17 Sep 2010

Siti Dipaksa Untuk Tidak Buat Persembahan Di PP?

Nafi hamil: Doktor nasihat Siti tak buat konsert

“Saya tidak mengandung, sebaliknya hanya menjalani rawatan biasa dan dinasihatkan doktor supaya tidak berjalan jauh atau membabitkan diri dengan aktiviti fizikal termasuk mengadakan konsert dalam waktu terdekat,” kata Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.

Penjelasan yang dibuat melalui pengurusnya itu bagi menjawab dakwaan kononnya beliau mengandung hingga terpaksa membatalkan konsert sempena sambutan Hari Malaysia pada 25 September ini di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang. Siti yang sepatutnya dijadual mengadakan persembahan selama sejam itu terpaksa membatalkan hasratnya itu selepas mendapat nasihat dan surat daripada pakar Perbidanan dan Sakit Puan Pusat Perubatan Prince Court.

“Saya hanya menjalani rawatan normal bagi memantau tahap kesihatan diri memandangkan jadual kerja harian yang terlalu padat hingga ada kalanya mengabaikan kesihatan. Laporan itu hanya menjelaskan yang saya tidak dibenarkan untuk berjalan jauh atau membabitkan diri dengan sebarang aktiviti fizikal sepanjang proses rawatan berlangsung termasuk mengadakan konsert pada waktu ini.

“Saya kesal dengan dakwaan beberapa pihak yang begitu cepat membuat andaian dan spekulasi. Doktor hanya menasihatkan saya berehat dalam tempoh dua hingga tiga minggu ini sebelum saya kembali aktif pada pertengahan Oktober depan. Itu adalah prosedur biasa yang dijalani kebanyakan wanita.

“Justeru ingin saya nyatakan spekulasi yang tersebar adalah tidak benar. Saya masih belum mengandung setakat ini,” katanya yang dihubungi semalam. Penarikan diri daripada pihak Siti pada saat-saat akhir itu menyebabkan kerajaan negeri Pulau Pinang selaku penganjur terpaksa membatalkan keseluruhan acara konsert. Perkara itu disahkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, semalam yang berkata kerajaan negeri terpaksa membatalkan seluruh konsert berkenaan kerana kesuntukan masa untuk melakukan perubahan atau pindaan pada saat akhir.

Katanya, beliau menerima surat daripada syarikat pengurusan Siti bersama surat akuan pakar perbidanan terbabit, kelmarin.

“Kami kesal dengan apa yang berlaku tetapi menghormati masalah yang dihadapinya dan mendoakan yang terbaik untuk kesihatan Siti,” katanya.

Guan Eng bagaimanapun enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai surat akuan berkenaan sebaliknya meminta sebarang pertanyaan diajukan kepada penyanyi itu sendiri.

Beliau turut memaklumkan Siti Nurhaliza Productions sudah memulangkan bayaran pendahuluan RM60,000 kepada kerajaan negeri untuk konsert berkenaan malah turut bertanggungjawab di atas kerugian yang dialami penganjur.

Siti juga melahirkan rasa terkilan dan sedih kerana terpaksa melupakan hasrat bertemu peminat di Pulau Pinang dan menghiburkan mereka dalam acara konsert yang besar seperti itu. “Saya memohon maaf kepada penganjur serta peminat kerana gagal memenuhi undangan persembahan ini di saat-saat akhir. Jujurnya saya terkilan kerana tidak berpeluang untuk bertemu dan menghiburkan peminat di sana.

“Bagaimanapun saya sendiri tidak dapat menyangkal nasihat doktor. Saya berharap segala-galanya akan berjalan lancar seperti biasa selepas ini,” katanya.

Ulasan GB

Konsert Siti pun nak dipolitikkan oleh pihak yang takut bayang-bayang.

Banyak pihak berpendapat bahawa Datuk Siti Nurhaliza telah ditekan supaya membatalkan konsert yang hendak diadakan di Pulau Pinang tersebut. Alasan bahawa beliau mendapat nasihat doktor supaya tidak berjalan jauh atau membabitkan diri dengan aktiviti fizikal termasuk mengadakan konsert dalam waktu terdekat ketara sangat satu alasan yang lemah dan seperti saja diada-adakan. Apa tah lagi Siti sendiri mengakui bahawa beliau hanya mendapatkan rawatan biasa, apa hal pulak sampai ada surat dari doktor menghalang beliau untuk tidak membuat persembahan? Kartun kan?

Surat cuti sakit pun orang boleh beli dari klinik. Tak begitu?

Beliau dipercayai supaya tidak mengadakan persembahan di negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat tersebut... dan kerana itu dinasihatkan mendapat surat dari doktor, surat dari doktor pakar perbidanan dan sakit puan pulak tuh. macamlah Siti dah mengandung.

Tak apa, kalau nak berpolitik, negeri-negeri PR pun tak hairan tanpa Siti. Tapi Siti sendiri yang rugi. Siti kena jujur menyatakan hal sebenar. Siti bukan sahaja boleh kehilangan peminat yang ramai di Pulau Pinang, tetapi dari Pakatan Rakyat yang membentuk separuh daripada populariti negara ini (Keputusan pilihanraya 2008 membuktikan 49% undi popular adalah undi Pakatan Rakyat). Tak usah berdalih, tak usah tipu peminat. Tak baik dan tak bagus. Agama tak ajar kita menjadi pendusta. Lagi lambat dapat anak nanti. - Nasihat dan pesanan ikhlas daripada GB.


8 ulasan:

joe penang berkata...

Masalah sungguh bila semuanya dikaitkan dengan politik. X boleh bila berlainan parti
Tapi pandang dari positifnya. Dari
- bg duit pd penyokong UMNO baik bg pd penyokong Islam cam Maher Zein, Yusof Islam, Opick dll

Pas ni PAS PP kena lebih dekati LGE
- cadang buat konsert islam anjuran kerjaan negeri
- cadang tukar cuti mingguan ke hari Jumaat
- MAIPP arah masjid buat doa selamat pd tahun baru hijrah/masihi dan kemerdekaan
dll perkara yg dalam bidang kuasa kerajaan negeri

Tanpa Nama berkata...

siti dah semakin bijak berbohong...siti situ sana sini...

Tanpa Nama berkata...

Siti kena belajar jadi mcm Renggo, Akhil Hayy, Amy Search, Ramli Sarip, Ito Blues Gang dll. Punya pasal dgn ugutan.

armouris berkata...

tak jadi konsert pun bagus juga. ada hikmahnya. apa-apa hal pun konsert ni lebih kepada mungkar, bukannya makruf?

jangan la disebabkan negeri PR, tiba2 je kita sokong konsert pulak?

Pak Oncu berkata...

ayat yg kurang garam dari gua,,, POIE JAHANAM SITI tu,,,,,,,,cari je penghibur lain ,,,,,, !!!!!!! yg berteras kan akhlak yg baik,,,

Tanpa Nama berkata...

betol tu GB, mana lah Allah nak kurniakan anak kalau macam tu punya perangai. Nanti anak ikut perangai mak... menipu.

C++ berkata...

Bhai semua...

Korang tau dak... Siti tue ahli UMNO la.... dengar citer.. ahli UMNO seumur hidup...

Hahahaha

Tanpa Nama berkata...

betul la setakat siti tu pakai tudung ala2 rahib gereja aku x selera kalu dia dtg penang...ramai lg artis islam yg boleh dijemput. siti tu cuma nmpak sopan dan suara pun sedap tp dari segi islam jauh panggang dari api...