2 Nov 2010

Keputusan Lintang Pukang: Kesilapan Manusia Atau Wujudnya Manipulasi?

Keputusan Kontroversi Pemilihan PKR: Azmin Kembali Dahului Pencabar

PETALING JAYA: Seperti ada yang tidak kena dengan proses pemilihan pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang masuk hari keempat pada Isnin selepas keputusan awal yang dipaparkan melalui laman web rasmi parti itu dikatakan tersilap gara-gara 'kesalahan manusia'.

Keputusan laman web itu yang disiarkan pagi tadi bagi perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR, selepas 68 cabang mengundi menunjukkan Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim mendapat keseluruhan 3,683 undi, meninggalkan pencabar terdekatnya, Azmin Ali yang juga Naib Presiden PKR (3,051).

Manakala seorang lagi calon Mustaffa Kamil Ayub mendapat 1,271 undi.

Bagaimanapun, halaman yang menyiarkan keputusan pengundian itu sudah tidak dapat lagi diakses selepas ibu pejabat parti itu mengeluarkan keputusan rasmi lain yang menunjukkan angka berbeza iaitu Azmin mendahului Zaid.

Menurut Timbalan Setiausaha Agung PKR, Sharifah Shahidah, Azmin mendahului dengan mendapat 3,051 undi sementara Zaid pula memperoleh hanya 2,529 undi manakala Mustaffa yang juga Naib Presiden (1,149).

Beliau mengesahkan bahawa kesilapan keputusan tesebut berlaku disebabkan oleh kecuaian individu yang memasukkan dan mengemaskini data serta keputusan rasmi bagi pemilihan tersebut.

"Ya memang kita akui ada berlaku kesilapan manusia ketika memasukkan data keputusan rasmi tersebut. Ia pun telah diperjelaskan oleh Setiuasaha Agung, Saifuddin Nasution hari ini,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Isnin.

Sementara itu, bagi kerusi naib presiden pula, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang juga Pengarah Strategik PKR mendahului senarai dengan mendapat 3,621 undi, diikuti oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang memperoleh (3,543).

Mereka diekori rapat oleh Pengarah Pilihan Raya PKR yang juga Ahli Parlimen Kuantan di tempat ketiga (2,895) manakala Timbalan Menteri 1 Pulau Pinang, Mansor Othman mendapat (2,852). -mstar


Wujudkah elemen manipulasi dalam kiraan undi?

PETALING JAYA: Pertarungan untuk jawatan timbalan presiden PKR mencipta senario baru apabila para penyokong Dato’ Zaid Ibrahim mendakwa kemungkinan wujud elemen manipulasi dalam pengiraan undi terbaru yang dikeluarkan oleh ibu pejabat PKR semalam.

Firdaus Christopher, pembantu khas Zaid, berkata, untuk semata-mata menyalahkan "kesilapan manusia" atas kesalahan pengiraan undi yang pertama tidak menjamin ketepatannya.

Sebelum keputusan rasmi diumumkan, pihak media tersentak dengan maklumat dari ibu pejabat bahawa Ketua PKR Wilayah Persekutuan Zaid sedang mendahului dengan selesa dalam perlumbaan merebut jawatan nombor dua itu.

Zaid memperoleh 3,683 undi, meninggalkan pencabar terdekatnya Naib Presiden Azmin Ali dengan 3,051 undi dan calon ketiga, yang juga Naib Presiden Mustaffa Kamil Ayub (1,271 undi).

Bagaimanapun, keputusan itu dipinda oleh Setiausaha Agung Saifuddin Nasution petang semalam dan sebaliknya mengumumkan Azmin yang sebenarnya mendahului dalam perlumbaan itu dengan Azmin mendapat 3,051 undi berbanding Zaid (2,529) dan Mustaffa (1,149).

Saifuddin menyalahkan faktor "kesilapan manusia" (human error) dan berkata pengiraan semula telah dibuat berikutan protes dari kedua-dua kem.

Aduan rasmi

Firdaus, yang tidak yakin dengan penjelasan itu berkata aduan rasmi akan dibuat di ibu pejabat PKR di sini.

"Kami mahu sekretariat parti atau JPP (Jawatankuasa Pemilihan Pusat) memastikan kesilapan seperti ini tidak berulang pada minggu-minggu yang akan datang," katanya.

Sementara itu, agen pilihan raya Zaid, Rashid Azad Khan memberitahu FMT bahawa angka-angka itu menunjukkan Zaid sedang mendahului tetapi angka-angka itu berbeza dengan apa yang disediakan oleh ibu pejabat sebelum diubah.

"Saya sedang menyiasat perkara ini dengan ahli-ahli kami di peringkat akar umbi. Jika kami betul, kami akan buat aduan di ibu pejabat.

Biar kami periksa dulu dan saya akan beritahu esok (hari ini)," katanya.

Bagaimanapun sumber yang rapat dengan Azmin mempertahankan keputusan rasmi dengan menegaskan ia tidak sepatutnya dipertikaikan dan pembetulan yang dibuat oleh ibu pejabat adalah wajar. -FMT



Ulasan GB

Kesalahan manusia? Angka 3,683 jauh berbeza dengan 2,529. "Human error" berlaku jika angka tersebut begini: 3,529 atau 5,229 atau 3,592 dan seumpamanya. Iaitu berlaku "sedikit" sahaja kesilapan tatkala pemasukan data ke dalam lamanweb. Ini tidak, kesuleruhan angka itu silap. Sepastinya data-data yang telah ada di tangan webmaster adalah data-data yang telah disahkan terlebih dahulu.

Itu sebab ramai yang menolak kenyataan Saifuddin sepertimana berita pertama dari akhbar MSTAR di atas yang memulakan perenggannya dengan ayat:

Seperti ada yang tidak kena dengan proses pemilihan pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ....

GB dah ulas perkara ini semalam di

Pemilihan PKR. Keputusan Lintang Pukang Petanda Buruk Untuk PKR

Sementelah lagi, Saifuddin was "not in the position" to make any statement or announcement regarding anything to do with the party election. Ia sepatutnya tugas JPP.


Kesilapan teknikal berlaku ketika usaha memasukkan data ke laman web berkenaan dan pihak parti sedang memperbetulkannya, tambahnya.

Inilah akibat kerja-kerja banyak tangan memanipulasi dan eksploitasi sehingga terdedah kepincangan keputusan. Setiausaha PKR tersebut yang sebelum ini GB telah kata agenda beliau akan terdedah satu demi satu. Pengumuman itu sepatutnya dibuat oleh Pengerusi JPP, bukan Setiausaha Agong parti. Tidak ada peruntukan di dalam mana-mana pertububuhan, seorang Setiausaha Agong parti boleh campurtangan di dalam pemilihan pimpinan, hanya di dalam PKR.



Pihak cabang yang tidak berpuashati sepatutnya boleh membantah terhadap kepincangan keputusan yang diumumkan.


p/s ini bukan kali pertama Saifuddin membuat kenyataan yang berpusing-pusing. Sebelum ini beliau juga yang membuat pengumuman Nurul Izzah boleh bertanding Timbalan Presiden walaupun sebelumnya beliau juga yang menyatakan Nurul tidak boleh bertanding. Alasannya kertas pencalonan tiba lambat....

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

macam mana org nak percaya ni
bila memerintah negara
belum apa apa pun
dalam parti sendiri pun kelam kabut...
kalau macam ni berterusan nescaya
ramai org berpaling kepada yang lain...insyallah ke PAS bagi yang muslim bagi yang lain ke DAP
dan PKR...P asti K ehilnagan R akan

Pro-Pkr berkata...

Tuan GB

Anwar tidak akan benarkan Zaid menang.

Saifudin adalah orang yang tidak telus. Dia skrang hnya mengikut kehendak Anwar.

Akar umbi PKR mahukan perubahan dan mereka yakin dengan Zaid.

Percayalah.....

Budak Jelebu berkata...

Setiap calon mempunyai wakil atau agen di setiap cabang di mana proses undian di jalankan. setiap keputusan harus di sahkan oleh wakil-wakil calon yang bertanding sebelom dihantar ke ibu pejabat.jumlah pengundi bukannya berpuluh ribu..hanya beberapa ratus di setiap cabang.kalau keputusan pengundian boleh di manipulasi ini menunjukkan kelemahan di kedua-dua pihak yang bertanding dan juga kelemahan JPP dan juga ibu pejabat.takkan lah wakil2 calon terlalu bodoh tak tahu nak kira dan menjumlahkan jumlah undi yang diperolehi dari setiap cabang.Tunggu je keputusan rasmi buat bantahan kalau benar jumlah undi yang di umumkan itu berbeza dr jumlah undi yang dicatatkan oleh wakil2 calon. keputusan yang dikeluarkan oleh laman web tidak boleh di anggap sebagai keputusan rasmi.Jangan anggap jika keputusan yang diumumkan menyebelahi pihak yang kita sokong menang itu kita terima sebagai keputusan sebenar dan sebaliknya..bersabarlah dan tunggulah keputusan sebenar diumumkan secara rasmi.

Tanpa Nama berkata...

salam.. apasal jadi sampai mcm tu.. bosan la.. aku dah la ahli bawahan.. malu la macam ni.. macam mana nak support lagi kalau macam2 kelam kabut tak abis abis!!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

malu-malu-malu-malu..
benda kocik je bleh jd lagu ni.
kawe dok sokong manao ntah.
kawe rasa anwar tk bg TP kepada org lain selain dr anak dia sendiri.
hamba rasa la

Tanpa Nama berkata...

budak jelebu,

kalau tak confirm jangan masukkan dlm lamanweb. bodoh! ni zaman IT yang bergerak pantas. semuanya kena cepat dan tepat.

keputusan rasmi kepala hangguk kalau dalam satu hari sampai tiga kali berubah.

Tanpa Nama berkata...

perkara baru, memang macam proton model baru, banyak masaalah, sebelum diatasi

Tanpa Nama berkata...

OK lah tuh. Itu kira syukurlah. Maunye musuh-musuh PKR tuh supaya langsung tak jadi pemilihan..!!

Kepada seluruh warga PKR,

Selamat menempuh gelora dan ranjau perjuangan demi menerajui sebuah perubahan.

Biar guruh membelah bumi,
Patah sayap, bertopang bahu, namun berjuang, biar berputih tulang, kan digagahi juga.

Pedulikan kata-kata orang yang mencemburui perjuangan PKR itu.

Tanpa Nama berkata...

Anwar yang memanipulasi sebenarnya. Beberapa hari sebelum pencalonan dia dah serang Zaid.

Selama ini Anwar yang menaikkan reformis atau reformis yang menaikkan Anwar?

Anwar tak boleh dikritik. Dia rasa dia betul, sedang dia paling KOTOR!