Isteri kepada seorang jutawan India mendakwa akaun mendiang suaminya hanya tinggal Rupee 1,000 (RM67) sahaja selepas bertemu dengan suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya di Banting awal tahun ini.
Jutawan dari Chennai itu, A. Muthuraja dipercayai turut terlibat dalam urusan pembelian dan penjualan tanah dengan peguam dan adiknya yang merupakan suspek utama kes pembunuhan Sosilawati.
Isteri jutawan berkenaan, Usharani, 24, ketika dihubungi di Chennai berkata, dia tidak tahu bagaimana wang suaminya yang sebegitu banyak boleh lesap dalam sekelip mata selepas bertemu dengan suspek berkenaan tetapi mengesyaki ada kemungkinan wang itu kini telah berada di Malaysia.
"Saya kini tidak memiliki apa-apa, seutas rantai emas pun saya tidak ada sekarang," katanya ketika dihubungi oleh The Star.
Bagaimanapun, adalah difahamkan, Usharani kini meneruskan kehidupannya hasil daripada kutipan wang sewa daripada rumah milik suaminya juga hasil daripada faedah pinjaman yang pernah dikeluarkan oleh suaminya kepada para peminjam.
Muthuraja terlibat dalam pelbagai bidang perniagaan termasuklah perfileman dan hartanah dilaporkan hilang selepas mengadakan pertemuan dengan dua suspek bersaudara itu awal tahun ini.
Usharani datang ke Malaysia pada 8 September untuk membuar laporan polis di Balai Polis Banting. -mstar

1 ulasan:
Jahat sungguh.Huh!
Catat Ulasan