12 Jan 2010

Isu keselamatan Gereja, SUARAM Pertikai Polis

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) melahirkan rasa tidak berpuas hati terhadap polis yang menyeru gereja mengawal keselamatan mereka sendiri, susulan satu rentetan serangan dan vandalisme sejak Jumaat lalu, kerana pasukan keselamatan itu kurang kakitangan.

"Suaram juga amat tidak berpuas hati terhadap pendirian polis bahawa pihak gereja perlu mencari langkah keselamatan secara persendirian atas alasan kekurangan pengawai polis," kata penyelarasnya Lucas Yap Heng Lung.

"Adakah masalah keselamatan rakyat Malaysia bukan tanggungjawab pihak polis, malahan rakyat perlu mencari langkah keselamatan secara individu untuk mendapatkan perlindungan?"

Selain mengecam polis dengan mendakwa pasukan itu gagal menyelesaikan serangan dan vandalisme, setakat ini sembilan kes, Yap juga berkata pasukan itu mengamalkan sikap tidak konsisten.

Beliau merujuk amaran Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar kepada orang ramai agar tidak terlibat dalam sebarang demonstrasi di gereja Assumption, Petaling Jaya yang asalnya dijadualkan esok tetapi kini dibatalkan.

"Tetapi sebaliknya membenarkan perhimpunan aman diadakan di beberapa buah masjid mengenai isu kalimah 'Allah' pada 8 Januari lalu," kata Yap.

Sehubunga itu Suaram turut mempertikaikan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) polis yang dilaporkan mencatat 113.8 peratus pada tahun lepas "walaupun pihak polis masih tidak dapat menjaga keselamatan negara secara berkesan."

"Kes kebakaran gereja dan cara pengendalian pihak polis dalam kes ini menjadi contoh terbaru kegagalan ini,"
kata penyelaras itu dalam satu kenyataan hari ini.

NGO itu juga yakin undang-undang sedia ada mencukupi untuk mendakwa mereka yang bertanggungjawab dan juga kerosakan harta benda gereja tanpa perlu menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Hasutan dan Akta Polis. -malaysiakini

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sekiranya pakatan rakyat perintah malaysia, rakyat lebih selamat...

Harris berkata...

Ye kselamatan rakyat lebih terjamin dibwh pemerintahan pakatan rakyat..BN harus dikuburkan pada pilihanraya umum ke13 akan datang..Dah bnyak onar dah klu dah terlalu lame memerintah!