20 Jan 2010

Terkini Selangor, Hussein Ahmad Dibawa Ke Pejabat SPRM

Hussein Ahmad, pegawai khas dan setiausaha kerja exco kerajaan negeri Selangor, Yaakob Safari, telah ke ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di Putrajaya untuk siasatan lanjut.

Difahamkan SPRM telah berjaya mendapatkan waran untuk menahan Hussein untuk siasatan lanjut.

Yaakob dan penasihat undang-undang negeri, Salim Bashir, turut mengikut Hussein ke Putrajaya.

Yaakob memberitahu pemberita bahawa SPRM menyiasat dua perkara, iaitu kelulusan penjualan pasir dan lawatan beliau ke negeri China November lalu.

Katanya, pegawai SPRM itu mengambil tiga dokumen, iaitu profail syarikat berkaitan dengan penjualan pasir dan dokumen kedua lawatannya ke Hang Zhou dan Yiew (November) dan lawatannya ke Beijing minggu lalu. Hussein turut mengikuti lawatan ke China itu.

Yaakob menyifatkan tindakan SPRM itu sebagai satu langkah yang sengaja untuk memalukannya.

Tiga exco kerajaan negeri yang lain turut berada di pejabat Yaakob. Mereka ialah Ronnie Liu, Elizabeth Wong dan Dr Xavier Jayakumar.

Sementara itu di dalam satu kenyataan petang ini, SPRM menyatakan bahawa pegawai merekat telah menahan 34 orang, termasuk masing-masing seorang pegawai khas dan setiausaha sulit ahli politik berhubung sindiket mencuri dan menyeludup pasir di lima negeri serta rasuah seks.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Shukri Abdull, berkata kes mencuri dan menyeludupan pasir itu membabitkan suapan lebih RM280,000 manakala rasuah seks membabitkan tiga kes.

"Wang tunai RM50,000 turut dirampas selain dokumen dalam beberapa siri operasi tangkapan semalam dan hari ini," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, petang ini.

Ulasan GB

Nama Shukri Abdull ini memang masyur. Beliau kini ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Semasa kes Teoh Beng Hock ditemui mati di Plaza Masalam, Shukri adalah Pengarah Siasatan SPRM yang telah membuat kenyataan paling awal mengenai kematian Teoh Beng Hock. Beliau membuat pengumuman pada ketika itu bahawa Teoh mungkin mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan.

Inkues kematian Teoh masih berjalan dan ahli patologi forensik dan Pengarah, Institut Pusat Sains Forensik, Kementerian Keadilan, Bangkok.Dr Pornthrip mencuri perhatian umum, apabila ketika memberi keterangan forensik beliau bagi pihak kerajaan Selangor pada inkues kematian Teoh Beng Hock berpendapat bahawa kebarangkalian 80 peratus kematian Setiausha Politik itu adalah bersifat homisid (pembunuhan).

Beliau memberi alasan terdapat kesan tanda bulat di leher Teoh dipercayai dicekik, retakan pada tengkorak mendiang bukan akibat terjatuh dan kecederaan pada dubur Teoh juga akibat dicucuk dengan objek sebelum terjatuh.

Maruah SPRM sebenarnya telah lama rosak tetapi sikap dan pegawai tinggi SPRM tidak berubah. Persepsi masyarakat bahawa SPRM menjalankan tugasnya secara tidak profession, melakukan siasatan berpilih dan berindak sebagai kuda tunggangan pihak tertentu nampaknya belum terhakis.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mungkinkah dia ni juga akan menerima nasib macam Teoh Beng Hock. Kalau terjadi sahlah SPRM tu mengamalkan budaya samseng!!!

Martoiriat berkata...

Selagi kerajaan Selangor dibawah
pimpinan Pakatan Rakyat (PR), selagi itulah Kerajaan Selangor
akan diganggu oleh SPRM, tali barut
kpd UMNO-BN. Percayalah.. Itulah
khianat dan jahatnya pemimpin2
UMNO yg tidak boleh menerima hakikat bahawa mereka telah ditolak
oleh rakyat Selangor..