29 Okt 2009

Era Najib Altantuya : Masih Lembabkah PAS Setelah Bermesyuarat

Rakyat Malaysia khususnya ahli-ahli PAS mengharapkan satu keputusan tegas diambil dari mesyuarat khas yang diadakan malam tadi, dan apakah ianya tercapai?

OBJEKTIF yang sepatutnya dicapai: Ia bagi memulihkan keyakinan masyarakat terutama BUKAN-MELAYU terhadap PAS selain dari menyelesaikan apa yang disifatkan pimpinan sendiri, konflik dalaman parti.

Berdasarkan laporan yang diterima mesyuarat khas hanya memutuskan beberapa perkara yang dilihat lesu dan tidak berupaya mencapai sasaran objektif.

Diantaranya satu seminar politik bulan depan bagi membincangkan isu-isu yang dibangkitkan oleh Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Seminar yang dirancang itu, dengan melibatkan perwakilan setiap peringkat kepemimpinan parti, bagi menggantikan idea muktamar khas - yang asalnya disarankan oleh menteri besar itu di blognya, Khamis lalu - yang diputuskan tidak perlu diadakan.

"Satu seminar politik akan diadakan pada 7 November ini yang dihadiri perwakilan daripada seluruh negara bagi membincangkan isu yang berkaitan dan isu-isu lain bagi memperkasakan PAS.

"EGM (muktamar khas) tidak ada. Kita bersetuju EGM tidak ada," kata Abdul Hadi lagi.

Selain itu, Mesyuarat khas barisan pemimpin atasan PAS yang berlarutan lebih empat jam sehingga selepas tengah malam semalam juga memutuskan untuk membawa PAS Selangor ke jawatankuasa disiplin parti itu.

"Isu Selangor kita serah pada jawatankuasa disiplin yang dipengerusinya oleh (naib presiden) Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk menyiasat sejauh mana kebenarannya tuduhan-tuduhan yang dilemparkan itu," kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dua keputusan itu diambil dan diumumkan dalam sidang media ringkas di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur selepas mesyuarat berakhir kira-kira jam 1 pagi tadi.

Dan menurut Presiden, PAS akan beriltizam untuk mengeratkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat dan menutup pintu kepada rundingan dengan Umno.

Sekadar itu.

Persoalan kini, mengapa masih tiada ketegasan untuk melenyapkan isu UG yang menjadi barah di dalam parti. Mengapa masih ada ruang untuk membiarkan para pemimpin parti untuk bercakap lain, buat lain di dalam parti? Mengapa tidak fokus kepada malamat yang dicapai dan PAS sering mengulangi "kelembapan" di dalam "decision-making"?

Satu seminar akan diadakan bagi membincangkan soal-soal yang ditimbulkan oleh Musyidul Am PAS. Mengapa tindakan selembab itu yang diambil? Ia hanya merujuk kepada persoalan sekerat dua pemimpin yang bermasalah dan rata-rata ahli PAS memahami maksud Mursyidul Am PAS berkenaan.

Apakah seminar sekadar ingin menjadi perisai akhir kepada pemimpin yang dikatakan bermasalah itu untuk melepaskan diri dari disingkirkan?

Mengapa proses "membetulkan PAS" perlu berkluk-klek dan tidak tegas? Mengapa tidak diputuskan pada malam tadi supaya pemimpin masalah itu ditribunalkan atau setidak-tidaknya meminta pemimpin-pemimpin bermasalah itu bertanggungjawab untuk memohon maaf kepada Mursyidul Am dan sekalian ahli PAS di atas apa yang dilihat sebagai bertindak lembab, tidak pro-aktif dan meminta mereka berikrar untuk menjalankan amanah dengan lebih meyakinkan, telus, cekap dan efektif?

Persoalan yang mudah dipersulitkan dengan mengadakan seminar menggantikan EGM, satu langkah yang mungkin boleh mentenangkan keadaan dalam jangkamasa pendek tetapi tidak mungkin boleh mencapai objektif yang diharapkan di dalam saat di mana PAS menjadi parti yang telah tercemar ekoran tindak-tanduk "pemimpin bermasalah".

Kemudian, isu Pesuruhjaya PAS Selangor baru hendak dirujukkan ke jawatankuasa disiplin. Berapa lama ianya akan diselesaikan? Tidak dinyatakan "time-frame". Justeru ia memberi ruang kewujudan satu lagi jenis kelembapan yang tidak perlu.

Persoalan UG dikatakan tertutup rapi, tetapi adegan-adegan yang mencurigakan dan meluatkan rakyat masih dilakukan oleh "pemimpin bermasalah" seperti pertemuan dengan blogger-blogger UMNO baru-baru ini.

Pemimpin-pemimpin yang dikaitkan dengan UG masih melakukan kerja-kerja yang menimbulkan prasangka ahli, malah perlantikan Mustafa Ali sendiri yang dilihat sebagai "grand-designer" UG itu dilantik sebagai Setiausaha Agong parti oleh Presiden? Apakah ini langkah untuk memperbodoh dan mengepikan pendirian ahli yang telah memilih 80% AJK tertinggi dari kalangan yang menentang gagasan UG sebelum ini?

Persoalan "Kelab Penyokong PAS" yang lembab ditangani, lansung tidak disentuh malam tadi. Tidak ada apa keputusan mengenainya dibuat. Sekalipun peserta muktamar ke 55 dijanjikan bahawa Kelab tersebut bakal dinstitusikan. Persoalannya bila? Apakah PAS kalah lagi nanti di dalam pilihanraya baru ianya terkocoh kacah akan diambil tindakan?

Betapa lembabnya pemimpin PAS di dalam pengurusan parti sekalipun segala kemudahan, keselesaan dan kepakaran telah dikurniakan Allah s.w.t. dengan melipah ruah. Pengajaran dari Surah Ar-Rahman - Nikmat yang mana lagi hendak kamu nafikan?

Ada banyak hal yang perlu dan boleh PAS lakukan tetapi apa yang berlaku setakat ini hanya sekelumit dari apa yang perlu mereka lakukan.

Diantaranya:

1) Pemerkasaan unit penerangan parti dengan memperkukuhkan unit sebaran am seperti harakahdaily yang telah merudum. Tukarkan segera Pengerusi yang lemah, lembab dan tidak profesyenal. Umpamakan harakahdaily sebuah organisasi milik syarikat terbitan awam dimana kekukohan organisasi bergantung kepada kredibiliti, ketrampilan, kerja keras dan kredibiliti CEOnya. Lantik Pengerusi sepenuh masa, bukan lagi pemimpin parti yang mempunyai motif tersirat bagi menjalan misi dan visi individualistiknya lebih-lebih lagi untuk mengambil kesempatan untuk meletakkan anak-beranaknya di organisasi tersebut.

2) Sehubungannya juga, TVPAS perlu diuruskan dengan lebih profesyenal suapaya ianya mampu bertindak menyebarkan berita terkini dengan pantas, efisyien dan efektif. Efisyen dalam ertikata cekap da pantas di dalam menyampaikan berita dan mengulas isu semasa dengan kaedah yang betul dan meyakinkan. Efektif di dalam ertikata memberi sudutpandang yang pelbagai dan kritikal untuk menegakkan kebenaran. Unit radio PAS juga perlu diwujudkan bagi membolehkan rakyat mempunyai saluran hiburan dan sumber maklumat alternatif dari arus perdana dan agar suara PAS sentiasa dekat di hati pada bila-bila masa dan di mana-mana jua.

3) Kelab Penyokong PAS perlu diinstitusikan sekadar segera. Ini tidak. Setelah berbulan-bulan muktamar tamat, sehingga hari ini yang ada hanya janji. Janji kosong yang belum pasti. Dijanjikan akan dijadikan sayap utama parti sedangkan yang diperlukan ialah pengiktirafan kehadiran mereka sebagai penyokong parti. Apa ertinya menjanjikan mereka mahligai sedangkan keperluan yang mendesak ialah sebuah pondok untuk berteduh tatkala hujan lebat? Aneh pemikiran pemimpin tertinggi PAS kita.

4) IT dilihat sebagai media baru yang tidak boleh dinafikan kepentingannnya sekarang ini. Tatkala parti-parti lain sedang sibuk untuk mendaftarkan dan mengemaskinikan butiran ahli-ahli secara online, PAS masih terbelakang. Sewaktu saya melawat pejabat PAS untuk menyemak butiran keahlian saya satu ketika, yang dilakuka ialah kaedah secara manual, itupun tidak dikemaskinikan malah rekod itu tidak ditemui lansung. Apa ke halnya pengurusan sedemikian dan itu anda berharap untuk mentadbirkan negara?

5) Blogger-blogger UMNO ditemui, mengapa tidak blogger penyokong PAS atau Pakatan Rakyat? Sudah gila tahap gabankah untuk bersama UMNO pemimpin sedemikian?

6) PAS masih mengekalkan budaya "lenggang mak limah" di dalam banyak hal. Maka tidak hairan mengapa Prof Abdul Aziz Bari menyatakan bahawa kepimpinan Abd Hadi "dilihat" (saya tekankan disini dilihat - iaitu "satu persepsi" umum) selembab kepimpinan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Kita mengata orang, rupa-rupanya di dalam parti kita saling tak tumpah dengan orang yang menjadi sasaran kritikan kita selama ini.


Saya tidak perlu mencadangkan PAS perlu menganjurkan siri kursus dan kuliah teknik pengurusan kontemporari atau etika profesyenal untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti pemimpin dan ahli sekalipun ia dilihat sebagai amat kritikal, kerana saya mendapati barisan pimpinan tidak pernah memberikan respons yang baik di dalam apa-apa cadangan yang dikemukakan, sedangkan kritikan membina ahli akademik yang sayang PAS juga dihadiahkan kecaman dan hentaman seperti yang dilakukan oleh Ketua Penerangan PAS terhadap tulisan Prof Abdul Aziz Bari.

PAS masih tersangkut dengan program ceramah-ceramah superficial dan kursus sah atau tidak wudhu kerana setitis darah nyamuk atau tahi cicak. Paling tinggi Lajnah Organisasi masih tersangkut dengan kursus sistem pemfailan untuk kabinet keluli, kalau kursus komputer pun masih ditahap tatacara memegang tetikus dan membuka game minesweeper. Tak habis-habis.

Ini era digital. Ini bukan era Khir Johari atau Datuk Senu jadi menteri, bukan era Mustafa jadi Timbalan Menteri Sains Teknologi Dan Alam Sekitar. Telah berlalu zaman kelembapan, zaman untuk merebut gelaran, glamour dan ghanimah, zaman untuk menipu dan memperdaya sekalian ahli dan ummah.

Hubaya-hubaya, pilihanraya umum ke 13 bakal menjelma dan PAS di tubir gaung kekalahan jika staus quo PAS masih di tahap yang ada kini. GB ingin mengigatkan pesanan Mursyidul Am PAS yang pertama, Allahyarham Tn Hj Yusof Hj Rawa, katanya: Jika takut dan tidak berupaya dialun gelombang, usah berrumah ditepi pantai. Jika tak beruapaya menjadi pemimpin serba-berkemampuan di zaman bergerak pantas ini, undur terlebih baik dari berkokok kerluk-klek untuk mempertahankan kelembapan yang mencelakakan jemaah dan ummah. Sebagai pemimpin, anda sedang diperhatikan oleh Allah sendiri serta makhlukNya, di langit dan di bumi.

Wahai pimpinan, takutlah kamu akan Allah kerana sabda Rasulullah s.a.w.

"Tidaklah seseorang pemimpin yang dituntut Allah supaya memimpin yang kemudian ia mati kerana tiba ajalnya padahal ia telah melakukan kecurangan dan pengkhianatan dalam pimpinannya, melainkan Allah mengharamkan syurga untuknya."

-Greenboc

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sendiri tertuduh, sendiri jadi hakim, sendiri tidak bersalah, kenapa takut EGM kalau tak bersalah???

Tanpa Nama berkata...

Seminar kerja pakar motivasi macam hasan ali, keputusan memihak puak UG dalam pas...

Tanpa Nama berkata...

Kejatuhan sesebuah empayar atau organisasi berpunca daripada kelemahan dan kesombongan pemimpinnya. Bagi pemimpin yang bermaruah, mereka akan melepaskan jawatan sekiranya gagal memimpin dan menepati janji DAN kebanyakkan pemimpin BUKAN ISLAM (baik di asia, barat atau eropah) yg melakukannya..tapi tidak ada pemimpin ISLAM yg mahu berbuat begitu?. ANEH bin AJAIB...??? Pemimpin Islam pulak bila memegang kuasa akan kemaruk kuasa..

Tanpa Nama berkata...

Selagi kepala PAS di terajui oleh orang yang lembab seperti Presiden, Timbalan Presiden, S/Usaha Agong.. selagi itu lah orang ramai akan menganggap PAS lembab. PAS tidak bertindak tangkas sebagai peneraju Pembela rakyat, macam mana nak menjadi 'kerajaan in waiting'. Cakap saja boleh lah... Lihat saja Timbalan Presiden, ada dia berjuang berhempas pulas membela rakyat? Yang ada hanya tidor, bersantai dan sekali sekala keluar statement bodohnya.

Tanpa Nama berkata...

pas tak kan pecah kate aziz bari ,
siapa boleh gerenti pkr mampuih terutama
anwar masih hidup ... ok .... betul ...
tetapi kita masih tak bergerak ,
kebebasan subur tiada hatta dalam PR ...
gelombang baru yang lain akan datang plak
akan datang
akan datang
akan datang

Tanpa Nama berkata...

Syabas kepimpinan PAS. Tiada kekusutan yang tidak dapat dirungkai, tiada masalah yang terlalu besar dan tidak dpt diselesaikan.

Apa yg penting sekarang, semua pihak perlu membaiki kelemahan, meningkatkan profesionalisma dalam pengurusan organisasi. Kita tidak mahu dilihat sebagai barisan kepimpinan yg tidak bermaya, lemah atau terkebelakang berbanding organisasi atau parti lain.

Selain itu, cubalah mengelak daripada memberi komen kepada media melainkan "terlalu penting". Kebanyakan media "arus longkang" yg tak berapa "perdana" sentiasa menunggu masa utk. mengolah semula dan memutarbelitkan kenyataan utk dihidangkan kpd pembaca. Mereka fikir para pembaca kini tidak bermaklumat dan menelan segala yg mereka hidangkan ? Kirim salam !

Tanpa Nama berkata...

Kepada Presiden Parti PAS, Haji Hadi bin Awang, bahawa anda WAJIB meletak jawatan.

Abdullah Ahmad Badawi telah mengambil tanggungjawab beliau dengan akur melepaskan kuasa Presiden UMNO yang disandarkan sementara kepadanya kerana sayangnya beliau kepada UMNO. Tindakan Abdullah kelihatan merugikannya tetapi pada masa sama tindakkannya itulah juga yang telah mengangkat semula UMNO hingga kelihatan gah semula. Bukti UMNO semakin sihat ialah anda sendiri yang terhegeh-hegeh ingin mendampingi UMNO..!

Dalam situasi PAS sekarang, peralihan kepimpinan paerti itulah syarat awal untuk memperlihatkan bahawa PAS telus dan berintegriti. Keyakinan orang ramai perlu dipulihkan semula sebagaimana UMNO telah melakukannya.

Buktikan bahawa PAS mengutamakan matlamatnya berbanding peribadi pemimpinnya. Buktikan PAS sentiasa inginkan kepimpinan yang semakin baik, matang dan berwibawa sepanjang masa.

Takkan anda tidak memahami mengapa Rasulullah saw sentiasa menukar-nukar kepimpinan tenteranya bersesuaian dengan jenis dan ketumbukan tentera musuh mereka..!? Atau malukah anda jika tidak lagi menjadi presiden PAS. Jatuhkah maruah anda. Jika itu yang anda rasa, maka ternyata anda bukan seorang pendakwah maupun pejuang kepada Islam. Ertinya anda sudah dililit oleh 'cinta dunia'. Cinta dunia itulah punca Islam hancur hingga kini.

Anda sebagai seorang yang bertanggungjawab dalam sebuah jemaah yang mengambil Islam secara terang mengapa berhelah lagi. Buktikan bahawa anda jujur dengan parti anda. Buktikan pula bahawa anda juga menyayangi jemaah PAS yang disandarkan kepimpinannya buat sementara kepada anda sekarang.

Bertanggungjawablah anda dengan permasalahan parti oleh kesilapan dan kelemahan anda dan dijangkakan PAS akan dilingkupkan oleh rakyat pada PRU ke-13 nanti. Anda SEDANG menjadi liabiliti kepada jemaah dan gagasan Pakatan Rakyat.

Anda juga sering melaungkan bahawa rakyat bukan bodoh. Benar rakyat tidak boleh anda perbodohkan. Sebaliknya anda sedang diketawakan oleh 'kebodohan' anda. Seorang pemimpin jemaah Islam diperbodohkan orang. Hakiaktnya anda sedang merosakkan ISlam pada pandangan orang Islam dan orang-orang yang belum Islam.

Lisan anda jugalah yang sering menggelar Abdullah Ahmad Badawi dengan berbagai gelaran yang Nabi saw pun tidak gelar kepada musuhnya, namun rupanya anda paling pengecut berbanding beliau. Abdullah sempat mengangkat UMNO gemilang pada PRU ke-12, walau merudum sepeas itu. Sedang anda telah membuktika kegagalan sinonim dengan anda. Terengganu terlingkup malu dan hina kerana kegagalan anda.

Ibarat 'badi' yang anda siramkan kepada UMNO, kini sedang memakan diri anda pula. Itu tanda Allah swt tidak reda dengan tindak dan 'tanduk' anda itu. Kini anda sedang mengheret PAS pula untuk meneuju kepermakaman yang asalnya telah anda sediakan untuk UMNO.

Al-Fatehah..

Wassalam.

Tanpa Nama berkata...

kalau cam nilah perangi & peelnya. alamat pas lingkumlah kat PR13 ni kerana sikap 3/4 kerat yang bodoh dalam pas ni.

masa tu pas janganlah menangis pasal rakyat tak sokong atau paling bagus sekali cakap ini takdir tuhan. yang sebenarnya, hangpalah yang bodoh sombong.

ingat, Allah kata dlm al-quran yg dia takkan ubah nasib sesuatu kaum itu unless kaun itu berusaha dulu untuk mengubah nasib mereka.

ingat KEYWORD tu : BERUSAHA. so bukan main doa je, kene kerja kuat juga

Tanpa Nama berkata...

TIADA golongan UG dalam PAS. Anehnya, ramai pula yg anti UG. TIADA yg ingin bergabung dgn ubn dalam PAS. Anehnya ada yg mendesak pimpinan utama PAS letak jawatan. Adakah mereka ini orang luar (ubn) yg mahu melihat PAS pecah belah, atau penyokong PAS sendiri yg menari ikut rentak ubn tanpa sedar?

Jgn terlalu taksub dgn seseorang pemimpin, masing2 pernah buat salah selagi bergelar manusia. Namun yg penting kita ada adab dalam jemaah jika sesuatu isu timbul, bukan dengan 'marahkan anak di luar rumah'.

-Mohd - Rusila, Trg - Mansoura, Egypt

Unknown berkata...

1) Siapa kata tiada golongan UG dlm PAS sedangkan Hadi sendiri mengakui bahawa perbincangan UG telah ditutup - bererti sebelum ini memang sah UG itu wujud.

2) Perbincangan UG ditutup, tetapi perangai dan sikap UG masih dibawa oleh pendokong2nya.

3) Yang menari ikut rentak UMNO adalah mereka yg pernah berfikir untuk bersama UMNO.

4) Taksub hanya kpd Abd. Hadi dibenarkan? Seorang TGNA berhak marahkan anaknya yang sudah menjadi penderhaka laksana si Tanggang, laksana anak Nabi Nuh yang berlagak bijak dan sombong menentang ayahnya kemudian disiksa Allah s.w.t. akhirnya

Tanpa Nama berkata...

syeikh greenboc...
malam selasa lalu, sehari sblm mesy khas tu, aku ada jugak la pi satu program pemuda kat kawasan aku ni..
yg ada dtg jgk masa tu salah seorg staff pej agung jln raja laut(rasanya macam org kuat stopa ali)..
dia punya sembang mlm tu, semua ternganga dibuatnya...
antara yg disembangnya:
1. penuh yakin yg tok guru nik tak kan dtg mesy khas
2. tok guru nik dicucuk org2 sekeliling dia, puak2 prolib katanya..
3. andaian dia lagi, "antara org yang kuat nyucuk tok guru nik ni adalah org yang dah teringin bebenor nak jadi MB sebelum sultan kelantan mangkat sbb kalu tengku mahkota naik nanti tak merasa la org tu sbb tengku mahkota tak suka" katanya penuh yakin; dan yg paling aku terkejut dan berkerut kening aku bila dia selamba badak je mangandaikan yg:
4. Tok guru nik ni dah berumur, dah tua dan MUNGKIN NYANYUK!!!
tu dia, org kuat pejabat agung PAS sendiri ngata musryid am dia nyanyuk...
giler la puak2 ni..
depa sembang depa la yg beria2 nak selamatkan parti sampai ada yg sanggup kata nak jadi tabligh kalau tok guru hadi tak jadi presiden disebabkan isu2 panas ni..
nampak sangt perjuangan depa ni nak selamatkan pemimpin2 pujaan depa dari parti..
falsafah depa, biar kalah di dunia, yg penting akhirat selamat tapi persoalannya dengan perangai huduh dan buduh macam ni selamat sangat ke depa kat akhirat nanti!!!
bingai!!!

Tanpa Nama berkata...

1. Idea UG memang wujud. Ia digagaskan oleh TGHA. Tp dengan menuduh adanya golongan pro UG yg kelihatan seolah nak bergabung dengan ubn - ini adalah satu yg silap.

2. Fahami apa itu UG. Ikuti kronology perihal UG ni dari awal. Ia telah ditutup sejak muktamar tahun lepas lagi. Isu2 lain yg kelihatan seolah2 pro UG tiada kaitan dengan UG yg telah berkubur, apetah lagi ia dimainkan oleh media ubn - adakah kita pun terikut rentak tarian mereka? TIADA pro UG dalam PAS.

3.Idea UG bukan bermaksud masuk/bergabung dengan umno. Ia adalah satu bentuk pemerintahan campuran tanpa campur aduk urusan parti dan pemerintahan. Fahami apa itu UG. Google sahaja.

4. Tidak pernah taksub kepada TGHA, even TGNA atau Tantawi atau Husam atau mana2 pemimpin. Oleh hanya kerana idea UG digagaskan oleh TGHA tidak bermakna taksub kepada TGHA. TGHA dan TGNA menjadi idola penyokong2 PAS seluruh negara. Saya lihat, apa yg berlaku, adalah sebab bilamana sesuatu isu yg timbul tidak dibincangkan dalam kelambu. Mungkin sukar nak angkat telefon, kemudian dial saja nombor individu terbabit, atau kredit prepaid dah habis? Atau wireless broadband signal strength low sangat sampai sukar sgt hantar email? Krisis keyakinan penyokong makin terhakis dengan melihat pimpinan atasan sendiri seolah bercakaran dengan membuat kenyataan diluar mesyuarah. Ini juga jadi bola tanggung kepada media ubn untuk manipulate isu, penyokong2 bawahan ini la yg berhempas pulas pertahan PAS dan perjelas kepada rakyat apa yg berlaku. Jika dalam jemaah sendiri wujud puak2, yg mana satu hendak dipertahankan?

-Mohd, Rusila - Mansoura, Egypt

Tanpa Nama berkata...

PAS kuat tido mcm pak lah jugak..
Ade harakahdaily, tapi maleh update.. nasib baik ade greenboc..:)

Tanpa Nama berkata...

Baca dan fahami. Suatu pandangan yg well-balanced. http://msomelayu.blogspot.com/2009/10/tazkirah-jumaat_30.html

-Mohd, Rusila - Mansoura, Egypt

param berkata...

anda kenalkah MSO?
kalau tak kenal tak payah nak advertisekan blog itu di sini.

Kebanyakan ahli PAS mengenali MSO - seorang blogger talam seratus muka.