalangan? Fomca Gesa Kerajaan Kaji Dakwaan

Kaji dakwaan RON95 cetus api dalam nahas

KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca) menggesa agensi kerajaan dan pihak berkaitan mengkaji penggunaan bahan bakar RON95.

Gesaan itu dibuat berikutan terdapat dakwaan penggunaan bahan bakar berkenaan menjadi salah satu faktor kenderaan mudah terbakar apabila terbabit kemalangan.

Pengarah Komunikasi Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, walaupun dakwaan itu belum terbukti, satu kajian perlu dilakukan bagi memastikan bakar itu selamat digunakan pengguna kenderaan.

“Ada desas-desus mengenai penggunaan RON95 sebagai salah satu faktor kenderaan mudah terbakar. Bagaimanapun, dakwaan itu belum terbukti.

“Namun, perkara ini perlu dipandang serius dan pihak tertentu sewajarnya mengkaji kebarangkalian kebenaran dakwaan itu,” katanya.

Beliau mengulas mengenai jumlah kemalangan membabitkan kenderaan yang terbakar sehingga meragut nyawa kian meningkat kebelakangan ini.

Sabtu lalu, empat bersaudara rentung apabila kenderaan dinaiki terbakar selepas bertembung sebuah treler di Kilometer 119, Jalan Kuantan-Segamat, Pahang.

Mohd Yusof bagaimanapun tidak menolak kemungkinan kecuaian pemilik kenderaan menjadi salah satu faktor kenderaan terbakar apabila terbabit dalam kemalangan.

“Kini kebanyakan pemilik kenderaan gemar mengubah suai kenderaan di bengkel yang tidak bertauliah sehingga berlaku masalah pendawaian yang memudahkan kenderaan terbakar,” katanya. -hm

6 ulasan:

anti-penipu berkata...

aku pernah duduk kat australia.. lama jugak. kat sana minyak pakai ron91 ja tapi takdak pulak masalah mudah terbakaq!.. ron 95 kat malaysia kualiti rendah kot!.. cuba siasat betui-betui ntah-ntah bukan ron 95!! ntah-ntah formula tu lagi rendah kot dari ron 95.. kat malaysia ni bukan bulih percaya, semua nak tipu sebab nak untung lebih. hancusss.

Tanpa Nama berkata...

Biar rakyat mati kebakaran RON95, asalkan pemnimpin UMNO selamat

Tanpa Nama berkata...

pemimpin BN mempertahnkan RON95 kerana mereka guna kereta mewah yang tak guna RON95

Tanpa Nama berkata...

di negara iklim sederhana kalau guna RON95 tiada kesan kerana cuaca sejuk, berbanding cuaca negara kita

Tanpa Nama berkata...

BN dan UMNO akan mempertahankan habis-habisan penggunaan RON95 kerana yang mati hanya rakyat, tak libatkan pemimpin komponen BN

Tanpa Nama berkata...

biar rakyat mati dahulu, rakyat didahulukan, rakyat memang kena tipu selalu