12 Jan 2010

Royalti : PAS Kelantan Perlu Munajat Perdana Sekali Lagi

Allah Yang Disembah, Allah Tempat Kita Bermohon.

Kerajaan PAS Kelantan di bawah pimpinan TG Nik Aziz Nik Mat disarankan supaya mengadakan Munajat Perdana sekali lagi untuk menundukkan keangkuhan UMNO BN yang enggan melayan tuntutan baru kerajaan Kelantan untuk mendapatkan royalti minyak.

Datuk Mustapa Mohamed berkata tindakan kerajaan negeri mengemukakan tuntutan itu hanya merupakan satu usaha PAS mencipta isu baru bagi mengubah pandangan rakyat setelah gagal dalam tuntutan awalnya.

Mustapa, yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri Datuk Husam Musa semalam bahawa kerajaan Kelantan telah mengemukakan tuntutan royalti minyak yang baru melibatkan kawasan sempadan negeri itu dan Terengganu.

Menurut Husam, tuntutan itu melibatkan sebuah pelantar, dikenali pelantar Bintang yang telah beroperasi sejak 1984, terletak bersempadan antara Kelantan dan Terengganu dan sejak itu, jumlah royalti diperoleh oleh kerajaan pusat ialah RM9.7 bilion.

PAS Kelantan pernah menganjurkan beberapa kali munajat perdana dianntaranya ialah sehari sebelum pilihanraya umum 2008.

Tiada siapa menyangka waktu itu tangis dan esakan TG Nik Aziz yang memecah hening Suboh di majlis Munajat Perdana pada 7 Mac 2008 adalah tangis dan esakan yang mengangkat doa dan munajat rakyat Kelantan ke hadhrat Allah s.w.t. yang telah mengurniakan kemenangan besar kepada Kerajaan PAS Kelantan di dalam pilihanraya sehari selepasnya iaitu pada 8 Mac 2008.

Sepagi itu Tok Guru berkali-kali menyapu air matanya sebaik sahaja mengakhiri doa dan munajat yang dipersembahkannya kepada Allah setulus hati, penuh rendah diri.

Ia adalah satu doa yang besar, satu hari penuh hiba dan satu rayuan kepada Allah Yang Maha Esa untuk menyelamatkan Kelantan dari satu kospirasi jahat sebuah kerajaan Pusat yang mabuk kuasa.

Pada waktu itu, UMNO BN telah merancang pelbagai cara untuk merampas Kelantan dari tangan PAS, sehingga mereka telah bersiap-sedia untuk menobatkan MB baru dari kalangan mereka, Awang Adek Hussin namanya.

Berpuloh-puloh malah beratus biji bas mengangkut pengundi-pengundi luar masuk ke negeri Kelantan untuk memberikan undi kemenangan kepada UMNO BN.

Dan tiada siapa menduga, hati-hati pengundi hantu ini telah dipalingkan oleh Allah s.w.t. untuk memberikan undi kepada PAS.

Dan Allah memberikan kemenangan ceemerlang kepada PAS Kelantan!

Kini untuk mengisi kemenangan, untuk menjaga kemenangan, kita merasakan adalah amat wajar Kerajaan PAS Kelantan mengadap Rabbul-Jalil sekali lagi untuk mempastikan hak rakyat Kelantan dikembalikan oleh kerajaan Pusat.

Keangkuhan dan kezaliman manusia-manusia bernama Najib, Muhyiddin, Mustapa Mohd, Awang Adik Hussin dan lain-lain yang seangkatan dengan mereka perlu ditamatkan. Hak kerajaan dan rakyat Kelantan perlu dilunaskan sebelum mereka menjahanamkan royalti dengan nama baru - wang ehsan - untuk tujuan yang buruk, merampas Kelantan dari PAS.

Jangan tunggu esok kerana esok mungkin sudah terlambat!


5 ulasan:

Awanama berkata...

sgt setuju dengan saranan akhi GB.

sb dehlawi berkata...

Beberapa hari sebelum PRU12, dikatakan berpuluh-puluh ribu pengundi kelantan di perantauan pulang dengan tajaan BN...Aku di Selangor menunggu penuh debaran bimbang Pas kelantan akan kalah, lebih-lebih lagi Pas ketika itu hanya lebih satu kerusi saja.

Pada sehari sebelum pilihanraya, kawan kawe yang kebetulan pulang ke Kampung di kelantan memberitahu kereta persendirian penuhi sesak di sepanjayng jalan antara KL ke Kota Bharu. katanya, hampir 98 peratus kereta berkenaan menggantung bendera Pas.

Begitulah kebesaran Allah yang menghantar bala `tentera' untuk mengalahkan tipu daya BN yang menghantar pengundi hantu untuk merampas kelantan.

Inilah keberkatannya munajat.. maka saranan GB amat dipersetujui.

iswara berkata...

Salam GB & Selamat Malam.
1000%++++ setuju dengan cara begini agar yang HAQ dikembalikan kpd yang empunya.

Awanama berkata...

ya23!!rakyat kelantan perlu bermunajat sekali lg..hancurkan keangkuhan mereka yg tamakkan harta rakyat...saya bersetuju saranan gb..allahuakbar....sakit hati bila memikirkan royalti yg sepatut diberikan dgn segera...hadirkan para ulama di majlis munajat trsebut berketuakan tg nik aziz.....insyaallah masin doa para ulama dn rakyat kelantan...

Martoiriat berkata...

Yaa.Aku sokong 100% saranan GB
supaya diadakan munajat. Memang kita oarang islam diwajibkan memohom pada tuhan dikala kita
mendapat kesusahan. Aku seru TGNA
memanggil sekelian rakyat Kelantan
supaya datang beramai2 buat munajat
sebagaimana yg dilakukan tahun 2008
yg lalu.Mudah-mudaahan tuhan perkenankan permohonan kita.. Insyaallah..