26 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Radzhi Dicabar Tanding Tiket BN

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Lunas, Mohd Radzhi Salleh yang mengisytiharkan dirinya keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dicabar supaya meletak jawatan dan bertanding semula di kawasan itu atas tiket Barisan Nasional (BN) jika beliau benar-benar yakin dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengerusi Biro Latihan PKR Kedah, Ir Zamri Yusuf berkata, Mohd Radzhi seharusnya tidak lupa beliau memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-12 tahun lalu dengan undian rakyat atas tiket PKR sebagai bukti pengundi DUN Lunas meyakini kepimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Apabila dia sendiri sudah tidak yakin kepada PKR dan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR), dia sepatutnya serahkan semula mandat kepada rakyat dan bertandinglah atas tiket BN.

“Saya takut dia yang tidak berani buat begitu kerana sekarang BN sememangnya mengelak pilihan raya kecil termasuk memberikan pelbagai alasan untuk mempertahankan kerusi DUN Kota Siputeh kerana rekod menunjukkan kemenangan sering berpihak kepada PR pada hampir semua pilihan raya kecil,” katanya.

Ir Zamri yang juga bekas Pengerusi PKR Kedah berkata, kenyataan terbuka Mohd Radzhi menyatakan sokongan kepada kepimpinan kerajaan Najib adalah intipati sebenar mengapa beliau meninggalkan perjuangan bersama PKR yang pernah menjulang namanya kepada seorang menteri di peringkat negeri.

Menurutnya, sebab sebenar Mohd Radzhi sanggup meninggalkan perjuangan bersama PR hanya akan diketahui tidak lama lagi.

“Kita tunggu sahaja episod seterusnya. Apa yang membuatkan beliau sanggup menjadi Wakil Rakyat Bebas di Kedah, asalkan bersama dan menyokong Najib,” katanya.

Ir Zamri berkata, Mohd Radzhi sepatutnya belajar daripada pengalaman dua rakannya, iaitu bekas Exco Perak, Jamaludin Mohd Radzi dan Osman Jailu yang ‘terperangkap’ hasil siasatan berkaitan rasuah.

“Mungkin perangkap ini menyebabkan beliau tertekan dengan siasatan SPRM, serta kemungkinan berdepan tindakan undang-undang dan masalah perkahwinan. Tambahan pula, SPRM semakin digeruni selepas siasatan kes kematian Teoh Beng Hock,” katanya. -SH

1 ulasan:

perakkome berkata...

kalau radzi letak jawatan tunggu le 5 tahun lagi bru boleh bertanding...
mampus le x berduit