5 Feb 2010

Bila Memorandum Pun Dibakar Sama...

Sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan Melayu mengadakan protes di bangunan Komtar di sini hari ini bagi membantah tindakan kerajaan negeri, yang didakwa diskriminasi, merobohkan gerai-gerai haram kendalian orang Melayu di negeri itu.

Patung Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga dibakar dalam protes itu yang diadakan selepas solat Jumaat tadi.

Mereka berhimpun di kawasan Masjid Jamek Simpang Enam sebelum sembahyang Jumaat dan kemudian berjalan kaki ke arah Komtar, yang menempatkan pejabat-pejabat kerajaan negeri untuk menyerahkan memorandum kepada Lim.

Polis gagal dalam menahan kumpulan berkenaan daripada menuju ke premis itu.

Protes itu diaturkan oleh Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Turut mengambil bahagian ialah Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali selaku Ahli Parlimen Pasir Mas dan berucap pada majlis itu.

Selepas gagal menemui Lim di pejabatnya, kumpulan itu membakar patung Lim dan juga memorandum.

Kumpulan itu mendesak Lim meletakkan jawatan.

Kumpulan ini mahu mengadakan perhimpunan yang sama selepas ini jika keadaan tidak berubah.

Ulasan GB

Sia-sia berdemo bila memo yng tak dapat diserah tiba-tiba dibakar.
hangus semua.

9 ulasan:

Awanama berkata...

bila bukan PAS atau PR yang berdemo, polis selalunya GAGAL tahan, kawal dan seumpamanya, apa nak jadi dengan polis?

noha berkata...

Kenapa orang Melayu Pulau Pinang mula menjadi sensitif bila berketuakan menteri bukan Melayu sekarang ini? Dulu semasa di bawah ketiak pemimpin Gerakan,nasib Melayu ini terbelakah ?Orang Melayu ini hidup senang-lenangkah?
Semua ini adalah agenda politik BN untuk mencelarukan suasana di Pulau Pinang.Dibuat pelbagai onar dengan media tempatan menjadi kuda tunggangan

Unknown berkata...

bakar memo, tu ertinya saja nak buat kecoh,

Awanama berkata...

Kalau yang buat demo tu PR dah kena tembak macam di Batu Burok tu!! Katak tu masih tak dak maruah lagi. Orang di negeri dia pun dah menyampah kat dia!!!

Awanama berkata...

Piraah!!! GPMS tu dulu kecoh. Di Kedah orang lain yang usaha, tiba-tiba orang lain pula ambil alih secara haram. Lepas tu Datuk Suhaimi Ibrahim pula disingkir!! Merajuk kawan tu.

Awanama berkata...

... dan apabila si katak & si beruk jalanan berdemo...

maka ternganga lah si najing itu...

Awanama berkata...

Depa ni dok buat apa? Tu yang pakai serban tu tengah baca doa kot. Ish munafik betoi puak ni. Minta2 generasi terkemudian tak jadi pengikut buntut depa.

Martoiriat berkata...

Yang demonstrasi tu bukanlah rakyat.. tapi puak2 upahan UMNO.
UMNO tetap jahat dan Khianat amanah
rakyat P.Pinang...

Ahmad Tarmizi berkata...

Aku tak mahu cakap lebih2. Hanya Johari kenal Manikam. He..he..he..