13 Jan 2010

Kebebasan Media Dicabuli, Polis Ugut Wartawan (updated)

Kebebasan media sekali lagi dicabuli apabila wartawan Suara Keadilan diugut polis ketika membuat liputan ke atas keluarga mangsa pembunuhan kejam 4 beranak di Gemencheh, Negeri Sembilan, petang kelmarin.

Kejadian berlaku jam 3.30 petang apabila wartawan Abdul Qayum Abd Rahman, dihampiri 10 individu yang disyaki anggota polis merampas nota dan rakaman liputan.

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin bersama Ketua Editor Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib, hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam mengiringi Qayum membuat laporan.

"Saudara Qayum diganggu, laporannya dikoyakkan, gambar-gambar yang diambil diminta dipadamkan. Jadi ini merupakan tindakan-tindakan yang tidak berperikemanusian dan tidak menurut kebebasan media sepertimana yang dijamin dalam negara ini. Saya merasa marah dengan sikap ini dan mendesak pihak polis untuk menyiasat perkara ini. Dan pada kita apapun alasan yang akan diberikan kebebasan media itu harus dijamin,"katanya.

Kelmarin, Angkatan Muda Keadilan dan akhbar Suara Keadilan ke Gemencheh bertujuan mendapatkan reaksi keluarga mangsa selepas kejadian.

Menurut Shamsul, lawatan adalah dorongan maklumat yang diterima menyatakan isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor dikatakan mempunyai talian persaudaraan dengan mangsa.

"Oleh kerana liputan ini ingin menegaskan bahawa sehingga hari ini tidak ada sebarang lawatan, tiada sebarang tunjuk hormat daripada isteri Perdana Menteri kepada keluarga ini, maka Angkatan Muda berasa terpanggil dan ingin menziarahi, paling tidak pun memberi sokongan dari segi moral dan belas kasihan kita terhadap peristiwa yang sedih ini,"katanya.

Menurutnya, amalan demokrasi yang dilaksanakan di negara ini menyatakan kebebasan media melaporkan berita termasuk media pembangkang.

Beliau turut menuntut ruang untuk wartawan menjalankan tugas tanpa diganggu oleh mana-mana pihak. -TVS


Wartawan PKR diugut depan rumah saudara Rosmah

Seorang wartawan akhbar PKR Suara Keadilan mendakwa polis bertindak kasar selepas mewawancara seorang wanita yang dikatakan ada pertalian keluarga dengan isteri perdana menteri Rosmah Mansor kelmarin.

Abdul Qayum Abdul Rahman berkata, beliau mengunjungi wanita yang dikenalinya sebagai Saharah, yang juga didakwa saudara kepada mangsa tragedi pembunuhan kejam di Gemencheh baru-baru ini.

Minggu lalu, empat beranak ditemui mati, termasuk seorang tanpa kepala, dalam insiden pembunuhan kejam di dua buah rumah berasingan yang terletak berdekatan di Kampung Batang Rokan.

Abdul Qayum memberitahu Malaysiakini, wawancara itu antaranya bertujuan mendapatkan reaksi wanita tersebut berhubung insiden menyayat hati itu.

Difahamkan wawancara itu juga ada menyentuh isu Rosmah.

Dalam aduan polisnya, Abdul Qayum berkata selepas mengetahui beliau wartawan Suara Keadilan, seorang lelaki berpakain biasa - dikenali sebagai Muhammad - memaksanya menyerahkan kad pengenalan dan mengambil nombor pendaftaran keretanya.

"Beliau turut merampas nota penulisan saya serta rakaman dihapuskan kerana tidak berpuas hati dengan temubual yang dijalankan bersama seorang wanita yang dikenali Saharah.

"Polis (bersama kereta peronda) menunggu di luar rumah, manakala Muhammad mengambil segala pengenalan diri dan dokumen yang dibawa oleh saya tanpa kebenaran saya sendiri," aduan polis Abdul Qayum, 25, semalam dipetik.

"Polis dan Muhammad mengugut saya dalam berbentuk ancaman mahu mencari saya dan keluarga dengan cara apapun jika temu bual tersebut disiarkan."

Bercakap kepada Malaysiakini, beliau berkata kejadian itu berlaku di depan rumah sumber tersebut tidak lama selepas beliau tiba di rumah itu 3.30 petang 10 Januari lalu.

Kerana bimbangnya keselamatan diri dan keluarganya, Abdul Qayum yang baru sebulan menyertai Suara Keadilan membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam petang semalam.

Selain ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin (foto, kanan), beliau ditemani ketua wartawan akhbar terbabit, Fazallah Pit.




12 Jan 2010

YBK Tak Pernah Keluarkan Laporan Audit, SPRM Pula Mahu Siasat MB Selangor

Kerajaan Selangor hari ini meminta Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) negeri itu menyediakan laporan audit kewangan dan pentadbiran harta yang telah diberi kepada mereka bagi tujuan melaksanakan program membasmi kemiskinan.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad berkata berdasarkan pemantauan kerajaan negeri, YBK tidak pernah mengeluarkan laporan audit mengenai perjalanan kewangan dan urusan pentadbiran sepanjang lima tahun lepas.

“YBK juga tidak ada sebarang laporan tentang bagaimana duit serta harta yang diperuntukkan untuk program membasmi kemiskinan dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata bagi tujuan itu kerajaan Selangor bersedia memberikan peruntukan supaya laporan audit dapat dibuat dengan segera memandangkan harta dan bantuan kewangan bernilai ratusan juta ringgit telah diberikan kepada YBK.

Katanya kerajaan Selangor juga berharap semua badan bukan kerajaan (NGO) menyokong usaha itu bagi memastikan YBK menjalankan programnya dengan lebih telus dan bertanggungjawab supaya program yang direncana memberi manfaat kepada golongan sasar tanpa mengira kaum.

Beliau berkata atas dasar itu jugalah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 20 Okt lepas memutuskan untuk melantik Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai pengerusi YBK, dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi Rodziah Ismail sebagai anggota lembaga.

Akhbar sebelum ini melaporkan YBK Selangor mempertikaikan tindakan kerajaan negeri itu mengenakan prasyarat untuk meluluskan pembangunan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di atas tanah milik yayasan itu di Serendah, Selangor.

Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Sakom dilaporkan berkata badan itu perlu membayar tunggakan cukai RM6 juta dengan segera jika enggan menerima Khalid sebagai pengerusinya, sekali gus merencatkan pembangunan kampus UiTM tersebut. — Bernama


MACC to probe Selangor MB for demanding top post in foundation

Corruption Involved? An major update on chairmanship-for-project scandal involving Khalid Ibrahim, the Menteri Besar of Selangor, and the Yayasan Basmi Kemiskinan, an anti-poverty foundation. I blogged about it here [Is that Blackmail, Tan Sri?] last week based on an exclusive by The Malay Mail.

Today's front page of The Malay Mail, MACC joins the post-for-project fray, here. - rockybru


Ulasan GB

Begitu peka dan pantas SPRM untuk menyiasat apa-apa aduan yang berkaitan dengan PR Selangor, tetapi masih menyimpan semua aduan-aduan terhadap pemimpin-pemimpin UMNO BN yang telah dilaporkan sekian lama.

Nampaknya SPRM belum berubah dan tidak berubah sekalipun pengerusinya telah bertukar.

Pilihan yang ada untuk rakyat Malaysia - TUKAR KERAJAAN PUSAT.


Alwi Tunai Haji Tajaan LUTH?

Timbalan Pesuruhjaya II Pas Negeri, Datuk Husam Musa mendesak agar Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Md Alwi Che Ahmad (gambar) menjelaskan pemergian ke Makkah untuk menunaikan haji yang dikatakan ditaja oleh Tabung Haji.

Reaksi tersebut diluahkan Husam setelah Alwi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas mempersoalkan salah guna kuasa dalam pembelian kek untuk Hari Raya Aidilfitri diberikan kepada Menteri Besar dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

“Saya nak tanya Alwi yang membangkit isu ini (kek), walaupun nilai kecil tetapi ia amalan lazim korporat. Saya difahamkan beliau ke Makkah sekali dengan Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Badawi) bersama 20 orang VVIP dan tambang itu disediakan oleh Tabung Haji.

“Saya minta penjelasan dia, kalu dia dok sibuk kes PMBK, pemergian haji dia perlu dijelaskan kepada masyarakat, kenapa Tabung Haji biayai pemergiannya ke Makkah?” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Semalam Alwi berkata, beliau mempunyai bukti resit pembelian kek seberat 10 kilogram setiap enam biji kek bernilai RM516 sebiji yang diberikan kepada enam pihak termasuk Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Abdul Abdul Arif Fahmi Abdul Rahman.

Sehubungan dengan itu, Md Alwi meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menjalankan siasatan terhadap dakwaan itu kerana badan tersebut turut menjalankan siasatan terhadap penyelewengan dan salah guna kuasa dalam PMBK. -SH

Ulasan GB

Kokok berderai-derai, rupanya ekor sendiri bergelumang najis. Alwi alwi!


Royalti : PAS Kelantan Perlu Munajat Perdana Sekali Lagi

Allah Yang Disembah, Allah Tempat Kita Bermohon.

Kerajaan PAS Kelantan di bawah pimpinan TG Nik Aziz Nik Mat disarankan supaya mengadakan Munajat Perdana sekali lagi untuk menundukkan keangkuhan UMNO BN yang enggan melayan tuntutan baru kerajaan Kelantan untuk mendapatkan royalti minyak.

Datuk Mustapa Mohamed berkata tindakan kerajaan negeri mengemukakan tuntutan itu hanya merupakan satu usaha PAS mencipta isu baru bagi mengubah pandangan rakyat setelah gagal dalam tuntutan awalnya.

Mustapa, yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri Datuk Husam Musa semalam bahawa kerajaan Kelantan telah mengemukakan tuntutan royalti minyak yang baru melibatkan kawasan sempadan negeri itu dan Terengganu.

Menurut Husam, tuntutan itu melibatkan sebuah pelantar, dikenali pelantar Bintang yang telah beroperasi sejak 1984, terletak bersempadan antara Kelantan dan Terengganu dan sejak itu, jumlah royalti diperoleh oleh kerajaan pusat ialah RM9.7 bilion.

PAS Kelantan pernah menganjurkan beberapa kali munajat perdana dianntaranya ialah sehari sebelum pilihanraya umum 2008.

Tiada siapa menyangka waktu itu tangis dan esakan TG Nik Aziz yang memecah hening Suboh di majlis Munajat Perdana pada 7 Mac 2008 adalah tangis dan esakan yang mengangkat doa dan munajat rakyat Kelantan ke hadhrat Allah s.w.t. yang telah mengurniakan kemenangan besar kepada Kerajaan PAS Kelantan di dalam pilihanraya sehari selepasnya iaitu pada 8 Mac 2008.

Sepagi itu Tok Guru berkali-kali menyapu air matanya sebaik sahaja mengakhiri doa dan munajat yang dipersembahkannya kepada Allah setulus hati, penuh rendah diri.

Ia adalah satu doa yang besar, satu hari penuh hiba dan satu rayuan kepada Allah Yang Maha Esa untuk menyelamatkan Kelantan dari satu kospirasi jahat sebuah kerajaan Pusat yang mabuk kuasa.

Pada waktu itu, UMNO BN telah merancang pelbagai cara untuk merampas Kelantan dari tangan PAS, sehingga mereka telah bersiap-sedia untuk menobatkan MB baru dari kalangan mereka, Awang Adek Hussin namanya.

Berpuloh-puloh malah beratus biji bas mengangkut pengundi-pengundi luar masuk ke negeri Kelantan untuk memberikan undi kemenangan kepada UMNO BN.

Dan tiada siapa menduga, hati-hati pengundi hantu ini telah dipalingkan oleh Allah s.w.t. untuk memberikan undi kepada PAS.

Dan Allah memberikan kemenangan ceemerlang kepada PAS Kelantan!

Kini untuk mengisi kemenangan, untuk menjaga kemenangan, kita merasakan adalah amat wajar Kerajaan PAS Kelantan mengadap Rabbul-Jalil sekali lagi untuk mempastikan hak rakyat Kelantan dikembalikan oleh kerajaan Pusat.

Keangkuhan dan kezaliman manusia-manusia bernama Najib, Muhyiddin, Mustapa Mohd, Awang Adik Hussin dan lain-lain yang seangkatan dengan mereka perlu ditamatkan. Hak kerajaan dan rakyat Kelantan perlu dilunaskan sebelum mereka menjahanamkan royalti dengan nama baru - wang ehsan - untuk tujuan yang buruk, merampas Kelantan dari PAS.

Jangan tunggu esok kerana esok mungkin sudah terlambat!


Isu keselamatan Gereja, SUARAM Pertikai Polis

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) melahirkan rasa tidak berpuas hati terhadap polis yang menyeru gereja mengawal keselamatan mereka sendiri, susulan satu rentetan serangan dan vandalisme sejak Jumaat lalu, kerana pasukan keselamatan itu kurang kakitangan.

"Suaram juga amat tidak berpuas hati terhadap pendirian polis bahawa pihak gereja perlu mencari langkah keselamatan secara persendirian atas alasan kekurangan pengawai polis," kata penyelarasnya Lucas Yap Heng Lung.

"Adakah masalah keselamatan rakyat Malaysia bukan tanggungjawab pihak polis, malahan rakyat perlu mencari langkah keselamatan secara individu untuk mendapatkan perlindungan?"

Selain mengecam polis dengan mendakwa pasukan itu gagal menyelesaikan serangan dan vandalisme, setakat ini sembilan kes, Yap juga berkata pasukan itu mengamalkan sikap tidak konsisten.

Beliau merujuk amaran Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar kepada orang ramai agar tidak terlibat dalam sebarang demonstrasi di gereja Assumption, Petaling Jaya yang asalnya dijadualkan esok tetapi kini dibatalkan.

"Tetapi sebaliknya membenarkan perhimpunan aman diadakan di beberapa buah masjid mengenai isu kalimah 'Allah' pada 8 Januari lalu," kata Yap.

Sehubunga itu Suaram turut mempertikaikan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) polis yang dilaporkan mencatat 113.8 peratus pada tahun lepas "walaupun pihak polis masih tidak dapat menjaga keselamatan negara secara berkesan."

"Kes kebakaran gereja dan cara pengendalian pihak polis dalam kes ini menjadi contoh terbaru kegagalan ini,"
kata penyelaras itu dalam satu kenyataan hari ini.

NGO itu juga yakin undang-undang sedia ada mencukupi untuk mendakwa mereka yang bertanggungjawab dan juga kerosakan harta benda gereja tanpa perlu menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Hasutan dan Akta Polis. -malaysiakini

Kebebasan Media Dicabuli, Polis Ugut Wartawan SK

Kebebasan media sekali lagi dicabuli apabila wartawan Suara Keadilan diugut polis ketika membuat liputan ke atas keluarga mangsa pembunuhan kejam 4 beranak di Gemencheh, Negeri Sembilan, petang kelmarin.

Kejadian berlaku jam 3.30 petang apabila wartawan Abdul Qayum Abd Rahman, dihampiri 10 individu yang disyaki anggota polis merampas nota dan rakaman liputan.

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin bersama Ketua Editor Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib, hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam mengiringi Qayum membuat laporan.

"Saudara Qayum diganggu, laporannya dikoyakkan, gambar-gambar yang diambil diminta dipadamkan. Jadi ini merupakan tindakan-tindakan yang tidak berperikemanusian dan tidak menurut kebebasan media sepertimana yang dijamin dalam negara ini. Saya merasa marah dengan sikap ini dan mendesak pihak polis untuk menyiasat perkara ini. Dan pada kita apapun alasan yang akan diberikan kebebasan media itu harus dijamin,"katanya.

Kelmarin, Angkatan Muda Keadilan dan akhbar Suara Keadilan ke Gemencheh bertujuan mendapatkan reaksi keluarga mangsa selepas kejadian.

Menurut Shamsul, lawatan adalah dorongan maklumat yang diterima menyatakan isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor dikatakan mempunyai talian persaudaraan dengan mangsa.

"Oleh kerana liputan ini ingin menegaskan bahawa sehingga hari ini tidak ada sebarang lawatan, tiada sebarang tunjuk hormat daripada isteri Perdana Menteri kepada keluarga ini, maka Angkatan Muda berasa terpanggil dan ingin menziarahi, paling tidak pun memberi sokongan dari segi moral dan belas kasihan kita terhadap peristiwa yang sedih ini,"katanya.

Menurutnya, amalan demokrasi yang dilaksanakan di negara ini menyatakan kebebasan media melaporkan berita termasuk media pembangkang.

Beliau turut menuntut ruang untuk wartawan menjalankan tugas tanpa diganggu oleh mana-mana pihak. -TVS


Wartawan PKR diugut depan rumah saudara Rosmah

Seorang wartawan akhbar PKR Suara Keadilan mendakwa polis bertindak kasar selepas mewawancara seorang wanita yang dikatakan ada pertalian keluarga dengan isteri perdana menteri Rosmah Mansor kelmarin.

Abdul Qayum Abdul Rahman berkata, beliau mengunjungi wanita yang dikenalinya sebagai Saharah, yang juga didakwa saudara kepada mangsa tragedi pembunuhan kejam di Gemencheh baru-baru ini.

Minggu lalu, empat beranak ditemui mati, termasuk seorang tanpa kepala, dalam insiden pembunuhan kejam di dua buah rumah berasingan yang terletak berdekatan di Kampung Batang Rokan.

Abdul Qayum memberitahu Malaysiakini, wawancara itu antaranya bertujuan mendapatkan reaksi wanita tersebut berhubung insiden menyayat hati itu.

Difahamkan wawancara itu juga ada menyentuh isu Rosmah.

Dalam aduan polisnya, Abdul Qayum berkata selepas mengetahui beliau wartawan Suara Keadilan, seorang lelaki berpakain biasa - dikenali sebagai Muhammad - memaksanya menyerahkan kad pengenalan dan mengambil nombor pendaftaran keretanya.

"Beliau turut merampas nota penulisan saya serta rakaman dihapuskan kerana tidak berpuas hati dengan temubual yang dijalankan bersama seorang wanita yang dikenali Saharah.

"Polis (bersama kereta peronda) menunggu di luar rumah, manakala Muhammad mengambil segala pengenalan diri dan dokumen yang dibawa oleh saya tanpa kebenaran saya sendiri," aduan polis Abdul Qayum, 25, semalam dipetik.

"Polis dan Muhammad mengugut saya dalam berbentuk ancaman mahu mencari saya dan keluarga dengan cara apapun jika temu bual tersebut disiarkan."

Bercakap kepada Malaysiakini, beliau berkata kejadian itu berlaku di depan rumah sumber tersebut tidak lama selepas beliau tiba di rumah itu 3.30 petang 10 Januari lalu.

Kerana bimbangnya keselamatan diri dan keluarganya, Abdul Qayum yang baru sebulan menyertai Suara Keadilan membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam petang semalam.

Selain ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin (foto, kanan), beliau ditemani ketua wartawan akhbar terbabit, Fazallah Pit.


Tiada Nas Halang Penggunaan Kalimah Allah Oleh Bukan Islam

Sepuluh hari yang pertama tahun ini kelihatan tegang dengan isu penggunaan kalimah “Allah” oleh akhbar mingguan Katolik, Herald yang dibenarkan oleh mahkamah dan disusuli dengan lapan insiden menyerang rumah ibadat masyarakat Kristian di seluruh negara.

Meskipun tidak dapat dinafikan isu penggunaan kalimah sudah lama berlarutan tetapi penyertaan di Dewan Himpunan Cina Selangor di ibu negara malam tadi, dalam lingkungan 1,500 orang, membuktikan rakyat negara sudah mempunyai semangat untuk berdialog, berbincang dengan mendengar isu sensitif dengan tenang.

Forum yang membincangkan tajuk “Allah: Siapa Yang Punya”, walaupun ketepatan tajuk ini dipertikaikan dua daripada tujuh panelis, tetapi peserta daripada kalangan pelbagai agama dan kaum, majoritinya golongan muda, menunjukkan sikap terbuka dan kematangan mereka mengikut forum berkenaan.

Di sebalik tepukan menyambut baik pandangan para panelis, hadirin juga nampaknya menerima pandangan dikemukakan tanpa sebarang perasaan emosi walaupun adakalanya diajukan soalan provokasi oleh panelis dan hadirin. Terima kasih kepada penganjur dan pengerusi forum Faridzul Nasaruddin yang dari awal-awal lagi, malah kerap kali memberi peringatan agar menganggap pertemuan malam tadi sebagai satu forum terbuka untuk membincangkan isu semasa iaitu penggunaan kalimah “Allah” oleh bukan Islam khususnya masyarakat Kristian Katolik.

Pensyarah kanan Jabatan Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Azwira A. Aziz mengakui imej Islam terjejas sedikit dengan kejadian serangan ke atas gereja sejak minggu lalu.

Beliau mengandaikan sedemikian ekoran maklum balas yang diterima dari dalam dan luar negara.

Pun begitu kata beliau, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Dis lalu memihak kepada akhbar Herald kerana pasukan peguam yang mewakili Kementerian Dalam Negeri ataupun kerajaan telah gagal dalam menyenaraikan bukti-bukti yang menunjukkan bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah “Allah”.

Kata Azwira, beliau berpendapat hakim terbabit telah membuat keputusannya berdasarkan hujah yang dikemukakan oleh barisan peguam.

Tiada bukti nas yang jelas... jika peguam pihak defendan dapat mengemukakan bukti-bukti bahawa bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah Allah, saya sudah pasti keputusan memihak kepada Islam,” katanya.

Mengenai dakwaan bahawa penggunaan kalimah “Allah” akan menyebabkan kekeliruan di kalangan orang Islam, Azwira menambah, perkara ini perlu dibuktikan dengan kajian yang terperinci.

Malah kata beliau, berdasarkan maklumat yang diperoleh beliau menunjukkan situasi seperti itu tidak wujud termasuk di Sabah dan Sarawak, yang gereja di kedua-dua itu menggunakan Bahasa Malaysia untuk upacara di premis masing-masing.

Sebaliknya kata beliau, maklumat yang diterima menunjukkan lebih ramai rakyat di Sabah dan Sarawak yang menganut Islam sejak kebelakangan ini.

“Ini (wujudnya kekeliruan) andaian sahaja... kalau ada kajian yang betul yang mengatakan orang Islam murtad, kita boleh terima,” katanya.

Mengenai cadangan dialog antara agama, Azwira bersetuju jika diadakan tetapi biarlah dalam skala yang kecil dan terhad.

“Misalnya keanggotaannya terdiri daripada mereka yang betul-betul berkelayakan,” kata beliau ditemui The Malaysian Insider selepas forum berakhir.

Semalam bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim berkata, “Apa salahnya jika kita akan tubuhkan satu badan atau mekanisme yang dibiayai oleh kerajaan untuk membolehkan wakil semua agama duduk berbincang di mana segala hal yang rumit dan yang menjadi masalah serta isu pertelingakahan dapat dibincangkan secara ilmiah dan tertutup.”

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, antara pemimpin PAS yang menjadi sasaran kumpulan yang menentang keputusan mahkamah tempoh hari mengulangi pendirian beliau sebelum ini.

Justeru kata beliau, isu semasa ini harus dilihat secara terbuka dari sudut kepentingan berdakwah bukannya mempersoalkan sama ada orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah “Allah” semata-mata.

Pemimpin PAS ini menambah, oleh kerana Islam tidak melarang bukan Islam menggunakan kalimah “Allah”, dan sekiranya ia digunakan oleh mereka sudah pasti ia akan memudahkan proses mendakwah di negara ini dalam panjang.

“Ini yang saya tekankan... soal dakwah. Di mana jika bukan Islam menggunakan kalimah, lagi ramai menggunakan kalimah Allah, ia akan memudahkan proses dakwah kita... sangat mudah, sangat jelas,” kata beliau yang berulang kali menekankan bahawa punca kepada masalah asas ini ialah sikap dan dasar Umno selama ini.

“Ia menjadi usaha yang digolak oleh Umno,” kata beliau yang gambarnya dipijak ketika demonstrasi di Selangor Jumaat lalu.

Pun begitu ada juga peserta yang kecewa kerana forum malam tadi tidak dihadiri biskop Roman Katolik Tan Sri Murphy Pakiam dan bekas mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainul Abidin sebagaimana dihebahkan.

Ada juga peserta yang bertanya mengapa ahli politik dari parti lain tidak dijemput.

Penganjur menjelaskan pihaknya sememangnya ada mengajukan jemputan beberapa pihak lain tetapi mereka tidak kesempatan menghadiri forum ini.

Eddin Khoo, seorang penyair, penulis, penterjemah dan budayawan yang terkenal pula berkata, walaupun negara sudah lama merdeka pemikiran sebahagian rakyat masih di paras lama, dilihat sebagai salah satu punca kepada masalah semasa.

Malah beliau juga menyelar apabila ada hadirin mempersoalkan sama ada penganut Buddha dan Hindu juga pada satu hari nanti akan membuat tuntutan untuk menggunakan kalimah “Allah”.

“Saya agak risau apabila kita meleretkan isu penggunaan kalimah Allah dengan penganut agama lain.

“Kita kena membezakan isu yang hadapi sekarang. Bagi saya soalan itu tidak harus timbul, tidak harus dikaitkan dengan isu lain,” kata beliau sambil menambah, masalah semasa secara tidak langsung berkaitan dengan masalah tiadanya keyakinan diri di kalangan masyarakat negara ini.

“Malah masalah ini wujud di negara lain seperti Amerika Syarikat,” katanya.

Oleh itu syor beliau, masyarakat perlu digalakkan untuk mengetahui agama-agama lain secara mendalam tanpa memencilkan diri mereka daripada pengetahuan tentang agama lain.

Dr Mohd. Farid Mohd Shahran dari Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa berpendapat soal yang perlu diberi penekanan ialah aspek penterjemahan perkataan Tuhan dan Allah bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan umat Islam dan bukan Islam.

“Kita tidak harus lari dari isu sebenarnya. Bagi saya apa yang disuarakan oleh orang Islam ada asasnya walaupun ada yang mengambil kesempatan daripada isu ini.

“Isunya bukan soal monopoli, siapa yang hendak menguasai kalimah Allah. Kalimah Allah sudah sebati dengan umat Islam dan ia membawa makna yang berbeza.

“Oleh itu isunya sekarang ialah soal penterjemahan,” kata beliau yang berpendapat tajuk forum “Allah: Siap Yang Punya” tidak sesuai dengan isu semasa yang timbul.

Turut mengambil bahagian dalam forum ini sebagai ahli panel ialah aktivis Hasmi Hashim, pendakwah Yayasan Maklumat dan Perkhidmatan Islam, Shah Kirit Kakulai Govindji dan Dr Khalif Muammar A. Harris dari Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma). -MI

BN Nak Naikkan Lagi Harga Gula. Tersenyum Lebar Tauke Baru Gula.

Laporan akhbar semalam menyatakan harga gula bakal naik lagi.

Laporan MSTAR menyebut tiada jaminan harga gula akan kekal pada RM1.65 sehingga hujung tahun ini selepas penarikan subsidi sebanyak 20 sen yang berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Bagaimanapun, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, sebarang kenaikan selepas ini akan dibuat selepas memproleh persetujuan Kabinet.

Katanya, kerajaan tidak akan sewenang-wenangnya menaikkan harga bahan makanan itu.

"Buat masa ini harga gula kekal seperti yang diumumkan sebelum ini, namun begitu saya tidak dapat memberi jamiman harga tersebut tidak akan dinaikkan untuk dua ke tiga tahun akan datang.

"Sebarang kenaikan kita perlu berbincang di peringkat Kabinet sebelum membuat sebarang kenaikan harga," katanya ketika ditemui selepas memberi taklimat kepada Exco Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno mengenai subsidi kerajaan di sini hari ini.

Pada 1 Januari lalu, kerajaan menarik subsidi gula sebanyak 20 sen menjadikan harganya kini RM1.65 sekilogram di Semenanjung manakala di Malaysia Timur berharga RM1.75 sekilogram.

Beliau turut menyeru rakyat Malaysia supaya menerima kenaikan ini sebagai peringatan dan langkah positif dalam menjaga kesihatan.

Benarkah begitu?

CheguBard sebelum ini telah membuat ulasan menarik mengenai kenaikan harga gula. Ada beberapa perkara yang wajar diketahui hal-hal di sebalik langkah kerajaan menaikkan harga gula.

Penipu itu Bn ingat tak masa Najib alTantuya lancar manifesto PRU 2008 dia umum sekali minyak tidak akan naik tahun ini tetapi bukankah 2008 selepas menang PRU, rakyat diperas dengan kenaikan harga minyak maknanya Bn penipu....

Tahun 2009 menyaksikan banyak tinggal misteri, altantuya terus misteri, PKFZ terus menyedut wang rakyat, penutup enjin besar pula dikatakan hilang sedangkan dijual demi keuntungan...

Pembuka 2010 rakyat mendapat hadiah gula naik harga, seperti biasa bila naik harga pasaran dunia akan dijadikan hujah. Kononya KERAjaan terpaksa membenarkan kenaikan harga kerana untuk elak terus bayar subsidi.... bayar subsidi kepada siapa....

Tahukah kita gula ialah barang kawalan yang diberikan hak monopoli.... dulu Robert Kwok (mertua seorang ahli Parlimen Umno) menjadi manusia paling kaya kerana diberi hak mutlak berniaga gula oleh regim. Dia bukan setakat meniaga gula tetapi menerima bayaran bagi subsidi gula berbilion ringgit. Apa istimewanya dia ?

Kemudian tempat beliau telah diambil oleh Syed Mokhtar al Bukhary juga kroni Umno yang adiknya didapati terlibat menyeludup wang ke luar negara baru - baru ini.


Bagi cheGuBard kenaikan harga runcit gula bagaikan "Hadiah Tahun Baru" yang dianugerahkan kepada rakyat oleh kerajaan Barisan Nasional.

impak daripada kenaikan harga runcit gula akan mencetuskan inflasi naik berlaku dalam negara. Rakyat terutamanya pekerja terpaksa menanggung semua kos kenaikkan tersebut tetapi bukannya pengeluar.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM1.65 sekilogram di Semenanjung, serta RM1.75 sekilogram di Sabah dan Sarawak.

Polisi ini dilaksanakan khususnya sebagai "Hadiah" kepada Raja Gula yang baru di negara kita. Syed Mokhtar.

Pada tahun 2009 Menteri Perdangangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Ismail pernah berkata subsidi gula akan diperincikan, laporan penuh akan dibawakan untuk dibahas dan diluluskan di Parlimen. Akan tetapi, pengumuman yang tergesa-gesa tersebut ternyatanya kredibiliti kerajaan Barisan Nasional harus dipertikaikan.

Slogan 'Satu Malaysia, Rakyat didahulukan' menjadi janji kosong yang mengabaikan nasib rakyat Malaysia sahaja, kini rakyat semakin diseksakan.

Kini kerajaan telah menaikkan salah satu harga runcit barang kawalan, dan roti putih juga dikeluarkan daripada skim barangan kawalan harga. Tambahan pula mekanisme baru subsidi petrol juga akan dikemukakan pada Mei yang akan datang. Dijangkakan bahawa tahun ini akan menambahkan beban rakyat kerana mencetusnya cabaran inflasi semakin melambung naik.

Yang pasti kapitalis yang rapat dengan regim akan terus kaya dan rakyat akan terus derita.....

Dalam isu gula ini cheGuBard geli dengar tajuk berita mStar "TAMBAH SUBSIDI SEBANYAK RM260 JUTA JIKA HARGA GULA KEKAL" kononya nak gambarkan pengorbanan KERAjaan. Ia bukan pengorbanan tapi sebenarnya menggambarkan kebangangan mengurus.

BELI KAPAL SELAM RAZAK BAGINDA JADI KAYA

BUAT LADANG TEBU - SAMPAI KIAMAT DAPAT GULA



Ulasan tukartiub lebih menarik:

KAH KAH KAH…

woit… YANG PERGI BANGANG BELI KAPAL SELAM SAPA SURUH…kah kah kah…

woit… YANG JADI BANGANG BELI SUKHOI SAPA MINTA… kah kah kah..

kah kah kah… DUA BILION RINGGIT BELI KAPAL SELAM… KALAU DI GUNAKAN MEMBUKA LADANG TEBU… SAMPAI KIAMAT GULA MURAH… kah kah kah…

woit…KALAU DUIT BUAT LITAR SEPANG DIGUNAKAN UNTUK BUKA LADANG TEBU…. MALAYSIA SUDAH MENJADI PENGELUAR GULA…kah kah kah..

woit…DUIT 12 BILION HANGUS DI PROJEK PKFZ… KALAU DI GUNAKAN UNTUK BUKA LADANG TEBU…. SATU DUNIA BOLEH DAPAT AIR TEBU…kah kah kah..


dan yang terkini dari tukartiub



warga satu malaysia dinasehatkan untuk mengurangkan pengambilan gula
warga satu malaysia dinasehatkan untuk menjaga kesihatan
warga satu malaysia dinasehatkan untuk bersenam setiap hari
warga satu malaysia dinasehatkan untuk mengeluarkan peluh

warga sehat negara berjaya
warga sehat jalan bergaya
warga sehat panjang usia

buatlah senaman aerobik setiap hari
tetapi jangan lakukan apa yang dilihat
inilah senaman ahli profesional
nanti koyak lutut kah kah kah


11 Jan 2010

Zulkifli Nordin Ditegur Oleh Partinya

Ahli Parlimen PKR Zulkifli Noordin telah dinasihatkan supaya menghormati pendirian parti di dalam isu kalimah 'Allah', demikan kata naib presiden PKR Azmin Ali, lapor malaysiakini.

Ketua whip PKR itu menyatakan Zuklifli telah dipanggil oleh Ketua Umum PKR untuk meleraikan hal berkenaan di dalam pertemuan yang diadakan baru-baru ini.

“Setelah meltusnya isu kalimah 'Allah', pihak parti telah mengadakan perbincangan dengan Zulkifli dan tindakan telah diambil (berdasarkan kepada perbincangan itu).

“(Di dalam pertemuan itu), beliau telah mengemukakan pandangannya namun pihak parti telah memberitahunya supaya bertindak mengikut ruanglingkup Pakatan Rakyat.”

Zulkifli, yang merupakan ahli parlimen Kulim Bandar-Baru, telah secara terbuka mengkritik keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan majalah Kristian Herald untuk menggunakan kalimah 'Allah' di dalam seksyen Bahasa Malaysianya.

Dikenali sebagai orang yang berpandangan lantang, terutama dalam hal-hal bangsa dan ugama, peguam syariah itu mendakwa kalimah 'Allah' boleh disalahgunakan oleh orang Kristian dan akhirnya mengelirukan umat Islam.

Keadaan bertambah buruk apabila Zulkifli mencabar Khalid Samad, rakan di kalangan ahli parlimeb Pakatan dari PAS, untuk keluar parti dan menyertai parti DAP kerana mempertahankan hak bukan Islam untuk menggunakan kaliman 'Allah'.

Walau bagaimanapun, PKR telah mengeluarkan kenyataan media dua hari selepasnya, mengalu-alukan keputusan mahkamah dan menyifatkannya sebagai “perkembangan yang sangat baik yang sepatutnya diterima dengan hati terbuka”.

Azmin menyatakan (hak) Zulkifli sepatutnya merujuk kepada konsensus (suara ramai) apabila ada isu yang menyentuh soal dasar parti.

“Setiap kali mereka ingin tampil dengan kenyataan menyentuh soal dasar, setiap anggota perlu mematuhi prinsip berkenaan di dalam PKR,” tambah Azmin.

ULASAN GB

Itu dalam PKR. Tahniah kita ucapkan.

Bagaimana dengan PAS?
Bagaimana dengan beberapa orang pimpinan PAS termasuk pemimpin kanan parti yang mengeluarkan kenyataan-lenyataan yang bertentangan dengan pendirian parti seperti kenyataan Datuk Dr Harun Din, Datuk Hassan Ali, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man - ketiga-tiga Datuk dalam PAS ini yang telah mengeluarkan kenyataan yang berbeza sama-sekali dengan kenyataan rasmi parti?

Ahli Politik Simbah Petrol Semarakkan Api Kemarahan Umat Islam

Nasi sudah menjadi bubur Oleh Amin Iskandar

Segala maki-makian, penghinaan dan kutukan ditujukan kepada perancang, perlaku dan yang menyokong serangan-serangan terhadap rumah ibadat penganut agama Kristian di Malaysia.

Ketika artikel ini ditulis, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah mengesahkan tujuh buah gereja telah menjadi sasaran cubaan membakar dan vandalisme. Kejadian serangan gereja yang terbaru dilaporkan di Melaka, Perak dan Sarawak.

Pelbagai cara dilakukan dalam serangan-serangan keatas gereja tersebut termasuklah menggunakan “Molotov cocktail”, membaling batu dan menyimbah cat hitam.

Apa sekalipun akan dilakukan selepas ini baik oleh kerajaan, NGO dan masyarakat, kita tidak akan dapat mengubah satu fakta yang telah terjadi dan telah dirakamkan melalui berita, penulisan, gambar dan video bahawasanya di Malaysia yang kita cintai, rumah ibadat kepada penganut agama Kristian telah dibakar dan menjadi mangsa kepada vandalisme.

Dalam sekelip mata, imej Malaysia sebagai sebuah negara berbilang agama dan kaum yang hidup secara bertoleransi musnah begitu sahaja. Kini, Malaysia dipandang hina sepertimana dunia memandang hina kepada kerajaan Afghanistan ketika di perintah oleh Taliban kerana mengebom patung Buddha di Bamiyan pada Mac 2001.

IMEJ MALAYSIA MUSNAH DI MATA DUNIA

Secara “ranking” nya, Malaysia kini boleh diletakkan sebaris dengan Afghanistan sewaktu diperintah oleh Taliban. Pastinya selepas ini masyarakat antarabangsa akan meluat untuk menonton iklan “Malaysia. Truly Asia” yang boleh dilihat jika menonton CNN atau BBC setelah membaca berita mengenai pembakaran gereja di Malaysia.

Tidak kurang juga pelancong-pelancong yang akan membatalkan rancangan mereka untuk melawat Malaysia setelah membaca berita mengenai “religious tension” di Malaysia.

Itu belum lagi dihitung mengenai pelabur-pelabur asing yang akan membatalkan hasrat mereka untuk melabur di Malaysia. “Economic recovery” yang dicita-citakan oleh perdana menteri mungkin tidak akan menjadi kenyataan dalam jangkamasa yang terdekat ini.

Sudah pasti yang akan menanggung akibat daripada “tindakan bodoh” ini adalah rakyat jelata yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Orang Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan lah yang akan menanggung susah daripada peristiwa yang menyayat hati ini. Apabila kerajaan gagal untuk memulihkan kegawatan ekonomi, rakyatlah yang akan “dicukaikan”.

Sama ada kalimah “Allah” boleh digunakan oleh penganut agama Kristian atau tidak, apabila goods and service tax (GST) diperkenalkan nanti, rakyat Malaysia akan mempunyai peluang untuk membeli teh tarik dengan harga yang boleh dibanggakan seperti RM 2 atau RM 2.50 di kedai-kedai Mamak. Bukankah apabila barang menjadi mahal petanda kepada negara sudah maju?

Beberapa tahun lalu, seorang teman saya yang beragama Kristian dari Indonesia pernah memuji toleransi antara kaum dan agama di Malaysia. Kata beliau, perayaan Krismas meriah di Malaysia walaupun majoriti rakyat beragama Islam. Tidak tahu pula apa yang beliau fikir kini setelah membaca berita mengenai pembakaran gereja di Malaysia.

ISU ALLAH ISU POLITIK BUKAN AGAMA

Sejak dari awal lagi saya melihat isu Allah ini bukan isu agama tetapi lebih kepada isu politik. Sepertimana dalam sejarah dunia, apa yang dikatakan dengan “religious war” itu sendiri tidak pernah berlaku kerana ajaran agama akan tetapi berlaku kerana elit politik yang menggunakan agama untuk kepentingan politik.

Islam itu sendiri tidak pernah mengajar penganutnya untuk membakar atau memusnahkan rumah ibadat kepada penganut agama lain. Malahan didalam perperangan sekalipun tidak dibenarkan umat Islam untuk membakar rumah ibadat kepada penganut agama lain.

Semenjak dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan pada 31 Dis 2009 bagi membenarkan akhbar The Herald untuk menggunakan kalimah Allah, ahli-ahli politiklah yang menyimbah “petrol” untuk menyemarakkan lagi kemarahan umat Islam di Malaysia.

Apakah kita sudah terlupa dengan kenyataan seorang ahli politik bahawa keputusan mahkamah membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada penganut Kristian itu boleh diumpamakan seperti kes “Natrah” pada tahun 1950an dulu? Bagi yang masih belum tahu mengenai kes “Natrah”, silalah gunakan khidmat “Google” untuk mendapatkan meklumat mengenainya. Selepas anda faham mengenai kes “Natrah”, barulah anda faham mengapa saya katakan ahli politik tersebut menyimbah “petrol” di api yang marak.

Apakah kita sudah terlupa dengan kenyataan ahli politik yang satu lagi bahawa keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur adalah disebabkan oleh orang Melayu yang berpecah dari segi politik?

Itu baru dua contoh kenyataan daripada ahli-ahli politik yang boleh diumpamakan sebagai menyimbah “petrol” di api yang marak. Jika disenaraikan kesemuanya, maka bermuka-mukalah artikel ini dan boleh mencapai beribu-ribu muka surat sehingga tidak ada siapapun yang larat membacanya.

Itu belum lagi di senaraikan bagaimana akhbar dan siaran televisyen yang turut sama menyumbang kepada berlakunya tindakan ekstrim membakar gereja ini. Kita pun tahu akhbar mana dan siaran televisyen mana yang dimaksudkan.

Kita juga terkejut bagaimana Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri menjadi “sangat demokratik” apabila mengatakan bahawa kerajaan tidak boleh berbuat apa-apa jika rakyat mahu berdemonstrasi menentang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Cuba imbas kembali apabila rakyat berdemonstrasi menentang ISA dan PPSMI satu ketika dahulu, apakah kerajaan “sedemokratik” ini? Apakah salah jika saya katakana bahawa kerajaan terlibat dalam “menyimbah petrol” untuk menyemarakkan kemarahan rakyat dalam isu Allah ini?

ANGGOTA KESELAMATAN TIDAK MEMBANTU UNTUK MENAMATKAN KRISIS

Kenyataan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan bahawasanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mempunyai cukup anggota untuk mengawal gereja adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan boleh dilihat sebagai memberikan “signal” yang tidak baik.

Selepas Musa Hassan mengeluarkan kenyataan tersebut, kejadian “terrorism” terhadap gereja terus berlaku dan telah merebak ke negeri-negeri lain. Seharusnya, jika benar sekalipun PDRM tidak mempunyai cukup anggota, mengapa perlu diumumkan dalam sidang akhbar?

Bukankah lebih baik perkara tersebut didiamkan dan PDRM boleh berbincang dengan kerajaan tentang bagaimana untuk mengatasi masalah kekurangan anggota seperti mendapatkan bantuan tentera, bomba dan anggota Rela?

Akan tetapi, bagi yang sudah mempunyai pengalaman melihat bagaimana anggota PDRM mengawal demonstrasi seperti Perhimpunan Bersih dan pilihanraya-pilihanraya kecil yang berlangsung selepas 8 Mac 2008, tentu sukar untuk percaya dengan kenyataan KPN tersebut.

Mungkin telah sampai waktunya untuk Musa Hassan untuk berundur dan menyerahkan jawatan KPN kepada Timbalannya. Daripada kenyataan yang beliau keluarkan, seolah-olah beliau sudah tidak mampu lagi untuk mengawal keadaan.

Diharapkan agar keganasan keatas rumah ibadat tidak lagi berterusan. Jika kerajaan dan pemimpin gagal untuk mengawal keharmonian diantara agama, sudah tiba masanya untuk rakyat keluar untuk menunjukkan contoh. Walaupun “nasi telah menjadi bubur”, masih banyak yang boleh dilakukan untuk menenangkan keadaan.

Sejuk hati apabila terbaca berita bahawa NGO Islam ingin membantu Rela untuk mengawal gereja daripada terus diganasi. Sejuk juga hati apabila terdengar bahawa ada orang Islam mengutip derma untuk diserahkan kepada gereja yang terbakar teruk di Desa Melawati.

Umat Islam di Malaysia kini harus bekerja keras untuk menunjukkan kepada dunia bahawa mereka bukanlah “pengganas”. Sudah sampai masanya untuk buktikan bahawa mereka adalah pengikut ajaran Allah dan bukannya hanya bising ketika nama “Allah” digunakan oleh bukan Islam.

Kebakaran Gereja Di Seremban, Tim KPN Tempelak Rakyat

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dengan nada yang marah-marah menafikan gereja di Seremban itu diserang.

“Apa yang saya tahu ia tidak berlaku. Dari mana anda mendapat maklumat ini?

“Itu yang saya ingin tahu. Anda mesti sahkan mereka,” kata beliau selepas menghadiri taklimat mengenai situasi semasa negara kepada diplomat asing.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh pula berkata satu laporan polis telah dibuat.

Bagaimanapun beliau enggan memberikan sebarang butiran lanjut.

Timbalannya Datuk Abd Manan Mhd Hassan yang dipetik Bernama berkata polis menerima laporan daripada seorang lelaki kira-kira pukul 8.30 pagi ini yang menyatakan terdapat kerosakan dipintu utama gereja itu.

“Hasil daripada maklumat tersebut, polis bersama dengan unit forensik dan bomba datang membuat siasatan dan mendapati hanya terdapat kerosakan kecil dengan kesan kebakaran pada pintu depan gereja tersebut.

“Kita percaya mereka yang melakukan perkara ini ialah dengan menyimbah minyak petrol dan membakarnya, sebelum melarikan diri.

“Bagaimanapun, kebakaran ini tidak merebak,” kata beliau kepada pemberita di tempat kejadian.

Katanya polis percaya kejadian itu berlaku antara pukul 1.30 pagi dan 8.30 pagi ini kerana pada pukul 1.30 pagi tadi, unit kereta peronda polis ada membuat lawatan di situ dan mendapati tiada apa-apa berlaku.

Sehubungan itu, beliau mengarahkan semua kereta peronda dan juga anggota yang menjalankan tugas rondaan (bit) untuk memantau dan membuat pemerhatian di tempat-tempat ibadat termasuk gereja dan masjid di negeri ini bagi mempastikan tiada kejadian seperti ini berlaku.

“Saya nasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan perkara seperti ini.

“Saya memberi amaran, jangan cuba membuat sesuatu yang boleh menggugat ketenteraman dan keharmonian negara ini. Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka ini,” katanya.

Seorang paderi gereja itu Eddy Marson Yasir, 33, berkata beliau adalah orang terakhir yang meninggalkan dan mengunci gereja itu kira-kira pukul 11.30 malam tadi selepas mengadakan mesyuarat.

“Saya terkejut kerana diberitahu oleh seorang ahli gereja mengenai kejadian itu pagi ini. Gereja ini telah berada di Seremban 10 tahun dan kita menyewa bangunan rumah kedai itu sejak lima tahun yang lepas,” katanya.

Seorang ahli gereja itu, V. Jashua, 49, berkata beliau sedang bersarapan pagi di kawasan itu dan mendapati seorang lelaki berada di hadapan gereja itu sambil memerhatikan keadaan di situ.

“Saya rasa curiga dan hampiri lelaki itu dan menanyakan mengapa dia berada di situ. Lelaki itu kemudian menunjukkan kesan terbakar dipintu utama gereja. Saya kemudian hubungi Eddy,” katanya.

Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) di Seremban, Negeri Sembilan menjadi mangsa serangan bom petrol awal pagi ini, menjadi kes yang kelapan setakat ini.

Premis itu yang terletak di bangunan rumah kedai dua tingkat di Lake View Square, Seremban 2 mengalami kebakaran di pintu utamanya akibat perbuatan khianat pagi ini.

Serangan itu tidak menyebabkan kesan terhadap bahagian dalaman gereja berkenaan dan hanya meninggalkan kesan di bahagian luar.

Gereja Sidang Injil Borneo lazimnya menggunakan bahasa kebangsaan dalam mengendalikan upacara sembahyang.

Ahli Parlimen Rasah Loke Siew Fook yang mengunjungi gereja itu pagi ini mengesahkan kejadian tersebut.

“Ruang beribadat tidak terjejas, serangan hanya meninggalkan kes di bahagian luar gereja,” kata Loke.

Ia gereja pertama diserang pihak bertanggungjawab di Negeri Sembilan.

Ulasan GB

Agak pelik. Seorang yang berjawatan Timbalan Ketua Polis Negara tidak mendapat maklumat terkini dan kemudian menghalakan sasaran kejahilannya kepada rakyat.

Kita berharap Tan Sri Ismail Omar lebih peka kerana di zaman digital ini, maklumat bergerak pantas dan jika seorang yang berpangkat tinggi dalam hal keselamatan tidak dapat mengikut tempo penyebaran maklumat ia sesuatu yang mengejutkan, mendukacitakan malah membahayakan keselamatan negara.

Sebagai seorang berpangkat Timbalan KPN juga, sepatutnya Tan Sri dibekalkan dengan peralatan komunikasi yang canggih supaya tidak hanya bersandar kepada amaklumat basi. Apatah lagi rakyat dimi dimaklumkan bahawa Tan Sri pada waktu itu sedang menyampaikan taklimat kepada diplomat asing.

Kita khuatir, taklimat itu nanti disambut oleh gelengan kepala para diplomat apabila mengetahui... mereka tidak mendapat maklumat sebenar dan terkini mengenai situasi yang berlaku.

Zaman I.T. semuanya di hujung jari, tapi oleh kerana BN masih mengekalkan ramai pegawai-pegawai tua yang sepatutnya sudah dipencenkan, menyebabkan rakyat menjadi mangsa, ditempelaknya rakyat seperti yang dilakukan oleh Tan Sri Timbalan KPN tersebut.


Kalimah Allah : Semuga Kewarasan Dan Keimanan Mendahului Segala-galanya

Penggunaan kalimah "Allah" oleh masyarakat Bukan Islam Oleh Mohd. Nasir Hashim, ADUN Kota Damansara

Pertikaian terhadap penggunaan perkataan Allah sudah merebak dan berpanjangan apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak membenarkan penggunaan istilah tersebut. Kes ini telah dibawa ke Mahkamah. Mahkamah telah membenarkannya dan KDN pula telah membuat rayuan.

Walhal sejak zaman Nabi Adam istilah Allah sentiasa digunakan termasuklah zaman Nabi Musa dan Nabi Isa. Zaman Nabi Muhammad SAW membenarkan agama kaum Yahudi dan Nasrani menggunakan perkataan Allah di mana-mana sahaja. Di Sabah dan Sarawak pula, padri-padri sudah berpuluh tahun menjalankan upacara ibadah dalam Bahasa Malaysia dan menggunakan perkataan Allah di dalam gereja masing-masing.

Malangnya sebahagian dari masyarakat Islam berpandangan bahawa perkataan Allah adalah untuk orang Islam sahaja. Mereka mensyaki bahawa perkataan Allah sengaja disalahgunakan untuk mengkristiankan orang Islam; mengelirukan penganut Islam dan memecahbelahkan perpaduan rakyat Islam.

Sepatutnya penganut Islam yang curiga ini patut bersyukur kerana orang Bukan Islam juga mahu menggunakan perkataan Allah di dalam kehidupan harian mereka. Kerana perkataan Allah memberi makna bahawa tuhan itu Satu. Yang tauhid. Yang tidak ada sesuatu pun yang menyerupaiNya. Tidak melahirkan dan tidak dilahirkan. Memberi pengakuan sepenuhnya terhadap syuhadah 'La Illah Ha Illallah' iaitu 'Tiada nyata hanya Allah' atau 'Tiada tuhan yang ku sembah melainkan Allah'.

Pengakuan 'Ya Rabbil Alamin' di dalam Surah Al-Fatiha juga memberi peringatan kepada kita bahawa Allahlah yang memiliki dan menguasai seluruh alam' Al Quran juga menyebut bahawa Allah sendiri akan melindungi rumah ibadah bagi orang-orang Bukan Islam. Betapa sayangNya Allah kepada makhluk-makhlukNya yang terdiri dari berbilang kaum, agama dan warna. Dan barang sesiapa yang mengingkari perintah ini telah pun menderhaka kepada Allah SWT.

Allah bersumpah bahawasanya Allah sendiri memastikan Islam dan Al Quran dipeliharaiNya untuk selama-lamanya. Terdapat orang-orang Bukan Islam di negara Jepun, Eropah dan Negara-negara lain sungguh tertarik dengan lukisan khat yang menyebut nama Allah dan kalimat-malimatNya.

Mereka yang Bukan Islam ini sanggup mempamerkan nama dan ayat-ayat Allah di ruang tetamu mereka kerana nama dan ayat-ayat ini sudah menyentuhi jiwa dan hati sanubari mereka.

Maka salahkah mereka yang Bukan Islam ini menggunakan perkataan Allah di dalam berbicaraan dan penulisan mereka. Mungkin ada mukjizat yang paling besar dan amat bermakna. Mungkin kita tidak mengetahui dan memahami tentang mukjizat ini. Wallahualam.

Pada hakikatnya, bukankah agama Islam ini agama sejagat, untuk semua manusia termasuklah makhluk haiwan, tamanam dan juga yang nyata dan yang luar jangkauan kita.

Soalnya mengapakan orang Islam sendiri sanggup menyempitkan kegunaan perkataan Allah yang seharusnya menjadi milikan sejagat?

Soalnya lagi, adakah kita takut pada bayangan sendiri, kelemahan sendiri lalu mudah sangat melatah, seolah-olah akidah dan iman akan tergugat serta pupus apabila penganut Bukan Islam menggunakan perkataan dan ayat-ayat Allah?

Janganlah perlekehkan agama sendiri. Islam adalah agama yang terbuka dan progresif. Maka itulah Al Quran tidak luntur, tidak kekang dan tidak akan ditelan zaman. Sepatutnya cendekiawan Islam mengucapkan tahniah dan syabas kepada mereka yang Bukan Islam kerana sudi menggunakan perkataan Allah kepada penganut-penganut mereka.

Walaupun tidak disenangi oleh sebilangan penganut Islam, namun mereka yang mahu menggunakan nama Allah ini sanggup dicerca dari semua pihak dan masih mahu memasuki mahkamah kerana ingin sangat menggunakan perkataan Allah kepada pengikut-pengikutnya.

Kami percaya Cendekiawan Islam dan agensi-agensi Islam sudah mencukupi dan berkebolehan untuk memantau dan menegur mana-mana pihak yang telah menggunakan nama dan kalimah Allah dengan secara yang tidak tepat. Dan teguran boleh dilakukan bukan dalam keadaan bermusuhan tetapi dalam keadaan saling hormat menghormati.

Isunya mengapa sensitif sangat, seolah-olah dunia ini akan kiamat sekiranya penganut agama lain menggunakan nama Allah. Kalau kita tidak mengizinkan mereka menggunakannyanya maka kita akan didakwa menyempitkan agama sendiri dan benar-benar tidak memahami ayat 'rabbil alamin'.

Yang dikhuatiri dan menyedihkan adalah, kemungkinan besar kesemuanya ini tidak berkaitan langsung dengan penggunaan perkataan Allah tetapi sudah ada agenda sendiri, agenda politik yang cuba melaga-laga dan memecah-belahkan rakyat berbilang kaum, fahaman politik dan agama. Maka seperti yang disebut di dalam Al Quran bahawa kita telah menjual (mengorbankan) agama kita dengan harga yang murah. Lagi pun kita sudah lama memperduakan Allah dengan mempertuhankan kepada nafsu, politik, keuntungan, kuasa dan kedudukan.

Semoga kewarasan dan keimanan mendahului segala-galanya. -MR

Saifuddin Teruskan Kecemerlangan Salehuddin Sebagai S/U Agong PKR

Pengarah Strategi, Saifuddin Nasution Ismail, sebulat suara dilantik Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, PKR berkuat kuasa 1 Februari depan.

Keputusan ini susulan Datuk Salehuddin Hashim meletakkan jawatan tersebut.

Demikian terkini diumumkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pada mesyuarat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu.

Pengalaman Saifuddin sebelum ini penyandang Pengarah Strategi dan Pengarah Pilihanraya, diakui ramai memantapkan keutuhan PKR terutama menjelang PRU 13.

Saifuddin, Ahli Parlimen Machang dikenali ramai dengan hujjah berfakta sememangnya menyengat di Parlimen.

Kemampuan kerja Saifuddin sememangnya terbukti, dan mutakhir kejayaannya menyelaraskan Konvensyen Sulung Pakatan Rakyat baru berlalu.

Sementara itu, keputusan jelas menerima hasrat Salehuddin meletak jawatan berkuatkuasa 31 Januari ini, setelah berkhidmat cemerlang selama lebih 5 tahun. -TVS


YB Saifuddin Nasution bin Ismail merupakan seorang ahli politik Malaysia dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau mendapatkan pendidikan di Tamagawa Gakuen, Tokushima Jepun dan mendapatkan Sijil Pengurusan Latihan. Selain itu beliau mendapat Sarjana Sains (Agronomi) dari Universiti Putra Malaysia.

Kerjaya politik

Beliau pernah menjadi Exco Pemuda UMNO, Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia dan Setiausaha Pemuda Barisan Nasional kemudian dipecat oleh mantan PM Malaysia Dr Mahathir sebelum Anwar Ibrahim dipecat pada 2 September 1998.

Beliau pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Syed Hamid Albar (bekas Menteri Luar Malaysia). Beliau pernah bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Lunas, Kedah pada 29 November 2000 dan menang.

Beliau juga ambil bahagian dalam satu protes pada tahun 1996 untuk menentang "Second Asia Pacific Conference on East Timor" di satu hotel di Kuala Lumpur.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 Saifuddin Nasution telah bertanding di Parlimen Machang di Kelantan dan mengalahkan calon Barisan Nasional, Datuk Sazmi Miah dengan memenangi majoriti yang selesa.




UMNO Semakin Mati Baru Nak Jadi Juara Rakyat

Juara Rakyat atau Juara Diri Sendiri? Oleh Datuk Halik Zaman

Kempen Juara Rakyat yang dilancarkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini seakan memberi gambaran sejelasnya bahawa selama ini Umno tidak pernah menjuarakan rakyat, mereka hanya tahu ‘menjuarakan’ diri sendiri.

Kenapa apabila Umno sudah hampir separa mati, barulah macam-macam slogan, cogankata dan kempen di lancarkan? Kenapa apabila para pemimpin Umno merasakan bila retak hanya menanti belah sahaja, barulah perhatian diberikan kepada rakyat?


Kenapa disaat Umno telah mula merasa bahang-bahang kelemasan barulah rakyat di pandang? Kononnya didahulukan. Kenapa tidak dari dahulu lagi rakyat Malaysia diberikan perhatian sewajarnya, tidak kita kaum dan agama dibantu?

Sekarang ini jika kita lihat iklan-iklan, semuanya bertemakan 1Malaysia, mesti ada Melayu, Cina dan India. Adakah para pemimpin Umno dapat rasakan bahawasanya telah begitu terlihat betapa mereka kini semakin kurang diyakini oleh setiap kaum utama di negara ini? Apa sebabnya?

Tidakkah para pemimpin Umno sedar bahawa setiap slogan, cogankata dalam berkempen yang mereka lancarkan ini adalah terlambat? Setelah rakyat mula beralih arah kepada Pakatan Rakyat barulah kepala para pemimpin Umno terhantuk dalam ’setengah sedar’? Apa gunanya semua slogan ‘Juara Rakyat’ dan cogankata ‘1Malaysia’ Najib ini kalau cuma hanya dipersendakan oleh rakyat sahaja?

Setelah hampir ‘pupus’ dalam PRU12? Setelah hampir ‘lupus’ semasa pembentangan dan pengundian bajet tahunan di Parlimen baru baru ini? Apa akan terjadi seandainya lebih banyak ahli-ahli Parlimen hadir di hari pengundian bajet tersebut?

Walau menang 1 undi, PRU terpaksa di diadakan lagi, dan andainya ia berlaku apa yang bakal terjadi kepada para pemimpin Umno? Kita khuatir ianya hanya tinggal nama. Lebih tepat Umno ‘tinggal kenangan’ sahaja.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya lagi. Dalam situasi politik yang kian hangat kini, para pemimpin Umno terpaksa ‘main kotor’. Agenda-agenda negatif disusun satu persatu demi untuk memudarkan keyakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat.

Tidakkah mereka sedar, semakin mereka galak ‘memusnahkan’ Pakatan Rakyat, semakin rakyat bersimpati dan yakin dengan barisan kepimpinan Pakatan Rakyat! How sad.


Hari ini kita saksikan pengebumian Allahyarhaman Tun Fatimah, tokoh pemimpin wanita kita. Jangan pula nanti kita bakal saksikan ‘pengebumian’ Umno tidak lama lagi.

Di saat para pemimpin Umno cuba meyakinkan diri masing-masing bahawa rakyat masih sayangkan mereka, jangan pula mereka terkejut, rakyat lebih selesa berada di naungan Pakatan Rakyat.

Kemenangan dua kerusi dalam pilihan raya kecil baru-baru ini bukanlah kayu pengukur bahawa rakyat sudah kembali ke pangkuan Umno, kerana kawasan itu adalah kawasan undi pos Umno.

Satu lagi drama yang dimainkan oleh akhbar Umno ‘Utusan Malaysia’ yang dari awal mengapi-apikan rakyat pasal kalimah Allah, akhirnya kesannya memburukkan lagi imej Umno terhadap rakan-rakannya dalam Barisan Nasional.

Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat Negeri Sabah, Thamrin Jaini kelmarin, atas nama KEADILAN Sabah mengutuk sekeras kerasnya tindakan yang tidak bermoral membakar gereja gereja di Semenanjung yang tidak digalakan dan bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Tambah Thambrin, "Membakar tempat-tempat ibadat adalah suatu tindakan yang terkutuk, tidak bermoral dan bukan ajaran Islam. Kami di Sabah beratus tahun turun temurun saling hormat menghormati satu sama lain, tidak berlaku perkara seburuk itu."

Pengakuan Collin - Tok Guru Nik Aziz Is My Hero

Teladan yang ditunjukkan oleh Mursyidul Am PAS membuktikan bahawa PAS memiliki pemimpin untuk semua - pemimpin 1Malaysia - yang bukan sekadar baru hendak dicipta melalui slogan retorika yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, tetapi telah berada di gelanggang rakyat sekalipun pelbagai serangan dilakukan untuk merendah-rendahkan kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang telah menerajui negerti itu untuk hampir 20 tahun.

Kesediaan Nik Abdul Aziz melawat tiga gereja petang semalam berjaya menambat hati dan menimbulkan rasa terharu pihak gereja.

Perasaan terharu itu dinyatakan oleh Pegawai Penyambut Tamu Gereja Katholik Assumption, Jalan Assunta, Calvin Jacob yang juga sempat mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Kelantan itu kerana sudi mengunjungi mereka, lapor harakahdaily.

Menurut Calvin, Datuk Nik Abdul Aziz telah meluahkan rasa simpati di atas apa yang telah berlaku ke atas gereja itu yang dibaling dengan bom buatan sendiri pada minggu lalu.

“Saya telah mempelawa beliau masuk ke dalam gereja untuk melawat namun kerana ketika itu pengunjung gereja sedang melakukan kegiatan mingguan mereka, beliau menolak dengan baik.

“Jika cuaca tidak hujan saya bercadang untuk membawa beliau meninjau di sekeliling gereja, tetapi saya sempat maklumkan kepadanya tentang keadaan gereja yang tidak mengalami apa-apa kerosakan lantaran bom yang dilontar itu tidak meletup,” jelas Calvin lagi.

Sebelum itu, Tuan Guru telah mengunjungi Gereja St Francis Xavier di Jalan Gasing juga dekat sini untuk meninjau dan menyampaikan rasa simpatinya terhadap kejadian tidak bermoral pihak tertentu yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Di dalam isu mutakhir yang melanda negara, isu kalimah Allah dan serangan ke atas gereja, Nik Aziz telah dari awal membuat kenyataannya dengan menyatakan penggunaan kalimah “Allah” pada penerbitan Herald mengikut hukum pengamal agama Samawi tidak menjadi satu kesalahan.

Cuma beliau bimbang perkataan “Allah” kemungkinan boleh disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu.

Pokoknya Nik Aziz telah pun memberikan panduan berdasarkan kepada kaedah ajaran agama yang sebenar, bahawa, tidak menjadi satu kesalahan untuk pengamal agama samawi menggunakan kalimah Allah, yang kemudiannya, diputuskan oleh parti dengan keputusan yang serupa, sekalipun ada pihak dalam dan luar parti telah cuba untuk mengeksplotasikan kenyataan itu untuk mengeliru dan menghasut ummah, sepertimana terkelirunya golongan UMNO terhadap isu berkenaan.

Malah tidak kurang juga beberapa pemimpin kanan PAS sendiri terjebak dengan permainan UMNO ini, menjadikan isu kalimah Allah sebagai modal untuk menimbulkan resah gelisah dan kekeliruan di kalangan umat Islam.

Kebenaran adalah kebenaran dan ia tidak dapat ditutup dengan apa-apa sekalipun, sepertimana awan hitam tebal yang cuba menutup cahaya matahari yang terang benderang. Bila telah beraraknya awan, sinar matahari akan tetap terserlah jua.

Berbalik kepada isu lawatan Nik Aziz ke gereja dan dipelawa beliau masuk ke dalam gereja untuk melawat tatkala pengunjung gereja sedang melakukan kegiatan mingguan mereka, dimana Nik Aziz telah menolak dengan baik pelawaan itu mengingatkan kita tentang sejarah sewaktu khalifah Umar Al-Khattab masuk ke Palestin yang pada ketika itu dikuasai oleh Nasrani.

Umar telah menziarahi gereja yang terkenal di Palestin waktu itu, dan apabila sampai waktu solat, maka penguasa gereja berkenaan telah mempelawa Umar untuk masuk menunaikan solat di dalam gereja. Tetapi Umar telah menolak tawaran kehormatan itu untuk tidak menimbulkan salah faham di kalangan umat Islam dan Umar melaksanakan solatnya di luar gereja. Ia telah diterima dengan baik pula oleh penguasa gereja tersebut.

Di dalam Al-Quran sendiri, tercatat indah hubungan umat Islam dengan Kristian.


"Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: “Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani” yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong."


Sejarah hubungan baik Islam-Kristian telah berlaku di dalam sejarah di amana beribu-ribu orang Kristian telah mendapat perlindungan di dalam pemerintahaan Islam dengan pergaulan yang baik.

Dari aspek ketamadunan Islam, umat Kristian pernah diikutsertakan dalam pembangunan ketamadunan Islam. Ahli Syair Kristian bernama Akhtal, telah menjadi pujangga Istana di zaman Muawiyah dan puteranya Yazid. Seorang tabib Kristian yang masyur bernama Jibril bin Bakhtisyu' anak beranaknya menjadi tabib dalam istana Harun Al-Rasyid. Malahan dalam kerajaan Turki Uthmaniah, beberapa orang rakyatnya yang beragama Kristian telah diangkat menjadi duta-duta besar Istana raja-raja Eropah.

Demikian tasamuh dan kepalapangan dada Islam, sehingga ia dapat menguasai Andalusia (Sepanyol) sehingga 700 tahun lamanya!


Kini PAS menerajui ummah dengan berketuakan TG Nik Aziz untuk menggemilangkan semula Islam sehingga di dalam sepucuk warkah dari seorang pembaca harakahdaily bernama Collin kepada Ketua Editornya, Zulkifli Sulong menyatakan:


I am pleasantly surprised and impressed by the religion of Islam that is being portrayed by PAS these days which is clearly so tolerant and moderate and no doubt, acceptable by all Malaysians.

I am becoming more interested in the Islam taught by PAS which means Religion of Peace. PAS leaders especially our beloved Tuan Guru is my hero. In my view, PAS could educate more non Muslim Malaysians through your paper on the wonderful religion of Islam it really is which shows deep respect for all human beings irrespective of race, religion, colour or creed.

I also find it very enlightening to read the speeches made by the top echelon PAS leaders and as a chinese, I would be so proud if my future Prime Minister is a PAS leader like Tuan Guru who embodies all the qualities that make all of us feel united as a nation and one people again like in the old days of our first Prime Minister, Tuanku Abdul Rahman.