24 Nov 2010

Rayuan Ditolak, Anwar Diarah Bayar Kos RM70k

Rayuan Anwar ditolak, diarah bayar kos RM70k

Hakim mempunyai budi bicara yang luas untuk menulis penghakiman mereka sama ada dalam bahasa Melayu ataupun Inggeris.

Dalam keputusannya hari ini, mahkamah Persekutuan juga menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas penghakiman Mahkamah Rayuan berhubung saman fitnah yang difailkannya ke atas manatn perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana ia ditulis dalam bahasa Inggeris. Namun penghakiman mahkamah rayuan juga dibuat dalam bahasa Inggeris.

Dalam menolak permohonan itu, Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria berkata alasan penghakiman tidak terdiri daripada bahagian penghakiman itu sendiri.

Beliau bagaiamanpun berkata pihaknya memandang serius penggunaan bahasa Melayu di mahkamah.

Hakim Arifin merujuk pekeliling yang dikeluarkan oleh bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hashim Yeop Sani, pada 1990 yang mana beliau berkata sekurang-kurangnya satu penghakiman mesti ditulis dalam bahasa kebangsaan.

Sehubungan dengan penghakiman hari ini, Anwar juga diarahkan membayar kos mahkamah sebanyak RM70,000, meskipun peguam Mahathir - VK Lingam memohon RM100,000.

Lingam berkata pengujian tanda aras mesti dibuat bagi permohonan kes-kes Mahkamah Persekutuan sambil merujuk kepada satu penghakiman di mana mahkamah rayuan bersetuju kos RM100,000 diberikan.

Anwar kelihatan agak geram dengan penghakiman hari ini.

"Dia (Lingam) adalah seorang jutawan. Saya kalah kes ini. Ini adalah peguam Mahathir, jadi macam mana boleh kita menang?” katanya di luar mahkamah.

Peguamnya, Karpal Singh berkata mereka sedang mempertimbangkan untuk membuat rayuan.

Keputuan ini dengan sendirinya membatalkan rayuan Anwar dalam kes saman malu RM100 juta yang dikemukakan ke atas mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dua lagi anggota panel hakim yang bersidang hari ini ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong dan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Suriyadi Halim Omar.

Pada 20 Oktober tahun lalu, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Anwar atas sebab teknikal kerana tidak menyediakan memorandum rayuan dalam bahasa kebangsaan, iaitu Bahasa Malaysia.

Peguam Anwar juga dikatakan tidak menandatangani memorandum tersebut dan oleh itu, ia menjadi cacat.

Anwar telah menyaman fitnah mantan perdana menteri itu berhubung kenyataan yang dibuatnya di satu sidang akhbar Suhakam. -mk

Ulasan GB

Dulu mungkin ramai yang kasihan dan simpati kepada Anwar. Sekarang rasa kasihan dan simpati itu sudah hampir pupus gara-gara perbuatan penipuan Anwar & The Gang di dalam pemilihan yang lalu, termasuk dari kalangan ahli PKR sendiri.

Sunnatullah itu sentiasa berjalan. What goes around turns around. You get back what you give. Kezaliman yang anda beri, anda nikmatinya semula.

Seandainya Anwar berlaku adil di dalam Pemilihan yang lalu, sepastinya Allah membantu memenangkannya di dalam kes-kes yang dihadapi.

Tetapi kamu, Anwar, sama zalim seperti UMNO, kini anda juga merasai kezaliman yang anda lakukan itu. Sungguh benar firman Allah s.w.t.

’Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka mengubah nasib diri mereka sendiri.’ (Surah Ar-Ra’d ayat 11)

GB pernah menulis di SINI

nak suruh gb serang anwar lagi selepas ini? insyaAllah, dengan izin dan bantuanNya, mudah sangat bagi gb lakukan

Dan kita ingin bacakan lagi ayat-ayat ini berulangkali kepadanya:

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tangan kamu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar dari kesalahan-kesalahanmu.” (QS. As Syura, 42 : 30)

Dan marilah kita berdoa beramai-ramai supaya kita sentiasa berada di dalam kebenaran dengan doa yang diajarkan oleh Nabi kita:

"Alahumma arinal haqqa haqqan, warnuqna tiba'ah
wa arinal bathila bathilan, warzuqnaj tinabah"


Ya Allah ya Tuhanku, tunjukkan kami kebenaran itu kebenaran dan pimpinlah kami ke arahnya dan tunjukkan kami kebatilan itu kebatilan dan pimpinlah kami untuk menjauhinya.


Apakah GB sudah bersetuju dengan institusi kehakiman sekarang? Itu persoalan yang lain. Itu adalah perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan yang berterusan yang telah diabaikan oleh Anwar dan para pengikutnya.

GB menulis di SINI:


Jika sistem kehakiman itu yang tidak adil, maka sistem kehakiman yang adillah yang kita perjuangkan, bukan Anwar yang perlu diperjuangkan.

Oleh itu kita jangan keliru.

Seorang mukmin sebenar tidak akan terpelosok ke lubang biawak dua kali, kata Nabi.

Ya, begitulah reformis dan blogger sebenar tidak akan tertipu dua kali.

Jika kita membela "keadilan" untuk Anwar maka keadilan itulah yang tertegak.

Sebaliknya jika kita membela "Anwar" untuk keadilan, "Anwar"lah yang tertegak.

Menegakkan Anwar belum tentu keadilan itu tertegak, jika menegakkan keadilan, insyaAllah Anwar boleh ditegakkan jika beliau buktikan bahawa beliau tidak bersalah.

Sekali lagi GB kata, jangan keliru.


Dan dengan doa yang GB bacakan itu tadi, setiap masa Allah s.w.t. Allah akan menunjukkan kebenaran dan membimbing kita untuk mendekatinya. InsyaAllah.


25 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"Sunnatullah itu sentiasa berjalan. What goes around turns around. You get back what you give. Kezaliman yang anda beri, anda nikmatinya semula."

Bro, ramai lagi org yg lebih zalim dan tak adil dari anwar..tapi masih bebas dan bersenang lenang.. dalam kes ni, adakah anda cuba mengatakan yg anwar itu lebih zalim dan tak adil dari mahathir? sebab tu anwar mendapat pembalasan lebih dulu dari mahathir?

wa bukan penyokong sesiapa, tapi wa dah banyak sgt baca kesimpulan yg mcm lu buat ni.. bila berlaku kat org yg kita benci, kita kata itu pembalasan tuhan, bila berlaku kat org yg kita suka, kita tak kata kesimpulan yg sama pun...

wa rasa manusia jadi lah manusia, jgn nak jadi tuhan pula.. terima kasih

Unknown berkata...

anon 8:41 menulis:

Bro, ramai lagi org yg lebih zalim dan tak adil dari anwar..tapi masih bebas dan bersenang lenang

Oleh kerana ramai yang lebih zalim dari Anwar maka Anwar tidak perlu ditegur dan dihukum?

Anda menulis lagi:

dalam kes ni, adakah anda cuba mengatakan yg anwar itu lebih zalim dan tak adil dari mahathir? sebab tu anwar mendapat pembalasan lebih dulu dari mahathir?

Mahathir telah pun menerima pembalasan dan mungkin akan terima nya lagi. GB telah pun mengingatkan Mahathir lebih awal daripada orang lain, cuma anda tidak mengikutinya.

bila berlaku kat org yg kita benci, kita kata itu pembalasan tuhan, bila berlaku kat org yg kita suka, kita tak kata kesimpulan yg sama pun

Sebutkan siapa yang GB suka tetapi GB tak buat kesimpulan yang serupa?

Hey kamu, GB lakukan berpandukan kepada apa yang telah GB doakan sebelumnya iaitu memohon petunjuk Allah agar dia memaparkan kebenaran itu sebagai kebenaran dan kebatilan itu sebagai kebatilan. Kamu? Apa dasar kamu?

wa rasa manusia jadi lah manusia, jgn nak jadi tuhan pula

Yang ingin menjadi Tuhan ialah pemimpin yang kamu agong-agongkan, Anwar Ibrahim namanya yang pandai-pandai untuk mengatur siapa untuk jawatan apa di dalam partinya dengan membelakangkan konsep mesyuwarah sehingga sanggup melakukan penipuan demi penipuan untuk menjadi PM.

Dan apakah anda tidak yakin dengan ayat Allah yang menyatakan bahawa apa pun musibah (kecelakaan) yang menimpa ke atas manusia adalah hasil perbuatan manusia itu sendiri?

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tangan kamu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar dari kesalahan-kesalahanmu.” (QS. As Syura, 42 : 30)

Tanpa Nama berkata...

Bro..wa tak agungkan sesiapa pun hatta 'yg di petuan agung'..(wa rasa syirik lak kalau sebut ayat tu) tak da manusia agung. Apatah lagi org politik kat malaysia ni. Wa tak amik pot sesen pun tubuh badan diorang. wa cuma tgk apa yg diorang leh buat je. Dia datuk ke, tun ke, ustaz ke..songkok seratus tingkat ke, serban 87 tingkat ke, wa tak peduli. Yg wa komen kat atas tu, cuma cara kita, melayu muslim , suka buat kesimpulan mudah. Muallaf macam wa ni, duk baca kesimpulan mcm tu, rasa nak tergelak pun ada, rasa sedih pun ada. berapa banyak org jahat kat dunia ni, toksah cerita mahathir ngan anwar lah.. tak yah kira israel ngan amerika yg kita duk kutuk hari2.. wa masih tgk org2 yg pernah tipu wa, buat naya kat wa, masih berlabon hidup mewah anak beranak..siap pegi haji lagi.

Bro... betul:
“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tangan kamu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar dari kesalahan-kesalahanmu.” (QS. As Syura, 42 : 30

tapi wa harap lu pun pernah dengar perkataan ni:
"wallahu a'lam bis sawab"

siapa kita nak bicara ilmu tuhan? Lu sendiri pun salah tafsir wa punya comment.. kalau tak, takkan lu boleh buat kesimpulan anwar tu wa punya pemimpin agung.. betul tak?

haha.. tak pa bro.. sedar atau tidak, kita semua hanyalah pengembara.. kita terus mencari..apa tah lagi muallaf macam wa ni.. jauh lagi perjalanan nya.

Unknown berkata...

Saranan saya:

pergilah belajar lagi dan perdalami ilmu agama.

Tulisan sdra menampakkan yang anda masih banyak perlu belajar.

Saya sukar untuk menerangkan di sini sesuatu yang tidak akan difahami oleh sdra kecuali sdra telah melaluinya.

Hujjatul Islam Imam Ghazali pernah menyatakan: "ada perkara yang boleh diungkapkan di alam syahadah, ada perkara yang diharamkan terus daripada menyatakannya".

Terus belajar tetapi nasihat saya carilah guru yang mursyid sebagai pemandumu.

Tanpa Nama berkata...

Mungkin la org2 yang sibuk melayari internet tak belajar agama secara mendalam macam GB. Tapi apa yg sy tengok, bila dah benci, keluar la segala macam ayat untuk hentam. Bila suka pulak, keluar segala macam ayat untuk sokong. Kalau kita ni ada pengetahuan agama, tapi hujah kita didorong oleh rasa benci, apa pulak hak kita suruh orang mendalami bidang agama lagi? Mungkin kita sendiri yang perlu betulkan diri kita. Apa yang saya nampak, kebelakangan ni, apa saja musibah yang menimpa Anwar, GB akan jadi orang paling gembira untuk memulangkan paku buah keras. Saya rakyat biasa. Mungkin takde blog yg berpengaruh macam GB. Tapi ingatlah pada Allah bila kita mengkritik. Jika kita biarkan kebencian dan kemarahan menguasai pemikiran kita, kelak tindakan kita akan didorong oleh syaitan. Kami yang pembaca ini sentiasa memerhati dan menilai walaupun kami tidak belajar agama tinggi.

Tanpa Nama berkata...

terima kasih bro.. org malaysia pun panggil wa muallaf... cuma untung nya, wa ucap syahadah dulu baru wa datang malaysia.. kalau wa datang malaysia dulu, munkin wa tak ucap syahadah langsung tengok perangai Muslim kat sini..... mmg perjalanan wa masih jauh.. tp wa tak nampak destinasi pencarian wa akan berakhir di bumi Malaysia ni.. wa belum jumpa sesiapa yg sudi memandu dengan bijaksana.. kebanyakan pertanyaan di jawab dgn hinaan dan gelak tawa. Wa pakai baju cheongsam pegi sembahyang jumaat pun diorang kutuk wa, tanya wa pwgi mwsjid kw pegi tok kong? anak bini wa nak tumpang tandas kat mesjid pun, kena halau sebab rupa diorang mcm cina tongkang.. kata org kat mesjid tu.
Insyallah wa akan jumpa guru mursyid tu suatu hari nanti. Doa kan wa bro. amin

Unknown berkata...

Anon 10:02

Apabila Allah telah menunjukkan kebenaran, maka ikutlah. Jangan berdalih lagi. Ia bukan soal pulang paku buah keras.

Benci orang beriman adalah benci kerana Allah - berbeza benci orang yang masih bernafsu dunia.

Seperti seorang blogger dahulu yang menghentam GB iaitu AT. Akhirnya apa kesudahan hamba Allah itu? Namun GB telah lama memaafkannya kerana beliau masih dalam perjalanan.

Tentang Anwar, huh, apa yang GB hendak katakan lagi apabila beliau sendiri yang telah besar panjang, diberikan Allah kesempatan dan kebaikan, tetapi masih terus ingin mengulang-ulang kesalahannya? (GB tak perlu untuk ungkit apa kesalahannya - namun orang beriman akan segera mendapat "hikmah" dari Allah tentang kesalahan2nya itu)

Kerana itu jika kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga. Maaf, mungkin bunyinya angkuh, namun kebenaran tetap kebenaran. GB yakin setiap perbuatan GB sendiri dan bertanggungjawab setiap tulisan GB. Itulah namanya perjuangan yang haqqul-yakin. Jika tiada sampai disitu jgn bicara soal perjuangan kerana perjuangan memerlukan keyakinan yang hakiki!

Tanpa Nama berkata...

Salam bro.... ingat kah kita dimana kita sebelum adanya saudara anwar... kita, pas dan pembangkang mungkin masih di takuk lama dan mungkin lebih teruk di tindas dan dinafikan hak sehingga hari ini... setiap manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. jika bro rasa beliau telah melakukan kesilapan tidahkah dapat sekiranya bro bermaafan kerana inyanya amat mulia di sisi agama islam. bukankah menewaskan bn adalah menjadi matlamat utama kita semua dan percayalah jika tanpa saudara anwar matlamat kita ini masih terlalu jauh untuk dicapai..... saya bukan orangnnya yg sanggup masuk penjara, difitnah, dicela atau dinafikan hak keadilan. mengapa tidak kita menghargai atau sekurang2nya memberi sedikit sokongan kepada insan yg sanggup menempuhi semua ini demi kemakmuran negara kita yang tercinta. jika tidak mahu merhargai pon sekurang-kurangnya renungkanlah pengorbanan yang telah beliau berikan..... wassalam...

Unknown berkata...

Sdra 1:05

Sebelum adanya Anwar, PAS lebih aktif dan pernah menjadi Ketua Pembangkang pada 1999. Anwar ketika itu dipenjara, mengharap belas rakyat marhaen berdemo untuknya. Anwar ketika itu mengharapkan PAS dan DAP berjuang untuknya. PAS dan DAP melakukan yang terbaik untuknya.

Kemudian anda meminta "tidakkah dapat sekiranya bro bermaafan kerana inyanya amat mulia di sisi agama islam."

Saya mahu tanya skrg: sejak bila beliau insaf dan meminta maaf?

Oleh kerana memberi maaf sebelum beliau berhenti dan insaf menyebabkan beliau sentiasa akan mengulangi kesalahannya itu tanpa rasa takut.

Seperti penipuan di dalam pemilihan yang lalu, ditunjukkan dengan jelas laporan penipuan, tetapi tidak terlintas pun pada dirinya untuk insaf, malah meneruskan pemilihan yang jijik dan kotor itu.

Anda merayu saya mengapa tidak kita menghargai atau sekurang2nya memberi sedikit sokongan kepada insan yg sanggup menempuhi semua ini

Wahai sdra, sayalah orang pertama yang membelanya sewaktu beliau diheret dipenjara. Begitu juga masyarakat Kampung Kerinchi. Kami sanggup berdepan dengan segala-galanya kerana mendapatkan pembelaan untuknya. Tetapi seperti yang kita kenali Anwar bukan yang tahu berterima kasih. Itu pun saya tak kisah. Tetapi selepas Pemilihan ternyata saya tidak boleh memaafkannya lagi apabila beliau sendiri terlibat mengaturkan penipuan..

Pengorbanan beliau? Saya rasa Tuhan telah membayarnya dengan byk, namun beliau tidak bersyukur, malah masih terus melanggar batas-batas Allah dan RasulNya. Penipuan beliau di dalam Pemilihan PKR tempohari adalah contoh yang nyata. Beliau perlu bertanggungjawab hal itu.

PAS dan DAP menjadi mangsa penipuannya di dalam pembahagian kerusi pilihanraya 2008.

Dan bagi orang beriman, kami tidak akan terjerat di dalam lubuk biawak dua kali.

Anwar boleh jumpa saya untuk jelaskan segala-galanya kerana GB tidak akan berhenti dari berdoa agar Allah menunjukkan kebenaran itu kebenaran, kebatilan itu kebatilan.
wassalam.

Tanpa Nama berkata...

benar kata2 bro Sebelum adanya anwar, PAS lebih aktif dan pernah menjadi Ketua Pembangkang pada 1999. tp soalan saya di takuk mana, apakah kekuatan pas itu lebih gagah atau sekurang-kurangnya gagah seperti sekarang. saya tidak percaya dengan skandak pemilihan lepas.. sebab mungkin saya tidak terlibat secara langsung kerana jarak. saya amat menghargai jasa bro gb selama ini tp apakah sama jasa2 kita di luar ini dengan jasa2 beliau yg sanggup meringkuk didalam.. sanggup dicela dan sebagainya.... saya percaya bro lebih arif tntang pengorbanan beliau.... setujukah bro pr akan memerintah dengan lebih baik adil dan makmur untuk rakyat malaysia... jika ya kenapa bro cuba melemahkan kekuatan kita yang sedang marak ini... wassalam

Unknown berkata...

Sdra

apakah kekuatan pas itu lebih gagah atau sekurang-kurangnya gagah seperti sekarang.

Gagah atau lemah bukan diukur dengan faktor manusiawi. Hakikatnya ia semua adalah dari Allah s.w.t. dan perbuatan Allah tidak terikat dengan apa faktor sekalipun apa tah lagi faktor Anwar.

Kemungkinan tanpa Anwar, PAS lebih gagah dan telah menjadi pemimpin PR kerana telah diketahui umum, PKR menipu dnegan kononnya keadlian yang beratus ribu orang itu untuk mendapatkan kerusi yang banyak semasa pilihanraya 2008 yg lalu. PAS mungkin telah menang lebih byk kerusi parlimen dan DUN jika PKR tidak mengambil kerusi-kerusi yang dulunya milik PAS seperti Kulim BB dan seumpamanya.

apakah sama jasa2 kita di luar ini dengan jasa2 beliau yg sanggup meringkuk didalam.. sanggup dicela dan sebagainya

Setiap manusia ada ujian/hukuman yg dilalui. Terlantar di hospital, meringkuk dalam penjara, kehilangan anggota keluarga dan seumpamanya. Ia adalah dari Allah s.w.t.

Kita tiada hak untuk persoalkan kerja Allah spt: kenapa Allah masukkan Anwar ke penjara?

Allah berfirman "Laa yus'alu 'ammaa yaf'alu wa hum yus'aluun", Allah tidak ditanya tentang apa yang diperbuatNya, tapi merekalah, manusia, kita yang akan ditanya tentang apa yang kita perbuat.

PR lebih buruk dengan berkepimpinankan DSAI sekarang ini. Terlalu banyak pendistaannya, terlalu banyak penipuannya yang akan terbongkar.

jika ya kenapa bro cuba melemahkan kekuatan kita yang sedang marak ini

GB melihat meletakkan Anwar sebagai pemimpin PR adalah amat merbahaya jika PR berjaya ke Putrajaya. Beliau akan sanggup menipu rakan-rakannya di dalam PR dulu, kini dan akan datang. Jika di dalam partinya tanpa jawatan rasmi pun beliau boleh menipu, apa tah lagi PR. Sebelum PR tertipu lagi, beliau perlu disedarkan dan diinsafkan bahawa bukan semua orang boleh diperbodohkan.

Lim Kit Siang sendiri sudah ragu-ragu dengan kepimpinan DSAI dengan meminta PKR membetulkan perjalanan partinya. TGHH juga telah pun menyuarakan bahawa PAS tidak mahu diperkotak-katik mudah-mudah lagi, PAS perlu memimpin dan PAS tidak mahu kezaliman berterusan.

Terbaru, Dr Rafick Khan menyatakan bahawa PAS perlu ambil-alih meeraju PR kerana menurut beliau:

"Between jumping frogs, sex scandals and non performing ADUN’s and MP’s from PKR, I think it is time that PR supporters and voters at last GE demands that a greater seat allocation is given to PAS and DAP. From a moral and acceptable values proposition, I believe both DAP and PAS are far more ahead. PKR cannot be made the leader in running PR until they do things honorably. At the moment PAS elected reps do not suffer from “diseases” that is afflicting the PKR elected reps.


PAS should now take control of PR. They need to work with DAP and educate the non Muslim that there is nothing to fear about PAS. Most of PAS elected members are professionals in their own rights. Many are doctors, engineer and lawyers. This people are open-minded and yet they are steadfast to the values of Islam which carries the universal values of human rights."


Lebih baik lewat sedikit ke Putrajaya daripada gopoh kemudian ditipu dan tertipu oleh orang itu.

Tanpa Nama berkata...

Kesimpulannya GB ni orang nya Hipokrit dan talam dua muka.. Menyampah aku baca ulasan-ulasan sial nya ni... Puiihhhh... Dasar musuh dalam selimut....

Unknown berkata...

Anon 8:58

Jika anda tidak mampu berhujjah, lebih baik berdiam diri daripada anda menyumpah dan memaki dengan perkataan "sial" dan seumpamanya. Ia hanya dilakukan oleh orang yang tidak beriman.

Kerana perbuatanmu itu lebih banyak mendatangkan pahala untuk saya dan dosa untuk sdra sendiri.

Tanpa Nama berkata...

(PAS mungkin telah menang lebih byk kerusi parlimen dan DUN jika PKR tidak mengambil kerusi-kerusi yang dulunya milik PAS seperti Kulim BB dan seumpamanya.)

Bukankah itu diatas kemaufakatan semua, kemaufakatan ketua2 kita, kenapa kita perlu mempertikaikan keputusan ketua kita sedangkan perkara yang lebih utama iaitu mengalahkan bn adalah lebih utama.... juga kerusi2 yang lain bukankah pkr telah membantu untuk memenangi walhal dahulunya tidak pernah dimenangi pembangkang mahupun pas.

(Setiap manusia ada ujian/hukuman yg dilalui. Terlantar di hospital, meringkuk dalam penjara, kehilangan anggota keluarga dan seumpamanya. Ia adalah dari Allah s.w.t.
Kita tiada hak untuk persoalkan kerja Allah spt: kenapa Allah masukkan Anwar ke penjara?)

Tidak pernah saya mempertikaikan ketentuan Allah. Tetapi saudara juga maklum Allah memerintahkan kita supaya berusaha untuk mengubah nasib atau suatu ketentuan. Firman Allah yang bermaksud: “Tidak akan Ku ubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubahnya sendiri.” Setujukah saudara jika saudara anwar memilih untuk mengangguk dan hanya mementingkan diri sendiri maka tidak akan pernahlah dia masuk penjara dan masih menikmati segala kemewahan dunia sehingga sekarang.

(GB melihat meletakkan Anwar sebagai pemimpin PR adalah amat merbahaya jika PR berjaya ke Putrajaya. Beliau akan sanggup menipu rakan-rakannya di dalam PR dulu, kini dan akan datang. Jika di dalam partinya tanpa jawatan rasmi pun beliau boleh menipu, apa tah lagi PR. Sebelum PR tertipu lagi, beliau perlu disedarkan dan diinsafkan bahawa bukan semua orang boleh diperbodohkan.)

Adakah meletakkan Anwar sebagai pemimpin lebih merbahaya berbanding dengan pemimpin Negara yang sedia ada sekarang. Jika tidak renung2kan lah.........
Maaf kan saya dunia akhirat andai ada tersilap atau terkasar... saya hanyalah hamba yang kerdil.... wassalam.

Unknown berkata...

Saya ada satu soalan.

Mengapa penyokong PKR dan Anwar tidak berani memberikan nama sebenar ? Mengapa kamu begitu bacul dan pencecut berlindung disebalik "Anonymous" ?

Bagaimana untuk berlawan dengan jentera BN jika dengan GB pun kamu begitu pencecut sekali ?

Tanpa Nama berkata...

Sekadar mencelah, walaupun DSAI sudah begitu hina di mata GB sekarang, mengulas tentang Pilihanraya Umum 1999, kemenangan Barisan Alternatif adalah disebabkan pemecatan Anwar dan kebangkitan rakyat yang marah akibat penganiayaan terhadap Anwar.

Tahun 2004, Anwar tidak aktif dalam politik. Rakyat kembali kepada BN tidak kira mcm mana baik pun Barisan Alternatif ketika itu.

Tahun 2008, Anwar telah bebas tetapi tak bertanding. Beliau bergegas ke sana sini meyakinkan rakyat sehingga Barisan Alternatif berjaya menafikan majoriti 2/3 BN di Parlimen dan membentuk Pakatan Rakyat. Beliau juga membantu menyambungkan semula DAP dan PAS yang telah putus hubungan sejak 1999.

Saya tidak nafikan bahawa banyak sifat Anwar yang negatif. Tapi kita juga tidak boleh menafikan sumbangan beliau dalam lanskap politik Malaysia.

Semata-mata kerana pemilihan PKR, kita memaki-hamun beliau dengan begitu teruk sekali, lebih teruk daripada kebencian terhadap prinsip politik BN. Adakah kejahatan BN selama 50 tahun ini kurang teruk berbanding apa yang Anwar lakukan?

Persoalannya, adakah kita boleh sampai ke tahap ini jika Reformasi 1999 tidak berlaku atau Anwar tidak terlibat membantu kempen 2008?

Jika sekarang beliau menuju ke arah yang salah, kenapa tidak kita usahakan satu memorandum dari rakyat untuk menyedarkan beliau yang rakyat tidak dapat menerima pemilihan yang kotor seperti baru-baru ini. Tapi janganlah kita menghentam sampai Pemimpin kita pun dipandang hina oleh masyarakat.

Kita tidak boleh bersikap perfectionist. Jika kita terus menerus menjahamkan usaha kita sendiri, mana mungkin rakyat akan mendapat kemenangan dalam Pilihanraya Umum yang akan datang?

PAS pun sekarang tidak berada dalam kedudukan yang baik. Sejak Pilihanraya Umum 2008, Pemimpin2 yang dahulunya nampak bertenaga, kini semakin lemau. Apa sudah jadi? Jika ini berterusan, kita akan kalah teruk nanti.

Kita bukan hidup dalam sindrom penafian. Benarlah bahawa kita hendaklah berkata benar walaupun pahit. Tapi kita juga ada adab2 yang perlu dijaga. Jangan fikir jika kita tulis artikel2 menghentam seperti ini, orang2 seperti Anwar, Azmin dan Saifuddin itu akan berubah. Yang akan berubah adalah rakyat yang tidak akan percaya lagi kepada Pakatan Rakyat.

Mungkin cita-cita untuk melihat Malaysia ini dirahmati dan hidup dalam suasana keadilan hanyalah cita-cita kosong.

Unknown berkata...

Anon 11:24

Sdra menulis

Bukankah itu diatas kemaufakatan semua, kemaufakatan ketua2 kita, kenapa kita perlu mempertikaikan keputusan ketua kita sedangkan perkara yang lebih utama iaitu mengalahkan bn adalah lebih utama

Itu sebab kali ini kita tidak mahu pemimpin-pemimpin kita tersilap lagi. Malah TGNA sendiri pernah tersilap memberikan kerusi Pasir Mas kepada Ibrahim Ali.

Nabi bersabda: "Umat islam tidak akan termasuk lubang biawak dua kali" ertinya PAS tidak boleh ditipu lagi setelah dahulunya ditipu oleh orang itu.

Tulisan di blog ini sekadar cuba membuka mata mana-mana pemimpin PAS yang ada kuasa di dalam merunding pembahagian kerusi supaya tidak lagi mudah bermuafakat dengan terlalu banyak tolak ansur sehingga tertipu.

Setujukah saudara jika saudara anwar memilih untuk mengangguk dan hanya mementingkan diri sendiri maka tidak akan pernahlah dia masuk penjara dan masih menikmati segala kemewahan dunia sehingga sekarang

Masuk penjara itu hal dia. Kalau tak bersalah tak dipenjarakan. Orang itu sepatutnya perlu insaf, perlu belajar, perlu bertaubat, perlu mensucikan dirinya dan perlu bertaqarrub kepada Allah s.w.t.

Jika ternyata BN benar2 zalim, sepastinya BN akan terima, akibatnya TETAPI dengan syarat Anwar sendiri perlu lakukan seperti yg GB nyatakan di atas.

Tetapi apa yg berlaku Anwar semakin galak. Berjoget di Ijok. Islamikkah itu? Menipu di dalam Pemilihan. Islamikkah itu?

Maka jika Allah, RasulNya dan sekalian orang beriman tidak lagi bersimpati kepadanya, maka itu salahnya, bukan salah orang beriman, malaikat, bukan salah Tuhan.

Wallahu 'alam

Unknown berkata...

Anon 11:51 menulis:

Tapi kita juga ada adab2 yang perlu dijaga. Jangan fikir jika kita tulis artikel2 menghentam seperti ini, orang2 seperti Anwar, Azmin dan Saifuddin itu akan berubah.

Dia tak nak berubah itu dia punya pasal. Tanggung sendiri dosa penipuan dan sebagainya.

Tugas kita ialah menyeru dan menyampaikan.

Adab - sekarang ini, adab perjuangan di alam siber. Bukan adab terhangguk2 seperti dulu.

Pemimpin tak beradab, yang menipu, perlu segera dihapuskan.

Tanpa Nama berkata...

To Bro Sithy, saya memakai anonymous sebab saya percaya pendapat itu yang penting untuk dinilai, bukan diri saya yang perlu dikenali. Ada nama atau tidak, bukanlah perkara yang penting dan bukan bermaksud pengecut. Jika seorang yang tidak kita kenali cuba menasihati kita dengan perkara yang baik, adakah itu satu masalah yang besar?

Tanpa Nama berkata...

GB, kenapa tidak quote ayat saya selepas itu?

"Yang akan berubah adalah rakyat yang tidak akan percaya lagi kepada Pakatan Rakyat"

Adakah anda mengambilkira perkara ini bila anda menetapkan sendiri adab perjuangan di alam siber itu?

Kita tidak perlu "terhangguk2" untuk beradab. Tapi kita perlu ada cara yang lebih baik untuk menjaga maruah jemaah kita.

Saya lihat sekarang usaha anda sekarang lebih kepada untuk "menghapuskan" pemimpin PKR dan segolongan pemimpin PAS. Apa sudah jadi dengan tujuan asal? Sudahkah anda terlupa dengan BN? Lepas orang2 yang anda hentam di sini tiada lagi dalam lanskap politik negara, adakah PR akan menang dan rakyat akan mendapat keadilan?

I'm fighting so hard for Barisan Alternatif or Pakatan Rakyat, not to end up becoming a person who destroy my own effort.

Unknown berkata...

Anon 12:23 menulis lagi

"Yang akan berubah adalah rakyat yang tidak akan percaya lagi kepada Pakatan Rakyat"

Saya tak quote kerana itu hanya persepsi kamu.

Pimpinan PKR sendiri dengan perlakuannya yang tidak baik seperti menipu di dalam Pemilihan menyebabkan rakyat tidak percaya kepada PR.

Itulah sebab mengapa GB tentang habis-habisan sikap "menipu" yang ada di kalangan pimpinan parti itu.

Laporan banyak diberikan tetapi tiada satu pun tindakan diambil.

Anda ingin orang seperti itu memerintah anda apabila kita ke Putrajaya?

Tanpa Nama berkata...

Semua yang diluahkan di sini adalah persepsi. Hakikatnya adalah seperti yang disebutkan. Makin lama rakyat makin hilang kepercayaan kepada Pakatan Rakyat apabila Pemimpin-Pemimpin PR terus menerus dihentam oleh penyokongnya sendiri.

Tiada siapa mahukan penipu menang dan memimpin kita di Putrajaya. Tetapi menghentam begini akan memberi persepsi yang mudah pada masyarakat seperti, "mungkin apa yang saudara Ezam dan Zahrain kata selama ni betul".

Jika mereka sudah berkeyakinan begini, sia-sialah usaha kita selama ini. Pada pendapat saya, daripada GB terus menghentam begini, baik cadangkan saja pada pimpinan PAS untuk memutuskan hubungan dengan PKR. Biarlah Allah tentukan jalan seterusnya. Asalkan kita bukan orang yang merosakkan usaha kita sendiri.

assalam berkata...

anon di atas,
Tahukah anda bahawa persepsi juga boleh berlaku bila "dengan pembersihan dilakukan terhadap PKR maka rakyat akan lebih yakin dan lebih tertarik" daripada terus membiarkan PKR dalam keadaan yang ada pada hari ini?

Persepsi apa yang ada di kalangan rakyat kini terhdp PKR?

P10% sahaja dari ahli mereka keluar mengundi. Mandat apanya jika hanya 10%?

Saya setuju dengan cara GB berhujjah iaitu menerangkan pihak yg keliru terhadap pendiriannya dan kini saya amat jelas bahawa PKR perlu dibersihkan sebelum rakyat tolak PR secara keseluruhannya.

Tanpa Nama berkata...

Inilah perangai orang kita. Bila suka dipuja melambung tinggi. Bila dah tak suka dibenci habis hingga tak nampak langsung kebaikan. Guna ayat quran untuk justifikasi berhujah tapi ego diri mengatasi segalanya.

Tanpa Nama berkata...

Di sini biarlah saya perbetulkan sedikit tafsiran ayat iaitu " Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mnsyukuri rahmat yang telah dituruhkan kpdnya" dan ia bekait rapat dengan tafsiran satu ayat " sekiranya kamu bersyukur, maka aku akan tambahkan lagi tapi sekiranya kamu kufur, azab Allah amatlah dahsyat" al ayat.
Wallahu'alam.