28 Okt 2009

Kenyataan Media Nizar dan Sivakumar

Pihak polis menahan kami beberapa kali sebelum boleh masuk dewan, tidak pernah berlaku Adun dilayan seperti penjenayah.

Apabila kami tidak mahu menyerahkan jubah dan kekerasan digunakan untuk merampas songkok dan jubah. Mereka menekan dan mencekik saya supaya saya tidak bernafas dan lemah. Walaupun Adun PR cuba menyelamatkan tetapi mereka menghadapi ramai polis.

Sivakumar menunjukkan sekali lagi cebisan jubah yang masih tinggal sebagai simbol demokrasi.

Sivakumar mempersoalkan tindakan kami dilarang membawa masuk kamera. Juga beliau mendakwa semacam dirancang tidak ada anggota media dalam ruang legar SUK semacam hendak mengelak media melihat apa yang berlaku.

Speaker Sivakumar mengesahkan sidang pada hari ini dengan meluluskan tiga usul iaitu usul berkaitan tragedi di Kuala Dipang, tahniah dengan prestasi Kerajaan PR dan pencalonan seorang calon untuk menjadi Ahli Dewan Negara yang baru.

Sementara itu Datuk Seri Nizar Jamaludin pula berkata, rombongan Adun PR telah dihalang oleh 5 sekatan dan ini bercanggah dengan demokrasi. Terbukti kekecohan bermula dari arahan defekto BN.

"Saya rakamkan disini atas arahan BN kepada pihak polis menghalang kami."

"Jika Speaker itu haram maka usul, bajet adalah tidak sah dan semuanya tidak mengikuti peraturan."

"Saya mendesak Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Hishamuddin wajib meletakkan jawatan kerana tindakan polis yang memalukan," ujarnya lagi.

2 ulasan:

cicitHJHASSANu berkata...

mb haram bentang speaker haram lulus bajet haram dapat kat sapa?
rakyat Perak kan...maaf ye!
rakyat Perak setuju ke,sanggup ke?

wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

Ciri-ciri mahazalim telah kembali sudah ada:
1)Kehakiman tidak bebas
2)polis disalahguna kerajaan BN
3)SPR menjadi tidak telus dan dipengaruhi BN
4)SPRM bertujuan menutup rasuah pemimpin BN
5)Media massa tidak bebas
6)Syarikat kerajaan diswastakan kepada kroni