28 Okt 2009

Era Najib Altantuya : Kump UG Percaya Blogger UMNO?

Meletup di alam maya, apabila wujud pertemuan sulit antara beberapa orang blogger-termasuk blogger UMNO- dan pimpinan PAS; Nasaruddin Mat Isa, Hasan Ali dan Roslan SMS.

Dari rangkap ini, ada beberapa persoalan yang perlu dijawab, iaitu; (1) kenapa diadakan secara sulit?, (2) kenapa menjemput Blogger UMNO?, (3) kenapa diadakan berhampiran dengan mesyuarat Khas?, (4) kenapa melibatkan 3 orang pimpinan PAS ini, yang sudah diketahui umum adalah pimpinan PAS yang bermasalah dari sudut hubungan mereka dengan pakatan Rakyat, ekoran kecenderongan mereka kepada UMNO.

Usah dinafikan, kononnya tidak wujud pertemuan, atau dikatakan ia sebagai perkara yang ‘perasangka’ dengan merujuk kepada surah al-hujurat ayat 12. Ini kerana, ayat tersebut bersifat umum; iaitu ia menyebut tentang larangan berperasangka dikala tidak wujud sebarang qarinah-qarinah yang mengkuatkan disebalik perasangka yang tertimbul.

Justeru, ayat tersebut perlu ada pengkhususannya; iaitu apabila wujud qarinah-qarinah yang dapat mendokong sesuatu perasangka, ketika itu, perasangka tersebut tidak haram, sepertimana larangan dalam kandungan ayat ke-12 dari surah Al-Hujurat.

Kalau orang yang belajar ilmu usul fiqh dan ilmu tafsir, pasti akan memahami konsep ‘umum’ dan ‘khusus’ dalam sesuatu nas, sama ada al-Quran, ataupun Hadis Nabi SAW, terutama menerusi ayat ini. Mereka yang sekadar membaca al-Quran dan Hadis tanpa roh dan kaedahnya sahaja akan merujuk kepada ayat ini tanpa melihat umum dan khususnya.

Berbalik kepada isu yang hendak dibincangkan, bukankah telah terbukti pengakuan Presiden PAS bahawa wujudnya pertemuan sulit antara pimpinan PAS dengan pimpinan tertinggi UMNO. Pengakuan itu dibuat sejurus Pak Lah mengakui wujudnya pertemuan sulit sebanyak tiga kali.

Begitujuga, dengan isu pertemuan sulit dengan blogger. Usah dinafikan lagi, kerana sudah terbukti wujudnya gambar, malahan pengakuan sendiri dari sebilangan blogger yang hadir dalam pertemuan tersebut.

Yang ingin kita dengar sekarang, pimpinan terbabit wajib mengeluarkan kenyataan tentang pertemuan tersebut, disamping perlu menjawab persoalan-persoalan yang penting, bagi menghilangkan keraguan ahli bawahan terhadap mereka.

Jika blogger yang dijemput itu sekadar blogger yang terdiri dari kalangan orang PAS, atau orang PKR dan DAP, ia tidak melahirkan problem yang terlalu besar, waima ada kesangsian sedikit. Mungkin tindakan tersebut, benar-benar mempunyai keikhlasan, untuk menyelesaikan kekalutan dan seterusnya dapat menghapuskan segala persepsi buruk yang terpalit terhadap mereka.

Persoalannya, persepsi apa yang hendak diperjelaskan kepada blogger UMNO itu?

Mungkin ada dari kalangan kita berkata, mengapa tidak boleh dijemput blogger UMNO, walhal mereka juga orang melayu beragama Islam? mengapa terlalu benci sangat dengan orang-orang UMNO?

Jawapannya adalah, sudah disepakati bahawa PAS akan bersama dengan Pakatan Rakyat, terdiri dari kalangan PAS, PKR dan DAP. Perlu diingat, UMNO tidak termasuk dalam pakatan Rakyat. Sebaliknya, UMNO adalah musuh kepada politik PAS.

Justeru, dalam hubungan ini, PAS sedang berkawan dengan PKR dan DAP, sedangkan UMNO merupakan musuh PAS.

Apabila keadaan ini berlaku, segala tindakan yang boleh meragukan PKR dan DAP sebagai kawan adalah terlarang sama sekali, bahkan ia diharamkan sendiri oleh Islam menerusi Hadis, Nabi SAW bersabda;

إِذَا كُنْتُمْ ثَلَاثَةً فَلَا يَتَنَاجَى اثْنَانِ دُونَ صَاحِبِهِمَا فَإِنَّ ذَلِكَ يُحْزِنُهُ

Maksudnya;
“jika kamu bertiga, maka jangan dua darinya berbisik-bisik tanpa seorang lagi. ini kerana, ia akan melahirkan kesedihan pada dirinya” (sahih Muslim : 4054)

Hadis ini amat jelas, Nabi SAW melarang dari kalangan tiga orang yang bersama, tiba-tiba dua orang dari tiga itu berbisik-bisik, maka tindakan tersebut amat terlarang dalam Islam. maqasid disebalik larangan itu adalah kerana, bimbang hati orang yang ketiga itu boleh terganggu, sama ada akan melahirkan kemarahan, kebencian, keraguan ataupun kesedihan seperti yang termaktub menerusi hadis riwayat muslim ini.

Pimpinan PAS perlu memahami maqasid disebalik hadis ini, agar tindakan yang meragukan kawan-kawan dalam Pakatan Rakyat dapat dihindarkan. Sebaliknya, seperti yang dilakukan oleh 3 orang pimpinan PAS; Nasaruddin mat Isa, Hasan Ali dan Roslan SMS adalah amat bercanggah dengan konsep yang telah di ajar dalam islam. -Al-Bakistani

13 ulasan:

Hamba berkata...

Persoalan utama yang harus dijawab ialah kenapa semasa kempen dan didalam manifesto pilihanraya PAS tidak ada dinyatakan bahawa pihak pimpinan PAS "reserved the right" utk mengadakan rundingan kerjasama dgn UMNO ( sekiranya UMNO menerima syarat2 pimpinan PAS maka PAS akan bekerjasama dgn UMNO DEMI KEPENTINGAN UMMAH DAN ISLAM)? Persoalan siapa yg buat pertemuan atau siapa yg terlibat sudah tidak penting lagi. Seingat2 saya, tidak pernah sekali pun timbul isu2 utk berunding, berbincang dan berdiskusi dgn UMNO kalau PAS memenangi banyak kerusi DUN dan Parlimen! Tetapi kenapa selepas sehari berakhirnya pilihanraya, pimpinan PAS TANPA MEMINTA IZIN DARI RAKYAT YG MENGUNDI PAS terus membuat keputusan untuk berbincang dgn UMNO dgn meletakkan syarat2 ( entah apa syarat2 tu agaknya?). Bukan kah ini merupakan pengkhianatan terhadap amanah yg telah diberikan oleh pengundi2 ( melayu, india, cina, dll) yg menyokong PAS? Bolehkah di tunjukkan kepada rakyat siapakah pimpinan serta ulama'2 yg telah memberikan kebenaran serta lampu hijau utk rundingan ini? Yang jelasnya TGNA tidak terlibat seperti yg dinyatakan oleh Hassan Ali dan Nasa... Maka TGNA tidak terlibat dalam kerja2 khianat amanah pengundi yg menyokong PAS ini. Maka jika inilah sikap, perangai serta tingkahlaku pimpinan PAS ( tidak ikhlas, jujur dan amanah) dgn mandat pengundi maka amatlah munasabah semasa PRU13 nanti, rakyat tidak lagi mengundi PAS. Saya minta PIMPINAN PAS dan PRESIDEN memberi penjelasan tentang bagaimana pimpinan PAS boleh begitu sombong, ego dan besar diri utk berbincang dgn UMNO TANPA mendapat reaksi dan maklumbalas rakyat yg pengundi PAS. Pada pandangan saya, setiap gerak geri dan tindakan PAS mestilah merujuk kepada manifesto pilihanraya PAS yg telah diwar-warkan kepada rakyat. jika tiada dalam manifesto maka ianya tidak boleh diusahakan ( kecualilah PAS sendiri tidak jujur dgn manifesto tersebut..dalam manifesto tu takde pun tertulis PAS reserved the right to negotiate and discuss with UMNO on UG or working together-gether ke, kerajaan campuran ke dll). kalau ada dah sah PAS tak dapat undi rakyat melainkan undi ahli PAS shj. Harap pimpinan PAS tolong jawab.. Kalau ada ulama'2 yg nak berhujah ttg keperluan ummah ke, ketuanan melayu ke, ketuanan islam ke, yg membolehkan perkara ( janji benda lain buat benda lain) ni berlaku, dipersilakan. Maklumlah kami ni rakyat yg tak berilmu tinggi ttg islam, yang ada pada kami rakyat jelata cuma pegangan pada janji, ketegasan dalam amanah serta kepercayaan bahawa matlamat tidak menghalalkan cara! Anyone care to explain???

Zorro berkata...

Salam, Pas ni sebenarnya apa? Parti politik ker, atau Gerakan Islam? Jika parti politik, semestinya lawan adalah musuh yg total, jika gerakan Islam, mcm mana pula? Islam meletakkan redha Allah didahulukan, menang & kalah no 2, sepatutnya tiada nak kecoh2 kalau berbalah, jatuh-menjatuhkan, Pas ni sebenarnya apa?

hairan berkata...

aku nih kiranya penyokong atas pagar tiap kali PRU

kalo la kesemua penyokong atas pagar mempunyai pendirian mcm aku... aku JAMIN next election PAS harussssssss... di ulangi HARUSSSSSS mati atau kalo baik sikit pun ala2 nazak!!!

menyampah pulak tgk pas skg nih
dah tak ubah mcm UMNO gak
dia org menang baru2 nih sebab lembu atau kambing yang pangkah dia org ke??
tak fikir ke rakyat jelata nih la jugak yang pangkah dia org sbb rasanya nak jadikan PAS parti yang bakal memerintah malaysia.

tapi nampaknya penyakit umno dah meresap masuk dlm pas gak... gila kuasa dan gila duit!!
abis hilang semua songkok dah serban !!!

aku tetap sokong TGNA terus berjuang hingga akhir hayat dia !
takpe TGNA kalo org pas pun menyampah dgn tok guru pun tak pe !!! tapi saya 100% akan mendoakan dan menyokong TGNA hingga ke akhirnya... insyaAllah

Awanama berkata...

fedup dah aku dgn pas ni. senang cakap je samada nak UMNO or PR or nak keluar jadi independent.

kan senang kami rakyat pengundi yg hina dina ni buat keputusan tentang apa kami nak buat/hukum pas kat PR13 nanti

Awanama berkata...

Pemimpin Pas pro UG hendaklah disingkirkan dari Pas, musuh dalam selimut lebih bahaya dari UMNO!!!

Awanama berkata...

Pas pada landasan betul bersama TGNA, Kumpulan UG menyerang bloggers Pro TGNA.. ahli pas kena faham kenapa agaknya???

Awanama berkata...

Kumpulan UG menyerang semua pihak yang ingin memantapkan PAS menghadapi PRU13 termasuk TGNA...

Awanama berkata...

Kita boleh fikir kenapa agaknya kumpulan UG mendapat sokongan media massa dan blogggers UMNO??

Awanama berkata...

Pimpinan Pas perak contoh terbaik pejuang-pejuang pas.. Bukan seperti UG, bela musuh, serang rakan...

Martoiriat berkata...

Aku adalah ahli dan penyokong setia PAS. Di PRU
12 yg lalu, siang malam aku bekerja utk PAS
supaya PAS menang dlm pilihanraya itu. Tugas
aku ialah berkempen rumah karumah bersama2 kawan
ku berbangsa tionghua utk merayu dan merayu kpd
pengundi2 supaya memileh calun2 PAS dlm pilihan
raya itu. Aku dan kawanku bangsa tionghua itu
telah diarahkan utk berkempen dan mengunjongi
rumah dan pengundi2 tionghua.Penduduk2 tionghua
disitu lebeh kurang 25% dan india 5 atau 6 % dan
yg lebihnya adalah org2 melayu. Bermacam2
pujokkaN.. rayuan dan seterus merintih utk
memujuk mereka suapaya mengundi calun PAS.. dan
diwaktu malam pula cuba diadakan ceramah berkelompok utk menerangkan secara detail, kenapa
dan mengapa kita mesti tolak UMNO-BN. Setelah
selesai lapan hari berkempen, tibalah hari mengundi dan keputusannya PAS telah memenangi
kawasan itu dgn majoriti lebih kurang enam ribu.
Aku bersorak kegembiraan dan cukup2 keriangan
dgn hasil penat lelah aku berkempen menghasilkan
kemenangan. Tugas2ku bukanlah mendpat upah atau
pun wang tapi kerana semangat dan cintaku kpd
PAS, aku rela berkorban apa saja terhadap PAS,
asalkan calun PAS menang dan jugak aku ingin
melihat PAS bersama2 dgn PKR dan DAP merajui
negara kita Malaysia dgn pemeritahan yg adil dan
bersih. Rupa2nya kegembiraan aku tidak berpanjangan. Kini pemimpin2 PAS telah mengkianati diriku. Mereka cuba wujudkan k'jaan
perpaduan dgn UMNO. Hati ku terguris dan amat
kecewa.Sebenarnya aku tidak pernah mengkianati
pemimpin, tapi kebanyakannya pemimpinlah yg
mengkianati rayaat. Ingat.. andainya pemimpin2
PAS teruskan jugak agenda jahat ini, kemungkinan
PAS akan terkubor diSelangor dan dinegeri2 lain,
diPRU13 ini. Sampai disaat2 ini, hati kecilku
masih lagi tertanya2, kenapa dan mengapa mereka
inginkan k'jaan perpaduan dgn UMNO sedangkan
UMNO zalim,perasuah,jahat dan pengkianat kpd
ugama dan bangsa melayu. Betul kata orang tua2,
walaupon sebesar mana serban dan kopiah, dan
sepanjang mana jubah yg dipakai, perjuangan tanpa
keimanan akan putus ditengah jalan.. harta dan
pangkat jugak yg dicari..

Awanama berkata...

Kenapa takut EGM, bloggers, TGNA, suara ahli kalau kita benar adn ikhlas tanpa inginkan jawatan????

Awanama berkata...

Bagaimana sendiri jadi hakim, jadi peguam, jadi pendakwa, jadi juri nak jatuhkan hukuman pada diri sendiri, perlu EGM...

Awanama berkata...

Pada aku persepsi negatif yg melekat pada PAS hasil kerja puak UG tersebut telah menjadi sukar untuk dihapuskan samasekali selagi puak UG seperti Ustaz Nasa, Stopa Ali dan Hasan Ali masih memegang jawatan penting dalam PAS.

Tindakan sesuai paling ringan berbanding menyingkirkan puak UG tersebut adalah menasihatkan supaya puak UG tersebut melepaskan jawatan dan berundur secara terhormat, sebab di dalam PAS ada beribu-ribu lagi tokoh sesuai yg mampu mengisi kekosongan bagi jawatan-jawatan tersebut.

Setakat mengadakan seminar bagi menggantikan EGM diharap dapat mengubah persepsi negatif terhadap PAS, aku rasa ianya tidak banyak membantu sebab puak UG tu adalah antara pelakon-pelakon terbaik tanahair, bak kata TGNA...waktu kita marah-marah dgn isu perpaduan, puak UG berdiam diri seribu bahasa, tapi apabila semua telah reda, mereka mula sibuk bermain dalam gelap dengan membuat percaturan dengan pihak umno. Orang agama, kalau sekali dia menipu, orang akan ingat sampai bila-bila berbanding orang yg terang-terang jahil seperti orang umno.

Puak UG merupakan batu penghalang terbesar buat Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Kerajaan Persekutuan pada masa akan datang, maka untuk itu PAS perlu ambil tindakan yg sesuai dan tegas berkenaan isu puak UG ini. Kini sudah mula kedengaran bahawa PAS kini umpama 2 X 5 jea dengan umno, harapkan pagar...pagar makan padi....