26 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : SPRM Ada Agenda Politik Sendiri Tuduh Exco Selangor

Ean Yong Hian Wah, ADUN Seri Kembangan hari ini berasa kesal dengan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menuduhnya dan mendiang Teoh Beng Hock membuat tuntutan palsu dalam Inkues hari ini.

Ini berikutan empat dokumen tuntutan dan sebutharga kerja yang sudah dikemukakan kepada Inkues semalam, tidak disemak dan diteliti dahulu sebelum sebarang tuduhan dilemparkan.

“Mohd Anuar mengaku bahawa dia tidak pernah melihat gambar-gambar dan tuntutan-tuntutan yang diserahkan oleh peguam saya Salim tadi. Ini telah membuktikan bahawa tuduhan zalim mengenai Teoh Beng Hock dan saya membuat tuntutan palsu adalah tidak berasas langsung”, katanya pada pemberita.

Beliau bercakap kepada pemberita dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat exco di Ibu Pejabat Kerajaan Negeri Selangor, Shah Alam petang tadi.

Ean berkata semua dokumen tersebut diperolehi dari komputer riba Teoh yang dicetak oleh pembantu Pemangku Penguasa Kanan SPRM, Mohd Anuar Ismail.

Dokumen yang dikemukakan SPRM itu boleh dipersoalkan apabila ianya tidak ditandatangani dan dicop secara rasmi oleh mana-mana pihak, yang turut tidak pernah dilihat Ean Yong sebelum ini.

Dua dokumen tuntutan adalah kepunyaan Syarikat Aris dan Fizami Construction manakala dua sebutharga kepunyaan MKMN Enterprise dan MA Bina Melor Enterprise .

Menurut peguam Ean, empat dokumen tuntutan dan sebutharga tersebut boleh diperolehi melalui satu blog hitam yang tidak dikenali dan bukan sahaja dari pejabat SPRM.

Ean turut memberitahu sebelum ini SPRM telah menyerbu pejabat-pejabat daerah yang berkaitan dan merampas segala dokumen mengenai peruntukan kawasannya.

Ini berikutan semua dokumen dan gambar yang Ean serahkan kepada Inkues hari ini merupakan dokumen sama yang disimpan di pejabat-pejabat daerah masing-masing.

Ini jelas menunjukkan SPRM mempunyai agenda politik sendiri bukan sahaja mahu mengalihkan pandangan tanggungjawabnya ke atas kematian Teoh Beng Hock, tetapi juga mahu menjatuhkan imej parti DAP dan Pakatan Rakyat.

Ean mahu SPRM perlu berhenti untuk terus menjadi alat bagi UMNO-Barisan Nasional untuk melaksanakan rancangan merampas kuasa di negeri Selangor.

Sementara itu Mahkamah Majistret telah mengarahkan supaya semua keterangan yang mendedahkan penglibatan tujuh syarikat yang menunjukkan berlakunya penyelewengan wang peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor dalam beberapa projek palsu dipadam daripada rekod mahkamah.

Malah mahkamah juga mengarahkan supaya semua dokumen dan beberapa bukti sokongan terhadap pendedahan tersebut supaya tidak dirujuk semasa prosiding inkues kematian pembantu politik seorang exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Koroner Azmil Muntapha Abas turut mengeluarkan perintah supaya keterangan-keterangan mengenainya juga tidak dilaporkan oleh pihak media.

"Bagi tujuan inkues, saya berpendapat adalah relevan untuk membawa masuk bukti yang menunjukkan keadaan fikiran si mati, tetapi skop hanyalah kepada dokumen rakaman percakapan si mati dan eksibit berkaitan.

"Untuk hari ini, apa-apa yang melampaui skop tersebut adalah terpadam dari rekod mahkamah," kata koroner.

Bagaimanapun sebelum itu peguam yang mewakili keluarga teoh, Gobind Singh Deo membantah pendedahan penglibatan tujuh syarikat berkenaan dengan alasan maklumat tersebut terkeluar daripada skop inkues yang hanya membenarkan empat dokumen berupa invois yang dicetak daripada komputer riba milik Teoh untuk dibangkitkan.

Gobind dengan lantang mencabar pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membekalkan semua dokumen yang berkaitan agar pihaknya dapat menjawab mengenai pendedahan tersebut.

"Semalam kita telah diberitahu secara jelas bahawa soalan-soalan yang akan dikemukakan hanya menjurus kepada empat invois itu sahaja, tapi apa yang berlaku hari ini seolah-olah SPRM hendak mendedahkan semua bukti siasatan mereka. "Saya mahukan perintah mahkamah sekarang untuk menangguhkan prosiding ini supaya kami dibekalkan dengan semua dokumen dan jadikan prosiding inkues ini sebagai perbicaraan rasuah Teoh Beng Hock," tegas Gobind.

Ulasan GB

Sepertimana yang GB ulas sebelum ini, pegawai dan peguam SPRM lansung tidak menghomati bulan Ramadhan apabila sanggup melakukan pendustaan semata-mata untuk menjayakan konspirasi mereka. Namun kita tidak pernah gentar dengan mereka kerana kita yakin Ayat Allah yang berbunyi:

Sambil bersikap sombong takbur di muka bumi dan berusaha merancangkan rencana-rencana yang jahat, sedang rencana yang jahat itu tidak akan menimpa kecuali ke atas orang yang merancangnya sendiri. Fathir :43


1 ulasan:

org memali berkata...

Terjemahan ayat di atas wajar dihayati olih semua dan bukan golongan tertentu shj .Kebenaran akan muncul akhirnya . Jgn risau . Cuma adakah kita sanggup dan berani menerima kebenaran ! .Hanya golongan yg yg telah dihitamkan hatinya sukar menerima kebenaran . Dan ingatlah azab Allah itu amatlah pedih.