17 Sep 2010

Memang Binatang Jika Guna Kriket Pukul Mangsa

Kes Sosilawati: Pemukul Kriket Mungkin Antara Senjata Yang Digunakan

KUALA LUMPUR: Sebatang pemukul kriket yang ditemui di Sungai Panchau, Banting, dekat sini, mungkin satu daripada senjata yang digunakan dalam pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu yang lain.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, pemukul kriket itu merupakan sebahagian daripada objek yang ditemui di sungai dalam gerakan mencari bukti pembunuhan tersebut.

"Antara objek yang dijumpai dari sungai ialah pemukul kriket yang dipercayai satu daripada senjata pembunuhan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi, di sini Jumaat.

Sosilawati, 47, peguam Ahmad Kamal Abdul Karim, 32, pegawai bank CIMB Noorhisham Mohammad, 38, dan pemandu Kamaruddin Shamsuddin, 44, dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu dipercayai dibakar sebelum abu mereka ditabur di sekitar sungai berhampiran Ladang Gadong, Banting seminggu kemudian.

Mohd Bakri berkata, polis menjangkakan akan memperoleh laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA)daripada cebisan tulang yang dijumpai dalam sungai dan juga ladang tersebut dalam tempoh empat hari lagi.

Beliau menambah, buat masa ini polis telah menghentikan usaha mengumpul bahan bukti daripada sungai dan juga ladang yang dikatakan menjadi lokasi pembunuhan yang menggemparkan negara itu.

Mohd Bakri juga berkata, polis percaya telah membina kes yang kuat terhadap peguam dua beradik tersebut dan enam lagi yang ditahan dalam siasatan.

"Bagaimanapun, kawasan terbabit masih dikawal kerana kita mungkin akan meneruskan siasatan jika diperlukan," katanya.

Beliau juga mengesahkan bahawa pihaknya kini menyiasat kes pembunuhan lain yang berkaitan dengan peguam tersebut, termasuk seorang wanita yang dibunuh di Banting pada April lalu.

Polis juga telah memperoleh perintah lanjutan reman terhadap lima suspek sehingga 23 September ini.

"Kita juga akan mendapatkan lanjutan reman untuk tiga lagi suspek esok (Sabtu)," katanya.

Semasa ditanya jika siasatan dalaman perlu diadakan berhubung kurangnya tindakan dalam laporan orang hilang sehingga pembunuhan berprofil tinggi Sosilawati, Mohd Bakri berkata: "Biar kami fokus pada pembunuhan ini dahulu."

Beliau menambah, polis juga masih belum menghubungi pihak berkuasa India dan Interpol mengenai kehilangan seorang warga negara berkenaan selepas kali terakhir dilihat berjumpa dengan peguam terbabit.

"Sekiranya dan apabila kami memerlukan bantuan berkaitan kes, kami akan menghubungi mereka," katanya.

Mohd Bakri juga mengingatkan media untuk menghentikan membuat spekulasi dalam kes tersebut dan membiarkan polis menjalankan tugas mereka.

"Tolong beri kami masa dan ruang untuk membuat penyiasatan. Jangan biarkan ia tergelincir dengan maklumat salah," tambah beliau. -mstar

Ulasan GB

Apa lagi ungkapan yang boleh menggambarkan kekejaman manusia jika menggunakan pemukul kriket untuk memukul mangsa sehingga mati apatah lagi kepada seorang wanita?

Sukar hendak dibayangkan keadaan sewaktu itu, namun biarlah yang melakukannya menerima hukuman yang sepatutnya.


5 ulasan:

ckLah @xiiinam berkata...

Esok masa nak jalankan hukuman gantung ke atas datuk palsu ni, rodok dulu perut dia dengan pemukul kriket. Benci sungguh melihatnya!

Awanama berkata...

Tahniah pihak polis dlm menjalankan siasatan walau ramai telahpun menjadi mangsa dan boleh dikatakan agak terlambat kerana sudah ramai benar menjadi mangsa dlm jangkawaktu melebihi setahun.
Ada yang mengaitkan kejahatan dilakukan oleh pembunuh kejam ini dengan perlindungan pihak polis.Teori konspirasi mengaitkan polis dlm soal ini adalah gila dan tak masuk akal.Bagaimana mungkin pihak polis sudah berupaya mencari bukti dikaitkan dlm soal ini.Mungkin org yg mengaitkan pihak polis itu terlalu terpengaruh dengan aksi filem hollywood.
Kepada pihak polis aku mengucapkan tahniah, cuma jabatan polis ini diharap dapat ditingkatkan kecekapannya dengan KPN yg baru.

Awanama berkata...

betul tu..aku nak tambah...ambil tahi lembu lepas tu panggang...baru dia tahu..tahniah PDRM...pantas serta profesional...

sibajuhijau berkata...

slh 1 hikmah disebalik semua ni ialah kita diberi peluang utk menilai kewibawaan KPN baru..belum apa2 dh diuji dgn kes terbesar negara..klu beliau mampu handle dgn kemas n teliti serta telus kes ni, semua rkyt akan mula kembali percaya kpd pdrm..dh lama sgt imej pdrm buruk&busuk..

Awanama berkata...

nasib baik tak guna bom?