6 Jan 2010

Perlukah Presiden Membuat Kenyataan Balas?

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kenyataan medianya berkaitan isu penggunaan nama 'Allah' baru-baru ini tidak merujuk kepada penghakiman yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi terhadap kes penggunaan kalimat 'Allah’ untuk penerbitan Herald.

Apa yang dimaksudkan oleh beliau adalah "prinsip asas yang digunakan oleh Islam dalam menentukan kaedah penggunaan kalimat ”Allah” itu secara sebenar."

Beliau membuat penjelasan ini ekoran laporan akhbar The Star yang melaporkan seolah-olah beliau menyokong keputusan mahkamah tinggi itu.

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Politik beliau, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Penjelaskan artikel berita akhbar The Star 6 Januari 2010

Satu artikel berita yang bertajuk “Word Allah not restricted only to Muslims, says Hadi” sebagaimana yang diterbitkan oleh akhbar The Star, muka N12 bertarikh 6 Januari 2010 adalah dirujuk.

Dalam para keempat ianya ditulis sebagai : “In supporting the High Court’s decision that allowed the weekly Herald to use the word 'Allah', he said the principle of freedom of religion was championed by Islam because human beings could not be forced to profess any religion except through their own freewill”.

Ingin dijelaskan disini bahawa kenyataan akhbar yang dikeluarkan secara rasmi oleh Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) pada 4 Januari 2010 itu tidak merujuk kepada penghakiman yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi terhadap kes penggunaan kalimat ‛Allah’ untuk penerbitan Herald. PAS hanya menjelaskan prinsip asas yang digunakan oleh Islam dalam menentukan kaedah penggunaan kalimat ”Allah” itu secara sebenar.

Oleh yang demikian, maksud yang difahami dari para keempat terutamanya merujuk kepada ayat ”In supporting the High Court’s decision..” yang ditulis itu adalah tidak tepat sama sekali.


Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Setiusaha Politik Presiden PAS
6 Januari 2010

Ulasan GB

Kenyataan media yang dikeluarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini terang dan jelas, dan adalah benar "prinsip asas yang digunakan oleh Islam dalam menentukan kaedah penggunaan kalimat ”Allah” itu secara sebenar."

Tiada ada keraguan mengenai hal itu. Bererti sebarang hal yang lain darinya yang menentang penggunaan kalimah Allah tidak didasarkan kepada prinsip asas agama Islam.

Tidak ada sebarang nas yang boleh diketengahkan untuk menghalang penggunaannya dan wajar untuk sekalian ahli PAS khususnya dan masyarakat Islam amnya menerima ketetapan yang telah diambil oleh Parti.

Soal media-media membuat ulasan dengan mengkaitkan kenyataan tersebut dengan keputusan mahkamah adalah implikasi dari pendirian yang telah diambil yang "mengikut prinsip asas di dalam Islam" tersebut.

Samada kenyataan sebelum ini menyokong atau pun tidak keputusan mahkamah, bukan soalnya dan ia, sepertimana GB katakan, adalah soal implikasi dari kenyataan tersebut dan apa pun persamaan jika ada dengan keputusan itu adalah kerana faktor kebetulan.

Dan ia tidak pula dapat dipersalahkan kepada wartawan walau apa tujuan mereka sekalipun asalkan ia tidak memesongkan atau mengubah mana-mana bahagian "kenyataan" mengenai prinsip asas yang digunakan untuk menetapkan keputusan tersebut.

Justeru itu, apa yang dilaporkan oleh akhbar TheStar .. ”In supporting the High Court’s decision..” adalah faktor kebetulan dan ia sekadar persepsi masyarakat (dalam konteks ini wartawan berkenaan), dan tidak perlu ada kenyataan balas kerana ia tidak relevan samasekali.

Kita khuatir, terlalu kerap "melakukan pembetulan" masyarakat makin mudah untuk maragukan kenyataan-kenyataan Tuan Presiden di masa akan datang.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kawan setuju sgt apa yg GB ulas. Seketika dulu, TGHH membuat pembetulan mengenai kenyataannya yang menyatakan PR belum difatarkan. kini pembetulan lagi.

Tanpa Nama berkata...

GB sebab itu saya kata anda selalu silap kerana mengambil perkataan seseorang sekerat2 tampa mahu memahami keseluruhan perkataan mereka seperti anda mengambil perkataan TGNA tempoh hari. Anda hanya mengambil perkataan yg berbetulan dgn perkataan anda sahaja, dan cuba tidak mahu memahami maksud sebenar perkataan mereka.

Tanpa Nama berkata...

siapa yang sebenarnya silap?
jika TGHH tidak silap tentu tidak ada salah tafsir dan tidak ada pembetulan dilakukan.

kedua, saya yakin anon 4.32 tidak membaca ulasan saya, atau (dengan maaf) bermentaliti rndah kot.

Tanpa Nama berkata...

GB baca saja kenyataan ini pula http://malaysiakini.com/news/121075 sekiranya anda mahukan kebenaran, kemudian baca betul2 kenyataan rasmi PAS mengenai isu ini, sebab itu saya kata anda silap, lama sudah saya kata anda silap, bementaliti rendah cam aku pun aku ak pernah merendah2kan pendapat para alim ulama. tiada pembetulan yg dibuat oleh TGHH kenyataan kedua ini sebagai tafsir kenyataan PAS, kerana org seperti GB dan lain2 yg kurang faham dgn mengatakan seolah2 kenyataan media PAS (bergitu juga TGNA ari tu) merestui keputusan mahkamah tersebut. Sedangkan pada hakikatnya tidak bergitu.

Unknown berkata...

Pendirian PAS sudah ada, anda cuba memutarbelitkannya.

Apakah anda ingin menyatakan bahawa orang lain lansung tidak berhak menggunakan perkataan Allah sedangkan PA telah membuat pendirian bahawa: PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang

kenyataan pertama itu dasar, yang kedua itu perlaksanaan.

Dasar :
Berdasarkan kepada kaedah Islam nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi

Perlaksanaan:
penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

Jadi ia terang dan jelas.

Kumpulan anda masih cuba untuk memutarkan bahawa Islam menghalang pnggunaan kalimah Allah untuk yg selain dari muslim?

itu soal dasar dan jika demikian pendirian ia bersalahan dgn pendirian parti.

Soal salahguna dan seumpamanya itu bukan dasar, itu perlaksanaan yang boleh dikawal dengan peraturan, penguatkuasaan undang2 dsbnya.

Tanpa Nama berkata...

jika pendapat saya bertentangan dgn parti maka pendapat TGNA yg saya taklid itu juga bertentangan dgn parti? silabaca di sini dan di sini ("Iaitu (maksud Nik Aziz) kalau dalam perbualan (orang Kristian guna kalimah Allah) tidak menjadi masalah, tetapi tidak boleh digunakan secara rasmi dalam akhbar, majalah atau buku," katanya lagi.)

Hukum asal kerana tiada nas yg soreh maka bukan Islam harus menggunakanya, itu hukum asal sebelum ulama berijtihad.. apa lah.. itu pun tak faham ke? bacalah kitab2 mana pun mula2 mmg ulama wak mari dalil quran dan hadis kemudian baru dia wak mari pendapat ulama, yg kemudian kita ikuti menjadi mazhab. samalah masalah ini..

maka dlm isu sekarang ini yg tidak dibenarkan oleh alim ulama ialah nama Allah digunakan secara rasmi dlm akhbar tersebut, dgn itu mereka semua menolak keputusan makamah membenarkan akhbar tersebut menggunakanya.. kenapa payah sangat nok faham hukum asal dan hukum yg baru datang.. bukan menghalang org bukan Islam mengunakan mengguna kalimah Allah tapi menghalang akhbar tersebut mengguna kalimah Allah dlm akhbarnya secara rasmi, kan lain tu..

Tanpa Nama berkata...

wahai anon di atas

"Kesimpulannya nama "Allah" boleh digunakan oleh pihak yang bukan beragama islam dalam keadaan yang terhad dan tidak berunsur penipuan atau pun penghinaan. Dan jika ada diantara mereka melakukan pengelewengan terhadap nama "Allah" mereka mesti didakwa dan dihukum. "

Tanpa Nama berkata...

anon 8.38 tu jenis tak da disiplin dan adab dalam jemaah.

bertopeng menggunakan kenyataan TGNA, walhal TGNA buat kenyataan SEBELUM adanya pendirian dimbil oleh PAS.

sb dehlawi berkata...

geng pas tranung pi jauh2.. tak yah kacau...kalau nak sangat UG pi la berarak sama ngan umno besok.