Polis yakin telah melengkapkan siasatan untuk mengenakan tuduhan kukuh terhadap dua peguam adik-beradik dan enam yang lain berhubung pembunuhan jutawan produk kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.
Laporan The Star Online dan Berita Harian Online menyebut, polis juga telah menghentikan operasi mencari bahan-bahan bukti dalam siasatan kes itu di Ladang Gadong dan Sungai Panchau, Banting hari ini.
Bagaimanapun menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, anggota polis masih berkawal di tempat itu dan ia masih ditutup kepada orang ramai.
Peguam berusia 41 tahun yang bergelar “Datuk” adalah antara lapan suspek yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik itu.
Sosilawati bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.
Tahanan reman seminggu ke atas mereka akan berakhir esok. -TMI

Polis hentikan operasi cari bahan bukti
KUALA LUMPUR: Polis menghentikan operasi mencari bahan bukti dalam siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Ladang Gadong dan Sungai Panchau, Banting hari ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, anggota polis bagaimanapun masih berkawal di tempat itu dan ia masih ditutup kepada orang ramai. -BH
1 ulasan:
kambing hitam yang kena , kambing mastermine tak kena,ikan bilis kena Jaws tidak kena ..
kita lihat siapa yang kena..
Catat Ulasan