5 Feb 2010

TGNA : Duduk Berbincang Dalam Hal Agama

Selepas menolak perbincangan kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu Umno dan PAS duduk semeja untuk membincangkan isu-isu berkaitan agama Islam daripada berterusan menghabiskan masa bertelagah mengenai politik.

Menteri Besar Kelantan itu berkata pemimpin Umno perlu memikirkan mengenai pentingnya kedua-dua parti itu membincangkan isu-isu yang menyentuh agama kerana tiada faedahnya sekiranya kedua-dua parti mengamalkan pendekatan permusuhan politik.

Nik Abdul Aziz juga berkata tidak ada sebab langsung untuk kedua-dua parti itu bertengkar mengenai isu pembangunan.

"Saya mahu majlis perbincangan mengenai agama Islam (seperti ini) antara Umno dan PAS sudah lama. 5O tahun Umno bertengkar dengan PAS apa hasilnya, banyak masa habis. Parti itu banyak menggunakan masa, kepakaran dan kewangan untuk melawan gerakan Islam seperti PAS, apa hasilnya melainkan bertengkar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri seminar kalimah Allah di sini, hari ini.

Seminar sehari yang diadakan di Pusat Tarbiah Islam (Putik) di sini dihadiri oleh Editor majalah Herald-The Catholic Weekly , Lawrence Adrewe dan wakil Buddha, Loo Choo Siang.

Isu kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno pernah dicetuskan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada muktamar parti tahun lalu bagi membincangkan kepentingan umat Islam di negara ini dan pembangunan orang Melayu termasuk menjaga hak kaum lain, namun ia ditentang Nik Aziz.

Walaupun Umno menerima dengan tangan terbuka tentang kesediaan mereka untuk berbincang ia juga ditentang Nik Aziz dan beliau mendesak PAS mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) bagi menyingkirkan beberapa pemimpin parti itu yang dikategorikan prokerajaan perpaduan.

Mereka ialah Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

Namun, akhirnya Abdul Hadi dan beberapa pemimpin PAS lain terpaksa akur untuk membatalkan perbincangan itu. - BERNAMA

Ulasan GB

Demikian laporan Bernama yang cepat disebarkan oleh media arus perdana.

Mestilah ada dua kumpulan yang akan cepat melompat kegembiraan. Pertama sepastinya UMNO, kedua penyokong UMNO dalam PAS.

"Hah apa kamu nak cakap, TGNA sendiri sekarang dah suh duduk berbincang," jerit mereka.

Benar, itu yang dikatakan TGNA. Itu juga suruhan agama. Itu juga yang dianjurkan Allah dan RasulNya.

Duduk berbincang, tentang apa? Tentang hal-hal menyentuh agama. Bukan bincang nak bawa PAS atau Pakatan Rakyat memebentuk Kerajaan Perpaduan. Tetapi itu yang ditonjolkan Bernama.

Kalau dengan Kristian, Buddha, Hindu dan lain-lain boleh dilakukan, dengan UMNO tentulah lagi boleh. Bincang pasal apa? Pasal hal-hal menyentuh agama. PAS dah lama minta debat secara terbuka. Tak pernah dilayani.

UMNO di zaman Mahathir telah melakukan "rehearsal" debat PAS-UMNO untuk berdepan dengan PAS, yang oleh mantan Presiden PAS, Almarhum Ustadz Fadzil Nor menyatakan muzakharah itu bukan debat "PAS UMNO" tetapi debat UMNO-UMNO.

Bernama bersama media arus perdana yang lain tidak akan berhenti menyerang TGNA, tidak akan berhenti memanipulasikan ucapan TGNA, untuk mengenengahkan semula Kerajaan Perpaduan demi untuk menyelamatkan UMNO yang sedang nazak, demi gagasan 1Malaysia yang runtuh semalam.

Sama seperti pertemuan Mustapha Mohd dengan TGNA, dieksploitasikan sedemikian rupa sehingga TGNA terpaksa membetulkan persepsi itu dengan katanya, "gi jahanamlah dengan UMNO!"


17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

seandainya yg berkata itu hj hadi.....

sb dehlawi berkata...

anon 8.23

Ko tak paham ke apa maksud TGNA?

sb dehlawi berkata...

anon 8.23

Ko tak paham ke apa maksud TGNA?

Azman berkata...

Kalaulah TGHH yg berkata sedemikian rupa...........

Tanpa Nama berkata...

andai kata TGHA yg menyarankan sedemikian......

-Mohd, Rusila, Mansoura, Egypt

speaker parlimen berkata...

Boleh caye ker UMNO boleh bawa bincang dengan PAS pasal isu Islam? Maklumlah ustaz2 UMNO bukan boleh pakai sangat. Dulu TGNA pun cakap, ustaz ulama UMNO ni senang dibeli.

Tanpa Nama berkata...

kalaulah TGHH yang berkata sedemian:

1) hari ini juga Najib tawarkan jadi menteri, mungkin timbalan menteri kedua

2) hari ini juga radio dan TV akan mewawancara TGHH dan diulang 7 hari 7 malam

3) hari ini juga puak2 terengganu tak tido malam sebab nak bentuk kerajaan perpaduang diterengganu dan telefon MB Ahmad Said tentang pembahagian wang ihsan

sb dehlawi berkata...

Aku dok tunggu apa komen puak-puak tganu@kerajaang perpaduang.

Tanpa Nama berkata...

Kesediaan TGNA perlu dilihat secara positif untuk duduk semeja dengan UMNO demi ISLAM.


TGNA juga mengakui Pakatan Rakyat tidak mungkin dapat menyelesaikan masalah berkaitan dengan agama Islam dengan baik.



Ini menandakan, isu agama Islam dan bangsa Melayu tengah tenat, dan perlu semua pihak bergabung untuk pertahan maruah kita!!!!

Tanpa Nama berkata...

Boleh caye ker UMNO boleh bawa bincang dengan PAS pasal isu Islam? Maklumlah ustaz2 UMNO bukan boleh pakai sangat. Dulu TGNA pun cakap, ustaz ulama UMNO ni senang dibeli.

Tanpa Nama berkata...

Korang tak takut ker TGNA cakap mcm ni mcm dia nak bergabung dengan UMNO jer..aritu UMNO ajak bincang, mati2 tak nak. Sekrang boleh plak cakap duduk semeja, tak perlu berpolitik pjg2 pasal agama. Was-was lah dgn pendirian TGNA ni.

sb dehlawi berkata...

ples sedara, islam tidak tenat selagi mana penganutnya taat kepada perintah Allah. jangan kaitkan melayu dengan Islam. Islam untuk semua bangsa. kebanyakan melayu nama saja islam tetapi cara hidup tak menggambarkan islam. kalau Umno dah tenat dan mahu perkuda islam untuk hayat politik, itu aku percaya 100 peratus.

Tanpa Nama berkata...

TGNA nak bincang sebab apa UMNO bodoh ngok sangat soal dunia dan akhirat?

Tanpa Nama berkata...

memang la melayu tu bukan islam dan islam tu bukan melayu tapi orang bercakap dalam suasana di malaysia islam tu merujuk kepada melayu sebab penganut agama islam yang paling ramai di malaysia adalah orang melayu. jadi kalo islam tergugat atau tenat maknanya ia melibatkan kepentingan melayu juga. apasalahnya kalo pemimpin melayu islam nak duduk berbincang pasal agama islam kita patut sokong la tak kira la dia pas ke, umno ke janji boleh membawa kebaikan kepada orang melayu islam di malaysia ni. pahaam broo.

Tanpa Nama berkata...

bila tgna bercakap macam tu maknanya orang umno layak kot bercakap pasal agama islam. kalo umno tak layak takkan dia sanggup bak duduk berbincang kot. kalo tgna rasa pkr atau dap layak wat pe tgna nak bawa berbincang dengan umno. ataupun tgna ni nak bergabung dengan umno kot untuk wat kerajaan perpaduan.

Jebon berkata...

Yes... saya dah berjaya tahan nafsu dari membeli HARAKAH. Dah 5 keluaran tak beli walaupun hati meluap-luap tapi bila beli, isinya hampeh. Jimat RM10. Boleh buat belanja anak sekolah.

Setakat ni hati masih menyokong PAS. Akan datang tak tau lagi. Dah 4 kali pilihanraya saya pangkah PAS. Akan datang tak tau lagi.

Rasa nak cuba sesuatu yang baru.

UMNO? Tak mungkin sebab parti tu lagi teruk dari PAS.

Apa-apa pun tengoklah nanti. Kalau PAS masih tak berubah, mungkin saya tak keluar mengundi langsung kot.

Tanpa Nama berkata...

Wah!! Nampaknya PM tak tunjukkan dia akan setuju. Tengoklah, siang-siang lagi dia mempertikaikan keikhlasan PAS dalam perkara ini. Tahukah dia makna ikhlas tu?