20 Jan 2010

TDM : Shaziman Berbohong Tentang Jumlah Pasir Silika Ke Singapura

Tun Dr. Mahathir Mohamad beranggapan bahawa ada pihak yang tidak bercakap benar apabila sebanyak 700 lori dengan muatan pasir silika didapati keluar dari Johor ke Singapura setiap hari.

Bekas Perdana Menteri berkata, walaupun Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor memberitahu terdapat 500 lori membawa pasir itu ke seberang Tambak Johor setiap hari tetapi jumlah sebenar adalah lebih daripada itu.

"Saya ingat kita dah hentikan penjualan tanah kita kepada Singapura.

"Seorang teman memberitahu saya bukan 500 lori tetapi 700 buah. Itu jumlah yang banyak," tegas beliau dalam blog popularnya, Che Det di sini.

Beliau mengulas kenyataan Shaziman pada November lalu yang menyebut sebanyak 700 buah lori bertolak dari Singapura ke Malaysia melalui Tambak Johor setiap hari, manakala sejumlah 1,000 buah lori menggunakan laluan sama dari Malaysia ke Singapura.

Shaziman menambah, lebih kurang 500 buah lori ke Singapura membawa pasir.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir berkata, republik itu memerlukan pasir silika untuk menghasilkan mikrocip.

Secara sinis beliau menambah: "Saya tidak tahu berapa banyak pasir yang digunakan untuk membuat mikrocip yang sekecil itu. Mesti banyak sekiranya mereka perlukan 700 lori pasir sehari."

Beliau berkata, pulangan dengan menjual bahan mentah tidak menguntungkan dan kerana itu adalah lebih baik bagi negara ini memproses bahan mentah terbabit supaya ada nilai tambahan.

"Tidaklah begitu sukar untuk menghasilkan silika dari pasir silika. Saya rasa kilang kaca ada melakukannya sepanjang masa. Dan kita ada kilang kaca di Malaysia.

"Kenapa kita tidak hasilkan wafer silikon dan menjualnya kepada Singapura," ujarnya. -mstar

Ulasan GB

Bidsan Tun Dr Mahathir terhadap kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Mansor tidak patut dipandang sepi oleh kerajaan.

Ia melibatkan satu penipuan serius kepada rakyat Malaysia selain dari menutup fakta sebenar. Ia juga seperti seolah-olah melindungi satu kegiatan urusniaga yang tidak telus beberapa pihak yang jelas diberikan perlindungan oleh kementerian kerja raya.

Siasatan perlu dilakukan. Siapakah yang memainkan peranan penjualan pasir yang begitu besar kepada Singapura? Dari manakah pasir itu dilombong? Siapa pengaut keuntungan sebenar? Berapakah nilai pasir yang dijual setiap hari dan berapa banyakkah yang telah dikaut dari urusniaga itu?


2 ulasan:

pemerhati berkata...

Alahai rakyat Johor.....

Apakah ahli UMNO semua tidak tahu atau pura-pura tidak tahu bahawa sebahagian harta dan hak rakyat negeri Johor telah digadaikan kepada Singapura secara tipu muslihat...?

Apakah ahli UMNO di negeri Johor sememangnya tak peduli apa yang sedang berlaku disekeliling rumah...?

Selama 52 tahun UMNO memerintah, apa rakyat negeri Johor dapat dan boleh berbangga sebagai bangsa melayu yang merdeka...?

Berapa banyak kebaikan yang telah dapat dinikmati kerana menyokong UMNO dan berapa banyak pula kerugian kerana membiarkan UMNO terus berkuasa tanpa dipantau..?

Mungkin rakyat negeri Johor terdiri dari rakyat yang malas membaca, malas berfikir dan tidak peduli apa yang dilakukan oleh pemimpin UMNO dalam kerajaan negeri Johor.

Mungkin juga kerana sindrom menerima rasuah dari pemimpin setiap kali ada pilihanraya menjadikan rakyat negeri Johor menjadi paling bodoh dalam Malaysia.

Cuba kita ungkit kembali isu Pulau Batu Putih.... mengapa pulau itu begitu mudah diserahkan kepada Singapura sedangkan pulau tersebut terletak dalam perairan Johor..?

Kalahnya Malaysia mempertahankan pulau tersebut kononnya kerana tidak cukup fakta/bukti untuk mempertahankan pulau tersebut sebagai hak Malaysia... mengapa peguam negara Ghani Pattail kalah berhujah..?

Untuk mengetahui kisah itu selanjutnya dan pekara lain yang membabitkan harta negeri Johor telah digadai/dijual/dicuri/disamun oleh pemimpin UMNO yang telah mati dan masih hidup... rakyat pelbagai kaum di negeri Johor semestinya bersatu menyokong Pakatan Rakyat.

Parti UMNO tidak bersalah tetapi yang bersalah adalah pemimpin UMNO yang dilantik oleh ahli. Oleh kerana itu pemimpin UMNO mesti dihukum....

Awanama berkata...

Memang muka Mamat ni muka pembohong, muka orang munafik!