Suspek kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati dan tiga individu lain yang juga seorang peguam berstatus Datuk disifatkan sebagai seorang yang panas baran.
Ini terbukti apabila seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium di Taman Kinrara, Puchong yang dihuni isteri dan dua anak suspek pernah membuat satu laporan polis terhadapnya.
Pengawal keselamatan terbabit dikatakan menjadi mangsa ugutan Datuk berkenaan selain dia turut dimarah dan dikasari lelaki itu sebelum dia melaporkan kejadian terbabit kepada polis.
Menurut sumber, kejadian itu berlaku setahun lalu dan ketika itu, peguam terbabit membawa beberapa rakan ke kondominium itu sebelum pengawal terbabit menahannya di pondok pengawal.
“Pengawal keselamatan terbabit memberitahu orang luar tidak dibenarkan masuk kerana sudah melebihi masa ditetapkan, namun Datuk berkenaan berang dan memberitahu yang dia membawa ‘barang’ untuk berpindah.
“Bagaimanapun, berlaku pertengkaran antara mereka sebelum Datuk itu mengugut dan mengasari pengawal keselamatan itu,” katanya.
Harian Metro difahamkan, kondominium itu dibeli peguam terbabit dan hanya isteri bersama dua anaknya yang menetap di situ.
“Tiga beranak itu menetap di situ sejak setahun lalu dan mereka akan pulang ke Banting hujung minggu berikutan anak suspek bersekolah di Puchong,” katanya. -HM

Tiada ulasan:
Catat Ulasan