20 Jan 2010

Malaysia Sebagai "Missing Country"

Malaysia kini boleh digelar sebagai 'Missing Country' kerana banyak kejadian aneh dan kehilangan misteri yang berlaku belakangan ini.

"Kes Teoh Beng Hock misalnya, biarpun mendiang Teoh dijumpai mati di pejabat SPRM Selangor, namun mati-mati pihak terbabit menyatakan mereka tidak bertanggungjawab ke atas insiden tersebut.

"Malah segala bukti dihilangkan begitu saja dan banyak fakta yang tidak masuk akal didedahkan kepada umum," kata Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri, PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman dalam konvensyen PKR Pahang 2010 yang diadakan baru-baru ini.

Menurut beliau, kehilangan terus berlaku selepas itu dalam kes Altantuya apabila rekod perjalanan masuk wanita Monggolia itu ke negara ini telah hilang dan akhirnya wanita itu sendiri dihilangkan menggunakan letupan bom C4.

Terbaru, katanya, negara turut digemparkan dengan kehilangan enjin pesawat jet pejuang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bernilai jutaan ringgit.

Tambah beliau, kehilangan yang berlaku ini mengesahkan lagi kepada rakyat bahawa kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) sememangnya sudah tidak boleh dipercayai lagi.

"Mereka katanya bukan sahaja menghilangkan semua barang bukti kes-kes tertentu, malah turut gemar menghilangkan wang rakyat dan harta negara sesuka hati mereka," katanya.

Terdahulu, PKR telah menganjurkan Konvensyen PKR Pahang 2010 untuk membuat perubahan besar menjelang pilihan raya umum akan datang. Seramai 920 perwakilan dari cabang-cabang PKR seluruh negeri Pahang telah mengambil bahagian dalam konvensyen ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir menyampaikan ucaptamanya. Hadir dalam konvensyen ini, Ahli Parlimen (MP) Kuantan, Fauziah Salleh, MP Indera Mahkota, Azan Ismail, Ahli Majlis Pimpinan PKR Pusat, Zakaria Hamid, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Terengganu, Tuan Haji Abdul Rahman Yusof serta pemimpin peringkat negeri lain. -erapakatan



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

BN juga akan hilang pada PRU13 nanti
hanya ahli sejarah yang berminat mencatatkan sejarahnya yang terlalu banyak penyelewengan.

kanuar Malaya berkata...

saya setuju 200% ngan Datuk Fauzi...Missing Land Of Tanah Malaya..tapi ramai org malaysia tak nampak lagi banyak kejadian Misteri yg terjadi..kadang2 saya sendiri pun tak faham apa nak jadi...mohon Doa kpd ALLAH jualah..moga beri pertunjuk macam zaman kejatuhan 'Firaun' Insya'ALLAH'