20 Jan 2010

Tindakan Berpilih SPRM DiKecam

Masyarakat dari segenap lapisan hari ini mengecam tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang telah melakukan tangkapan ke atas 34 orang serta serbuan ke atas pejabat Exco kerajaan negeri Selangor, Yaakob Safari hari ini.

"Kenapa beriya-iya benar jadikan kerajaan PR Selangor sebagai sasaran? Ketara benar SPRM melakukan siasatan berpilih," tegas seorang aktivis PR.

"Apa yang mereka lakukan nampak sangat diskriminasi dan tidak professional. Kes Khir Toyo yang SPRM terima berpuluh dan beratus laporan dan aduan, mengapa sampai sekarang tiada pendakwaan?" tambahnya lagi.

SPRM hari ini telah menahan Hussein Ahmad, setiausaha peribadi exco Selangor, Yaakop Sapari atas dakwaan rasuah berhubung lawatannya ke China yang dipercayai dibiayai oleh sebuah syarikat melombong pasir.

Premraj Victor yang mengetuai lima anggota pasukan SPRM berkata mereka menahan Hussein untuk disoal siasat setelah menerima tiga laporan mengenai lawatannya ke Yiwu, China pada bulan November 2009.

Ketiga-tiga laporan yang berbeza itu ialah urusniaga perlombongan yang diluluskan oleh Hussein, lawatannya ke Yiwu, China dan lawatan lain ke Beijing.

“Lawatan Hussein ke Yiwu, China dibayar oleh kerajaan negeri. Saya boleh sahkan kita mempunyai dokumen yang cukup untuk membuktikannya,” kata Yaakop, Ahli Dewan Selangor Kota Anggerik itu.

Yaakop mendakwa SPRM sengaja mengambil tindakan ini bagi memalukan
pejabat pentadbirannya.

Salim Bashir, peguam yang mewakili kerajaan negeri berkata Hussein ditahan di bawah Akta SPRM 2009 dan mempunyai waran tangkap.

Beliau berkata, “Hussein telah dibawa oleh lima pegawai ke ibu pejabat SPRM, Putrajaya jam 11.15 pagi tadi untuk disoal siasat.

Mereka menahan Hussein dan merampas beberapa dokumen berhubung urusniaga perlombongan pasir.

“Mereka dijangka merakamkan kenyataan beliau dan membawanya ke mahkamah di Kajang, esok,” terang beliau.

Kekecohan berlaku jam 3.30 petang tadi dekat lif untuk turun ke lobi bangunan SUK apabila pegawai-pegawai SPRM enggan memberi nama dan nombor pengenalan mereka kepada pegawai bangunan.

Sebelum itu, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi amaran kepada SRPM supaya mengikut prosedur temuduga dan menekankan bahawa ianya hendaklah dilakukan pada waktu pejabat.

Beliau berkata kerajaan negeri akan menyediakan khidmat peguam kepada Hussein.


6 ulasan:

Awanama berkata...

Situasi sedemikian sebenarnya menanam benih kebencian rakyat terhadap SPRM yang sudah jadi kerbau dicucuk hidung oleh BN. Sebenarnya banyak kepincangan tumbuh dan mula disedari umum mejelang PRU13 yang bakal menjadi bencana kepada BN. Dulu banyak cawangan PAS dikatakan bubar. Anehnya BN tumbang di Kedah, Pulau Pinang Perak dan Selangor. PRU13 nanti BN akan tumbang di negeri mana pula entahlah. Sekarang dah ada perancangan nak tarik perhatian supaya masyarakat beri tumpuan kepada media konvensional pula. Kadang-kadang terasa lucu pula.

iswara berkata...

Salam GB & Slmt malam.
Mungkin kes berpunca dari orang dalam pejabat itu sendiri @ kakitangan kerajaan negeri yg anti PR dan pro BN.Tali barut upahan Najib punya ankara meng Ada-Adakan benda yg tiada.

Awanama berkata...

Hari tu kata tak boleh umum kes SPRM yang dalam siasatan. Nak dakwa mahkamah. Sekarang ida sendiri yang dedah. Cakap tak serupa bikin.

Awanama berkata...

Wah...SPRM sedang menjalankan tugasnya, sungguh hebat, sungguh cepat tapi malangnya hanya pada pemimpin Pakatan Rakyat. Memang macam haramjadah.!

Maka bersoraklah orang-orang UMNO yang sememangnya melakukan penyelewengan, orang-orang Pakatan Rakyat telah diserang oleh SPRM kerana melakukan rasuah. Selamatlah orang UMNO duduk dibelakang SPRM kerana BPR diubah untuk menjaga kepentingan orang UMNO. Memang macam sial..!!

Tangkap, jangan tidak ditangkap... orang Paktan Rakyat mesti disiasat, ditahan dan nak tahu pekara sebenar orang itu mesti dibelasah.... jika perlu suruh orang itu terjun bangunan.

Hoii rakyat malaysia.... SPRM sedang menjalankan tugas membasmi rasuah. Siapa agaknya yang akan mati selepas Teoh Beng Hock.

Martoiriat berkata...

Cara UMNO-BN utk merampas Selangor
hanyalah mengunakan SPRM, kuda
tunggangannya. Kalau dalam pilihanraya, mereka dah tahu yang
mereka akan ditolak rakyat.Itulah
pemerintahan 1 Malaysia utk semua..
Guna SPRM utk menyiasat pegawai2
dari kerajaan PR.. tapi bagaimana
dgn Khir Toyo? Sahlah SPRM tali
barut kpd UMNO-BN.

kanuar Malaya berkata...

saya rasa ada dalang (orng suruhan B.N) dlm kerajaan selangor skrg ni..untk menjatuhkan kerajaan selangor sekarang..saya berharap sangat kerajaan selangor buat pembersihan dulu tok dalang2 tersebut...