17 Sep 2010

Kes Sosilawati: Laporan Jahat Utusan Memfitnah PR

Pua: Laporan Sosilawati Utusan memfitnah DAP

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua hari ini membidas akhbar milik Umno - Utusan Malaysia kerana mengheret DAP dalam laporannya berhubung pembunuhan hartawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya.

Sambil menyifatkan laporan berkenaan sebagai 'fitnah', ketua penerangan DAP itu berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seharusnya menegur tindakan akhbar tersebut dan menggesa mereka memohon maaf.

“Utusan Malaysia terus berkempen untuk memfitnah pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya DAP dengan dakwaan yang tidak berasas serta sindiran dengan tujuan meracuni minda pembaca dan menyemai benih-benih kebencian perkauman,” katanya.

Katanya, parti itu sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia “demi menjaga nama baik mereka”.

Dalam laporannya Selasa lalu, akhbar itu memetik bekas naib presiden PKR, Mohd Zahid Md Arip yang melabelkan DAP sebagai “hiprokit” kerana lambat membidas pembunuh Sosilawati dan tiga yang lain.

Berikut petikan dua perenggan yang dipertikaikan Pua itu:

Mohd Zahid mempersoalkan kenapa DAP langsung tidak bersuara bagi mengutuk pembunuhan kejam tersebut, sedangkan sebelum ini parti berkenaan gah mendakwa organisasi mereka sebagai sebuah parti yang memperjuangkan hak semua pihak.

Mohd Zahid juga dilaporkan berkata: "Apakah tindakan membisu ini mempunyai kaitan dengan dakwaan yang mengatakan bahawa suspek utama adalah ahli seumur hidup parti tersebut. Jika benar (dakwaan itu), ternyata DAP sebuah parti hipokrit yang hanya memperjuangkan kepentingan kaum tertentu sahaja."


Mohd Zahid sekarang ini adalah ahli majlis tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).

Menurut Pua soal DAP membidas pembunuhan itu tidak timbul kerana pendirian parti itu adalah jelas iaitu tidak menyokong sebarang perbuatan jenayah, lebih-lebih lagi yang sekejam seperti pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain itu.

Sebaliknya, kata Pua, DAP sentiasa mengingatkan kerajaan persekutuan agar memastikan polis terus meningkatkan kecekapan dan keupayaan mereka membanteras jenayah di negara ini tetapi Umno dan BN pula seringkali bermegah dengan kejayaan dan kecekapan polis.

“Kerajaan BN begitu megah dengan situasi jenayah di negara ini yang didakwa suatu ketika begitu tinggi tetapi berjaya dikurangkan mengikut perangkaan yang mereka bekalkan,” katanya.

Pua juga menolak dakwaan bahawa dua peguam yang merupakan suspek utama pembunuhan itu adalah ahli parti DAP.

“Ia percubaan menjijikkan oleh akhbar milik Umno untuk memperli dan mendakwa dalam laporannya bahawa suspek pembunuh itu adalah ahli seumur hidup DAP tanpa merujuk atau menyiasat tuduhan itu terlebih dahulu,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, walaupun jika suspek berkenaan adalah ahli parti politik, sama ada BN mahupun dari DAP, ia tidak ada kaitan dengan jenayah yang didakwa dilakukan oleh mereka itu.

“Jenayah adalah tetap jenayah dan malah Umno juga pernah mempunyai pemimpin yang didapati bersalah kerana membunuh,”
kata Pua.

Sambil menyifatkan laporan Utusan Malaysia itu sebagai “tidak beretika dan cubaan jahat bagi memfitnah DAP”, Pua berkata akhbar itu bertujuan meniupkan semangat kebencian perkauman di kalangan pembaca Melayu.

“Di sebalik itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak berulangkali mempertahankan Utusan Malaysia.

“Pada 18 September tahun lalu, beliau pada majlis berbuka puasa di Kompleks Percetakan Sri Utusan, memuji akhbar itu kerana laporannya yang 'beretika dan tidak berat sebelah',” kata Pua.

“Kegagalan Perdana Menteri untuk bertindak bukan sahaja bermakna kelulusan bagi Utusan untuk terus menyerang DAP dan Pakatan Rakyat, tetapi juga bercanggah dengan matlamat 1Malaysia yang diterajuinya,” katanya. -mk

Ulasan GB

Utusan Malaysia cuba untuk mengkaitkan pembunuh itu dengan Pakatan Rakyat. Ia telah disedari sejak awal Utusan melaporkan isu pembunuhan Sosilawati.



Ia kemudiannya dipopularkan oleh blogger-blogger pro-UMNO memukul gendang bahawa kononnya parti politik yang dimaksudkan itu ialah DAP.

Walhal, Utusan sendiri mereka-reka kenyataan tersebut tanpa menamakan dengan jelas SUMBER mana yang diambil.

Malah huluran bantuan pembunuh itu kepada Hindraf pun tidak diberikan bukti yang kukuh.

Apa yang nyata, Murugiah pernah bersama suspek, malah Murugiah menyatakan keinginan suspek untuk menyertai MIC.

Ternyata, Utusan adalah pemfitnah, fitnah lebih besar dosanya dari membunuh. Makanya, Utusan lebih jahat dari pembunuh bedebah itu.

Kepada blogger-blogger, berhati-hati ketika buat kerja salin-tampal.

Tiada ulasan: