6 Jan 2010

Hassan Ali Menentang Keputusan Parti

Agama lain tidak boleh guna kalimah Allah: Dr Hasan Ali

SHAH ALAM - Pas Selangor bertegas penggunaan kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain bagi mengelak salah faham umat Islam, kata Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Dr Hasan Ali.

Menurutnya, penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam memberi tamparan hebat kepada umat Islam.

Beliau memberi amaran kepada pihak yang cuba mengeksploitasi isu itu supaya menghentikan niat mereka.

Enakmen dan fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa juga tidak mengizinkannya.

“Jika perkataan Allah ini dibenarkan, ia akan mengundang salah tafsir, khususnya dalam kalangan bukan ahli agama, Pas Selangor memberi amaran kepada pihak yang ingin mengambil kesempatan untuk mengeksploitasi isu ini supaya menghentikan niat mereka,” katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau menyeru supaya semua ahli Pas bertenang dan tidak mengambil tindakan terburu-buru.

“Pimpinan parti di semua peringkat, ahli dan penyokong diminta tidak mengambil tindakan yang boleh merugikan perjuangan jemaah. Sila rujuk kepada pimpinan negeri sekiranya wujud keraguan terhadap tindakan yang akan diambil,” katanya.

Beliau mencadangkan semua pihak berdoa supaya tindakan yang boleh merugikan umat Islam tidak berjaya. -SH

Ulasan GB

PAS telah pun menyatakn pendiriannya iaitu membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada bukn Islam tertutama penganut agama samawi.

Tiba-tiba masih ada pimpinan PAS seperti Hassan Ali yang bertindak melawan keputusan berkenaan seperti berita di atas.

Jawatankuasa Disiplin yang diketuai oleh Tuan Ibrahim Tuan Man tiba-tiba berdiam diri dengan kenyataan Hassan Ali walhal sebelum ini beliau memberikan arahan kepada YB Khalid Samad supaya berhenti keluarkan kenyataan yang kononnya bertentangan dengan pendirian parti (skalipun akhirnya terbukti pendirian parti menyokong kenyataan Khalid).

Dan sepatutnya apabila pendirian parti adalah jelas, maka semua pemimpin dan ahli PAS perlu akur dan tindakan disiplin diambil ke atas mereka yang berindak atau mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan pendirian yang diambil oleh parti.

GB adalah benar apabila sebelum ini GB menyatakan bahawa Pengerusi JK Disiplin PAS ini adalah tidak professional malah terlalu BIAS. Maka tidaklah keterlaluan juga untuk GB sebelum ini meminta beliau meletakkan jawatan.

Nak bantah apa lagi?

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tak sudah-sudah Hassan Ali ni timbulkan masalah dalam parti.

Baru berapa hari jadi ahli PAS dah nak tunjuk besar kepala?

Itu Tn Ibrahim apa hal senyap?

Sama g-ho ker?

tak ubah perangai UMNO kedua-dua ni.

Tanpa Nama berkata...

tgk muka Hassan ALi dah tahu
gedebe

Tanpa Nama berkata...

AHLI PAS Putrajaya - Dah kata dah, Mereka masuk PAS lepas bersara, sudah tentu tak sama dengan orang dari muda dah berjuang dalam PAS, seperti khalid samad, mereka diperkuatkan dengan adanya gelaran dato', itu yang tertipu untuk dipilih jadi pemimpin, lebih baik mereka meletak jaweatan untuk meredakan ketegangan dalam PAS sekarang atau PAS terus tegang dan akhirnya putus.

Tanpa Nama berkata...

Nak simpan buat apa lagi?

Tanpa Nama berkata...

nak mengajar mengucap dua kalimah syahadah perlu tauliah, bagaimana hasan ali?

Tanpa Nama berkata...

Hmmm betul la tuh tindakan Hasan Ali. Kalu dibiaqkan lagi kecamuk la org islam skang yg dah x reti2 nak dahulukan Allah dan RasulNya.

Nak ke korang nengok anak2 korang ter-bwk balik risalah kristian yang mengatakan "Allah" ada anak? nauzubillah.....Maha Suci Allah....Penggunaan kalimat Allah zaman nasrani/jahiliah disalah gunapakai sblm kedatangan islam, kedatangan islam zaman Rasullulah saw membetulkan akidah manusia bahawa Allah itu bukan berhala, tiada anak dan tidak diperanakan, tiada satu jua pun yg menyamaiNya......SubhanAllah, Maha Suci Allah....y la korang disagree? Jgn terpedaya dgn perangkap Freemason Malaysia (tangan2 ghaib)

Tanpa Nama berkata...

Maka tanggungjawab mak bapak lah yang mengajar anak untuk mengenal keesaan Allah....saya pasti kalau mak bapak peka BAWALAH RISALAH YANG MRNGATAKAN ALLAH BERKEPALA GAJAH sekalipun....Anak kita tetap kata Tiada Tuhan Selain Allah dan Muhammad adalah RasulNya....
So..please....di Arab dan Mesir Bible mereka dalam bahasa Arab...mereka juga menyebut Allah..malah surah Bible mereka dah macam Quran...tapi Iman Orang ISLAM kat sana tak terbabas pun...