28 Nov 2009

Ibadah Korban Latih Muslim Bersikap Dermawan

Umat Islam diharuskan menumpahkan darah pada hari raya aidiladha dengan menyembelih haiwan ternakan.

Bagi menyambut seruan itu, hari ini sebanyak 26 keluarga sekitar Shah Alam tidak melepaskan peluang menjalankan ibadah korban di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Ibdah Korban Tahunan masjid negeri, Kapten Bersara Mohamed Hussain berkata, acara ini diadakan secara tahunan bagi menunaikan tanggungjawab sebagai umat Islam sekaligus mengeratkan hubungan silaturahim.

"Kita diingatkan dengan pesan Nabi Muhammad S.A.W, jadi kami disini bersetuju berkorban ini menyambut seruan itu,"katanya.

Sebanyak 26 ekor lembu dikorbankan bagi mewakili 26 keluarga yang melaksanakan ibadah korban.

Sementara itu, menurut Timbalan Pengerusinya, Ir Wan Mahmood Wan Abd Hamid, ibadah korban tahunan kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan kerana jumlah korban meningkat berbanding tahun sebelumnya.

"Tahun lepas 20 ekor tahun ini lebih sedikit 26 ekor dan ini menjadi acara tahunan masjid negeri,tiap-tiap tahun kita adakan majlis korban,"jelasnya.

Katanya, ibadah ini juga menjadi tuntutan dalam Islam agar dapat melatih dan mendidik individu Muslim untuk bersikap dermawan.

Orang ramai turut menyambut majlis ibadah korban ini dengan beramai-ramai mengunjungi acara yang diadakan bermula 8 pagi lagi.

Turut hadir pada majllis ibadah korban pagi ini, Mufti Selangor,Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid. -TVS



1 ulasan:

neo berkata...

"Umat Islam diharuskan menumpahkan darah.."

Harap saudara dpt berhati2 sama ada ianya diharuskan atau disunatkan.

Dalam segi makna bahasa melayu, mngkin tiada beza, tp dari segi hukum syara', saya percaya boleh menimbulkan kemusykilan kelak.

Terima kasih atas perjuangan terus-terusan saudara. Salam aidil-adha.